10 Tips Tingkatkan Hormon DHEA

Fahaman umum. Makin meningkat umur makin menurun hormon.

Antaranya ialah hormon DHEA.

Betul hormon DHEA menurun kerana kita semakin tua.

Betul usia mainkan peranan.

DHEA juga boleh turun bukan kerana faktor umur. Tetapi faktor lain.

DHEA dikenali sebagai ibu hormon atau master hormon.

Ia diperlukan untuk 50 hormon lain terbentuk. Bayangkan jumlah yang besar ini.

Antara hormon yang perlukan DHEA ialah testosterone, estrogen dan melatonin.

Secara normal, seorang lelaki dan wanita berumur antara 18-19 tahun perlukan 145-395 ug/dL dan 108-441 ug/dL.

Apabila DHEA rendah manusia akan alami simptom berikut:

  • Letih yang kronik
  • Lemah memori
  • Energi menurun
  • Jadi gemuk
  • Sakit sendi
  • Moody semasa menstruasi
  • Arteri tersumbat

Soalnya kenapa DHEA ini boleh menurun?

Apa punca dan sebabnya? Ada 11 sebab jadi punca kepada turunnya DHEA:

1- Obesiti. Berat badan yang meningkat seperti vacuum cleaner.  Menyedut dan menghilangkan DHEA.

2- Marah

3- Stres yang berlebihan

4- Terdedah kepada jumlah elektrik yang berlebihan. Contohnya guna telefon bimbit sambil mengecaj, guna gajet sehingga bateri atau alat tersebut menjadi panas dan terlalu kerap dan lama gunakan gajet.

5- Duduk terbenam dan tidak aktif.

6- Ambil terlalu banyak vitamin C.

7- Pencemaran

8- Kekurangan vitamin

9- Penyakit seperti diabetes, kerosakan buah pinggang, anorexia

10- Pengambilan ubat secara berlebihan termasuk insulin, steroids dan danazol

Apa sebenarnya fungsi DHEA?

DHEA dikaitkan dengan FOUNTAIN OF YOUTH.

Mahu kelihatan muda? Pastikan DHEA pada paras mencukupi setiap masa.

Apabila DHEA cukup dan stabil 10 perkara berikut akan berlaku:

  • Prestasi memori meningkat
  • Sistem imun semakin baik
  • Energi tinggi
  • Kulit jadi ‘glowing’
  • Jantung semakin sihat
  • Berat badan menurun
  • Tingkatkan kolesterol baik iaitu HDL
  • Bantu kualiti tidur Mood stabil dan baik
  • Kurangkan stres

Disebabkan DHEA ini penting, bagaimana cara naikkan DHEA ini?

Berikut adalah 10 cara tingkatkan DHEA secara semulajadi:

1- Dapatkan vitamin D dari sumber cahaya matahari. Lakukan aktiviti luar.

Bergerak dan membuat aktiviti luar ini sekurang-kurangnya sejam sehari.

2- Bergurau. Ketawa dan senyum dapat turunkan stres.

Ia sebabkan hormon penting lain mengalir di dalam tubuh.

3- Lakukan senaman

4- Elak ambil makanan tinggi nilai Indeks Glisemik atau GI – ukuran betapa cepatnya gula terbentuk di dalam darah.

Semakin tinggi nilai GI semakin buruk untuk tubuh.

5- Ambil makanan tinggi lemak sihat atau smart fat seperti avocado, minyak kelapa dan minyak zaitun

6- Banyakkan ambil protein dari sumber sihat.

Iaitu ikan, telur, ayam kampung, daging dari lembu yang makan rumput.

7- Elak ambil makanan dalam kategori karbo ringkas.

Contoh makanan karbo ringkas ialah nasi putih, roti putih, kuih muih, mee dan rakan-rakannya, kentang, makanan diproses seperi sosej dan nuggets.

8- Ambil makanan karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran, buah buahan, kekacang dan bijirin.

9- Amalkan zikir. Aktiviti seperti mindfulness atau ketara sedar juga baik untuk tingkat DHEA.

10- Pastikan tidur mencukupi. Tidur di bawah 7 jam tidak bantu naikkan DHEA.

10 perkara di atas dapat bantu naikkan semula hormon DHEA.

Satu bonus untuk tingkatkan DHEA lagi ialah herba Ashwagandha.

Kajian kaitkan herba ini naikkan DHEA dan turunkan hormon stres cortisol sebanyak 26%.

DHEA adalah hormon penting untuk tubuh. Kurang DHEA undang padah pada manusia.

Mahu cantik, dan muda pastikan DHEA sentiasa ada.

Cara untuk semak DHEA ialah melalui ujian hormon.

Wajar dilakukan setiap 6 bulan.

Jumpa pengamal perubatan bertauliah. Mereka dapat bantu.

Sumber rujukan:

1. Johnson MD, Bebb RA, Sirrs SM. Uses of DHEA in aging and other disease states. Ageing Res Rev. 2002 Feb;1(1):29-41. PMID: 12039447

2. Yamatani H, Takahashi K, Nagase S. [Sex hormones and physiological function]. Nihon Rinsho. 2015 Apr;73(4):565-70. PMID: 25936142

3. Labrie F. DHEA, important source of sex steroids in men and even more in women. Prog Brain Res. 2010;182:97-148. PMID: 20541662

4. Peck A, Chaikittisilpa S, Mirzaei R, et al. EFFECT OF STATINS ON ESTROGEN AND ANDROGEN LEVELS IN POSTMENOPAUSAL WOMEN TREATED WITH ESTRADIOL. Climacteric : the journal of the International Menopause Society. 2011;14(1):49-53.

5. Redberg RF, Katz MH. Reassessing benefits and risks of statins. N Engl J Med. 2012 Aug 23;367(8):776; author reply 776. PMID: 22913699

6. Charach G, Rabinovich A, Ori A, Weksler D, Sheps D, Charach L, Weintraub M, George J. Low levels of low-density lipoprotein cholesterol: a negative predictor of survival in elderly patients with advanced heart failure. Cardiology. 2014;127(1):45-50. PMID: 24217704

7. Szathmári M, Vásárhelyi B, Treszl A, Tulassay T, Tulassay Z. Association of dehydroepiandrosterone sulfate and testosterone deficiency with bone turnover in men with inflammatory bowel disease. Int J Colorectal Dis. 2002 Mar;17(2):63-6. PMID: 12014422

8. DHEA deficiency syndrome: a new term for old age? Link Here

9. Ryan AS. Insulin resistance with aging: effects of diet and exercise. Sports Med. 2000 Nov;30(5):327-46. PMID: 11103847

10. Boudarene M, Legros JJ, Timsit-Berthier M. [Study of the stress response: role of anxiety, cortisol and DHEAs]. Encephale. 2002 Mar-Apr;28(2):139-46. PMID: 11972140

11. Stress and its Effects on the Cortisol/DHEA Ratio and Muscle-Organ Relationships Link Here

12. Zofková I, Hill M, Zajícková K. Dehydroepiandrosterone status in postmenopausal women is determined by the gene for the vitamin D receptor. Horm Metab Res. 2002 Mar;34(3):127-31. PMID: 11972301

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top