10 Tips Fahami Psikologi Anak Remaja

Pernah tak dengar ayat macam ni,

Haa mak bapak dia tu mesti tak ajar.

Tak didik anak masa kecik dulu.

Sebab tu kurang ajar!

Agak keras bunyinya bukan?

Macam mana kalau yang dikatakan itu adalah anak kita sendiri?

Mesti runtun jiwa dengar.

Zaman remaja ni bagi saya tahap paling penting untuk ibu bapa.

Khususnya dalam mengetatkan lagi jalinan hubungan dengan anak.

Penting untuk jadi role model. 

Siapa yang ada anak remaja tu pasti faham kan?

Bukan senang nak didik remaja.

Tapi bukan susah jika tahu tekniknya.

Tapi sebenarnya kalau tahu teknik yang betul, tak susah pun.

Nak mendidik ni kena ada ilmu.

Memahami Anak Remaja

Masa ni, anak remaja akan alami perubahan ketara.

Dari segi pemikiran, hormon, tingkahlaku, emosi, dan fizikal.

Masa ni jugalah mereka akan ada perasaan nak berdikari.

Ingin tahu, nak cuba benda baru, sedar akan keadaan di sekeliling mereka.

Sejujurnya, ekspektasi daripada orang sekeliling mereka akan buat mereka rasa stres dan bingung.

Sebab mereka semakin menginjak umur dewasa.

Di sini, peranan ibu bapa perlu.

Untuk pastikan mereka dapat tempuhi zaman remaja dengan betul.

Hubungan rapat antara anak dan ibu bapa penting.

Untuk elakkan anak-anak daripada terjebak dengan gejala negatif.

Yang berpotensi untuk rosakkan masa depan mereka.

10 Tips Untuk Memahami Psikologi Anak Remaja:

  • Beri mereka peluang untuk berdikari, jangan terlalu mengongkong atau terlalu lepas tangan.
  • Beri mereka privasi dan ruang untuk mereka buat keputusan penting.

  • Beri mereka peluang untuk ekspresikan diri mereka; luahan perasaan dan masalah.

  • Minta maaf jika bersikap keterlaluan; bincang dengan rasional bersama mereka.

  • Fahami pandangan dan perasaan mereka.

  • Cuba untuk observe apa yang mereka buat; jangan terlalu obvious.

  • Perhatikan lingkungan sosial mereka untuk pastikan pengaruh yang baik.

  • Kerap beri mereka pujian
    untuk naikkan keyakinan diri mereka.

  • Jadi pendengar yang baik; dengar dulu dari pihak mereka, jangan terus nak marah

  • Cari masa untuk dihabiskan dengan mereka; perbualan, aktiviti riadah.

Pada saat ni, ibu bapa perlu menjadi rakan kepada anak remaja. 

Mereka sebenarnya lebih selesa walaupun mereka tidak tunjuk depan-depan.

Biasalah. Nak bermanja tapi malu.

Ibu bapa perlu bimbing ketika mereka buat keputusan penting dalam hidup mereka.

Bukannya mengarah dan membuat keputusan untuk mereka.

Mereka akan rasa dipandang rendah.

Sebaiknya bincang dengan mereka. Barulah mereka rasa dihargai.

Walau sesibuk mana pun dengan kerja, cari masa untuk diisi bersama mereka.

Buat lah apa jua aktiviti; beriadah, makan bersama, tengok movie. 

Pada usia sebegini, mereka mudah untuk memberontak dan sensitif.

Kesannya, anak remaja akan mudah untuk jauhkan diri daripada ibu bapa mereka.

Dan mereka akan lebih suka untuk rujuk rakan-rakan;

Menceritakan masalah mereka berbanding dengan ibu bapa.

Sesiapa yang punyai anak remaja tu mesti faham.

Macam-macam drama timbul bila berinteraksi dengan mereka.

Sampai satu tahap mereka akan uji kesabaran kita.

Betul tak?

Dalam Islam, kita juga diajar untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik.

Anak remaja sangat perlukan kasih sayang dan diakui. 

Jadilah pendengar yang baik.

Panggil nama dengan panggilan yang baik, bukan meyumpah seranah. 

Tunjuk kepada mereka betapa sayangnya.

Dan betapa kita ambil berat akan mereka.

Barulah mereka akan rasa disayangi dan dihargai.

Boleh begitu?

.

.

.

P/S:

Ingin kenalpasti bahagian OTAK yang mungkin BERMASALAH?

Serta cara atasinya? 

Klik https://neuroversiti.com/kuiz

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top