10 Cara Semulajadi Tangani Berdengkur

Berdengkur bukan sekadar bunyian. Bukan juga hiburan.

Ia juga bukan kepandaian meniru bunyi bunyian.

Ia adalah gangguan. Berlakunya di waktu malam. Seram.

Bunyi dari berdengkur ini bermacam. Ada seperti enjin motorbot.

Ada menipis seperti wisel tersumbat. Ada seperti gegaran gempa bumi.

Berdengkur ini bahaya. Berdengkur boleh membunuh. Membawa maut.

Kajian dapati 5.6% kanak-kanak berdengkur. 40% lelaki dewasa dan 20% wanita dewasa berdengkur.

60% lelaki dan 40% wanita berumur 60 tahun ke atas berdengkur.

Cuba semak, ibu ayah atau dauk nenek berdengkur atau tidak.

Bagi yang obes, 40% adalah pengeluar bunyi-bunyian ini.

Ramai pasangan mengadu. Pasangan mereka berdengkur.

Kajian dapati 65% pasangan mengadu hal ini.

Yang berdengkur tidak tahu. Yang derita adalah teman sebelah di katil.

45% mengadu hilang nikmat tidur dek penangan bunyi-bunyian orkestra malam ini.

Kesan berdengkur pelbagai. Pertamanya pada takat energi. Rasa lemah dan letih.

Pergi kerja seperti separuh jaga. Konsentrasi juga terganggu. Menurun.

Arahan antara dengar tidak dengar sahaja.

Lebih malang, pendengkur atau yang terganggu dengan dengkuran, 61% mengaku mood menjunam.

Emosi kurang stabil. Rasa sensitif meningkat.

Apa punca berdengkur setiap malam?

Ada 15 sebab berlakunya dengkuran.

1- Merokok

2- Ambil minuman beralkohol

3- Obes

4- Tonsil besar

5- Tulang hidung bengkok atau deviated septum bahasa tepatnya

6- Nasal polyps – ketumbuhan sebesar air mata. Tumbuh atas lapisan dalaman hidung.

7- Ovula yang melebeh

8- Alergi. Biasanya dikaitkan dengan musim.

9- Hidung tersumbat

10- Jangkitan pernafasan atau keradangan

11- Alergik kepada makanan

12- Makan dekat dengan waktu tidur. Contohnya, mengopi dan mengeteh jam 10, pulang rumah jam 11 dan tidur selepeas itu.

13- Bernafas melalui mulut

14- Ambil ubat-batan tertentu

15- Terlalu letih. Biasanya sekali sekala. Berlaku kerana keletihan. Bukan setiap malam.

Soalnya sekarang bagaimana mahu tangani masalah dengkur? Cuba 10 cara ini.

1- Amalkan anti-inflammtory diet. Apakah bendanya?

Anti inflamatory diet ialah cara pemakanan yang hapuskan punca keradangan dalam tubuh.

Caranya ialah dengan elak ambil makanan tertentu.

Contohnya makanan yang ada toksid seperti pewarna, perisa tambahan dan pengawet.

Makanan atau minuman bergula juga berada pada kategori ini.

Hapuskan makanan alergi – Cara mudah untuk ketahui kesan pada tubuh apabila kita makan sesuatu.

Lebih saitifik ialah ambil ujian-ujian berikut:

Mediator Release Test (MRT), Cellular Testing atau ELISA Immunoglobin Testing Methods.

2- Turunkan berat badan. Tiada tapi lagi.

3- Guna Essential Oils – Essential oils seperti peppermint, tea tree, eucalyptus dapat pecahkan lendir atau mucus dan hilang kesan keradangan.

Ia akan mudahkan untuk bernafas.

Peppermint contohnya mengandungi asid rosmarinic.

Ia halang pengoksidaan dan punca keradangan.

4- Tidur dengan mulut ditutup. Mengiring akan mudahkan mulut ditutup.

5- Elakkan tidur terlentang. Elakkan guna bantal terlalu tinggi atau terlalu nipis.

6- Ubah posisi tidur. Biasanya tidur terlentang akan sebabkan berdengkur.

Berbaring di sebelah kanan buka lebih ruang untuk bernafas.

7- Pastikan ada aktiviti luar. Dapatkan cahaya matahari.

Ia bantu untuk dapatkan kualiti tidur.

Kekurangan waktu tidur atau tidak yang tidak berkualiti sebabkan otot kerongkong yang terlebih relaks.

Ia sempitkan lagi laluan udara.

8- Awasi sinus. Dua makanan bantu sinus ialah bawang dan bawang putih.

Ini contoh membawang yang betul.

Keduanya kaya dengan Allicin, Vitamin B6, Vitamin C, selenium dan glutathione.

Kesemuanya adalah anti oksida yang sokong sistem imun dan redakan keradangan.

9- Elak dari merokok dan ubatan yang sebabkan mengantuk.

10- Elak ambil makanan atau minuman dari sumber tenusu.

Sebabnya? Ia tinggalkan lendir di dalam mulut dan kerongkong.

Secara umumnya berdengkur dianggap sebagai perkara biasa dan tidak bahaya.

Ia anggapan yang salah.

Berdengkur sebabkan penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, kemurungan dan mati pucuk untuk lelaki.

Berdengkur adalah malapetaka.

Ia bukan sekadar bunyi bunyian. Ia boleh ditangani.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top