10 Langkah Mudah Untuk Makan Secara Sehat

Ambil real food. Sumber langsung dari tumbuhan.

Makanan sumber begini akan hasilkan kulit yang lebih cantik, rambut lebih berkilat dan tubuh yang lebih lentik.

Apabila makanan beralih kepada sumber semulajadi, kebaikan juga secara semulajadi dirasai.

Soalnya ramai mencuba untuk beralih kepada sumber makanan natural. Tetapi gagal.

Kenapa? Antara sebabnya ialah tidak ikuti 10 langkah mudah ini :

1. Elakkan ambil makanan yang ditulis dengan perkataan yang sukar disebut atau dieja.

Contoh yang sukar disebut maltodextrin, butylated hydroxytoluene, azodicarbonamide.

Semuanya ditulis pada bahagian kandungan atau ingredient.

2. Tukar frozen food atau makanan sejuk beku kepada yang dibuat langsung atau yang segar

3. Elakkan dari tertipu dengan minuman tertulis no added sugar, low fat milk atau fresh.

Sekiranya ianya dijual di dalam kotak, ia punyai banyak bahan kimia dan gula.

4. Bertukar kepada organic sekiranya perlu dan mampu.

Sekiranya mahu beli epal, strawberry, anggur, pear, seleri, tomato dan bayam, carilah yang organic.

Yang dijual di pasaraya biasanya terdedah kepada racunpesticide.

5. Elakkan ambil makanan yang ada pengawet, perisa  dan pewarna tambahan.

Minuman yang dijula di tepi sekolah, di pasar malam, di depan masjid, walau bertulis “ori” tetap mengandungi pewarna, perisa dankadungan gula yang tinggi.

6. Ambil daging dari ternakan yang diberi makan rumput.

Bukan dedak. Bukan palet. Daging dari sumber makanan rumput mengandungi omega 3.

7. Elakkan ambil dari makanan mengandungi gula.

Donut, bingka, cucur keria, dodol, atau kerepek manis.

8. Jauhi dari makanan yang mudah bertukar menjadi gula.

Contohnya makanan sumber dari tepung putih. Roti putih, mee adalah antara contohnya.

9. Tukar air berperisa kepada air kosong.

Apabila singgah makan di kedai, terus ambil air mineral dari peti sejuk atau kaunter.

Lakukan sebelum pelayan datang bertanya.

Kita mudah terperangkap dengan pesanan yang biasa kita pesan sebabnya ianya meniti di bibir.

10. Jauhi dari makanan yang mengandungi Monosodium Glutamate.

Untuk belajar kita perlukan jumlah glutamate yang cukup.

Menariknya ialah Otak sudah punyai jumlah glutamate mencukupi.

Lebih menarik lagi otak boleh keluarkan sendiri glutamate.Tidak perlukan dari sumber luaran.

Lebihan glutamate akan sebabkan sakit kepala.

Apa yang penting ialah mulakan. Sedikit demi sedikit.

Jadikan aktiviti periksa ingredient sebagai habit dan rutin.

Ringankan mulut untuk bertanya perihal gula di dalam makanan.

Ringankan kepala untuk bertanya pada diri sendiri, sihat atau sakit yang aku cari?

Makanan tidak sihat ini tidak sebabkan kita jatuh sakit terus.

Ia bertindak secara perlahan. Sedikit demi sedikit.

Seperti orang memotong pohon yang besar. Sekali ditetak tidak tumbangkan pokok yang gah besar.

Bergoyang pun tidak. Tetapi apabila terus ditetak, akhirnya tumbang jua pohon besar itu.

Kita akan tumbang apabila doctor sebut

Maaf tuan/puan, kanser tahap 4. Tuan/Puan ada masa 6 bulan sahaja lagi untuk hidup.”

Ketika itu gelap dunia. Terpandang wajah anak anak yang masih kecil.

Atau wajah cucu yang kita baharu sempat bermanja.

Semua itu akan ditinggalkan. Pilihan di tangan kita. Pilih sihat.

Sihat itu jihad.

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top