10 Makanan Tak Patut Dimakan RAW!

Makanan mentah menjadi antara makanan kegemaran buat kebanyakan orang yang inginkan keaslian dan kesegaran.

Sehingga timbulnya deria rasa yang ke-5: Masin, manis, masam, pahit dan umami.

Salah satu hidangan yang tidak luput ditelan zaman dan seringkali dikaitkan dengan umami iaitu sushi dan sashimi.

Kalau dekat Sushi King, ada banyak jenis sushi yang boleh dipilih. Saya lebih suka yang dah dimasak berbanding yang dihidangkan mentah.

Saya yakin ramai yang pasti sudah tahu tentang bahaya yang menanti sekiranya terlalu kerap memakan makanan mentah.

Tidak hanya tertumpu kepada ayam, daging dan ikan tetapi juga sayuran mentah lain.

Ada yang boleh dimakan mentah, ada yang tak boleh.

Sekali lagi, ilmu nutrisi itu penting. Jangan main makan sebab nak ikut trend.

Antaranya;

  • Jangkitan akibat bakteria & parasit
  • Gangguan proses hormon tiroid
  • Masalah penghadaman
  • Risiko penyakit jantung
  • Kehilangan sumber nutrisi penting
  • Keracunan & kematian

.

.

.

1- Ayam mentah

Memakan ayam mentah kini menjadi trend di negara-negara seperti Taiwan, Korea, dan Amerika.

Contoh hidangan iaitu torisashi ini sangat femes di negara matahari terbit iaitu Jepun.

Profesor mikrobiologi makanan iaitu Michael Doyle dari University of Georgia’s Center for Food Safety keluarkan kenyataan,

Sashimi ayam ini seringkali disediakan melalui kaedah merebus atau membakar ayam tidak lebih dari 10 saat

Sambungnya lagi,

Kaedah sebegini tidak mencukupi untuk membunuh mikrob berbahaya seperti campylobacter dan salmonella

Memakan ayam tidak masak boleh sebabkan keracunan akibat kuman salmonella.

Muntah. Cirit-birit. Kejang perut. Loya. Sakit otot.

Tak pasal-pasal jarum branula terpaksa dimasukkan ke dalam saluran darah pada kedua-dua belah lengan.

.

.

.

2- Buah zaitun mentah

Buah zaitun ni semestinya terkenal kerana 1001 khasiat yang ditawarkan. Selalunya banyak dengar tentang minyak zaitun atau olive oil.

Rawatan kesihatan kulit, rambut dan dalaman. Sungguh luarbiasa.

Jangan risau. Buah zaitun tidak berbahaya. Ada satu saja sebab kenapa buah zaitun ni tak boleh dimakan mentah.

Iaitu rasanya yang teramat pahit kerana kandungan ‘oleuropein’ yang amat tinggi bukan saja dalam buah tetapi juga daunnya.

Kalau gigit buah zaitun mentah ni memang confirm akan ludahkan kembali.

.

.

.

3- Susu ‘segar’ mentah

Kenapa kena elak minum susu mentah tidak diproses?

Sudah semestinya susu segar sangat baik untuk tubuh badan tapi istilah ‘segar’ di sini bukan bermaksud ‘direct terus’ daripada lembu, kambing atau bebiri.

Susu yang tidak diproses ni terdedah kepada kuman dan bakteria berbahaya.

Brucellosis, listeria, mycrobacterium, salmonella, E.coli antara kuman berbahaya yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Susu mentah sangat terdedah kepada pencemaran akibat persekitaran dan kemungkinan jangkitan dibawa oleh lembu, kambing atau biri-biri.

Komposisi susu ni sangat ideal untuk bakteria membiak. Jadi, pastikan susu mentah dimasak dan dididih mengikut suhu yang ditetapkan untuk bunuh kuman.

.

.

.

4- Telur mentah

Bakteria yang dikenali sebagai salmonella ni biasanya terdapat pada kulit telur.

Namun, salmonella juga boleh didapati dalam telur itu sendiri semasa pembentukan awal telur.

Jangan terpedaya dengan permukaan kulit yang bersih dan tidak retak kerana ia bukan jaminan untuk risiko untuk dicemari fungus, bakteria ataupun virus tetap ada.

Macam mana nak pastikan telur bebas daripada sebarang kuman?

Melalui proses ‘pasteurization’ iaitu proses pemanasan takat tertentu untuk bunuh sebarang kuman.

Walaupun jangkitan akibat salmonella ini jarang berlaku di Malaysia, namun ketahuilah akan bahaya yang mampu mengundang kematian.

Sebab tu orang ramai disaran untuk makan telur yang dimasak atau direbus. Telur juga sebaiknya dibasuh dulu.

.

.

5- Tepung mentah

Masa tengah buat kek atau biskut tu mesti ada yang jenis suka cuit sikit-sikit doh pastu masuk mulut?

Kalau time nak raya, riuh rendah kat dapur membakar segala jenis biskut.

Doh yang diperbuah daripada segala jenis tepung memang kena pastikan masak secukupnya.

Sebab tepung mentah bercampur pula dengan telur mentah ni boleh sebarkan bakteria iaitu E.coli. Salah satu penyebab utama cirit birit (diarrhea).

Selain berisiko terkena jangkitan salmonella. Jangan bagi anak-anak makan doh mentah.

Perjalanan tepung bermula daripada kilang sehinggalah ke rak jualan mungkin terdedah kepada patogen jadi seeloknya ia dibakar sehingga masak.

.

.

.

6- Ubi kentang

Kalau beli kentang frozen di supermarket, balik rumah lepastu goreng mesti ada yang tidak dimasak sepenuhnya.

Walaupun jarang kita lihat orang dewasa makan secara mentah, tapi kanak-kanak mungkin berfikir yang kentang ni boleh dimakan begitu saja sama seperti buah.

Kentang mentah ni ada ‘solanine’ iaitu racun glycalkaloid yang semula jadi ada.

Selain antinutrien seperti lektin yang boleh ganggu penyerapan nutrien dan menyebabkan masalah penghadaman.

Ubi kentang yang mula keluarkan tunas mengandungi kadar ‘solanine’ yang tinggi jadi elakkan daripada membelinya.

.

.

.

7- Kacang merah mentah

Kacang merah ni ada ‘lektin’ yang dipanggil phytohemagglutinin (PHA). Bukan semua lektin ni bertoksik.

Lektin ini akan dipecahkan apabila dimasak pada suhu tertentu.

Boleh jadi berbahaya jika diambil pada jumlah berlebihan menyebabkan overdose. Boleh ganggu metabolisma sel.

Kadar toksin dalam kekacang diukur menggunakan ‘hau’.

Kacang mentah mengandungi lebih kurang 20,000 hingga ke 70,000 hau. Apabila dimasak, akan berkurangan sehingga 200 ke 400 hau.

Jadi, elakkan daripada makan kacang merah yang tak dimasak sepenuhnya.

.

.

.

8- Keladi mentah

Siapa yang tak kenal dengan ‘sepupu’ kentang dan keledek ni kan.

Bahagian keladi yang selalunya dimakan termasuk ubi keladi dan batang keladi. Namun, awas jangan cuba-cuba makan secara mentah.

Kalau batang keladi ni ada ‘kalsium oksalat’ – penyebab mulut kebas dan bahagian dalam tekak seperti ‘dicekik’.

Kalau ubi keladi ni ada ‘dioscorin’ yang boleh bawa mudarat sekiranya tidak disediakan dengan teliti. Disarankan agar kulit dikupas dan dicuci betul-betul.

.

.

.

9- Cendawan mentah

Cendawan ni kalau nak dapatkan kebaikannya, perlulah dimasak terlebih dahulu.

Ini kerana sebahagian besar cendawan diperbuat daripada ‘chitin’.

Sebab tu agak liat dan keras bergantung pada jenis cendawan. Ada cendawan butang, cendawan tiram, cendawan enokitake. 

Sukar untuk dikunyah, dicerna dan punyai kandungan toksin tinggi jika dimakan mentah.

Patogen berbahaya daripada cendawan mentah boleh akibatkan kerosakan sel darah merah, ruam merah dan keradangan gastro-usus.

Proses memasak yang betul akan melembutkan tisu-tisu cendawan, menyingkirkan toksin dan lebih mudah dicerna.

.

.

.

10- Seafood mentah

Bila bercakap tentang makanan laut mahupun makanan darat, kaedah paling baik adalah dengan memasaknya.

Namun, ada sesetengah yang lebih terpikat dengan ‘kesegaran’ dan rasa ‘umami’ makanan laut terutamanya jika dimakan secara mentah.

Macam mana cara terbaik untuk elak pembiakan kuman pada makanan laut mentah?

Seeloknya ia dibekukan terlebih dahulu. Paling baik, sekurang-kurangnya dimasak pada suhu 145°F selama 15 saat.

Sesetengah spesis ikan seperti cod, herring, monkfish ada parasitiaitu cacing ‘Anisakis’. Penyebab utama jangkitan dalam usus.

Simptom termasuk sakit bahagian abdomen, loya dan muntah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top