1001 Cerita Gula Putih

Penyebab Utama ‘Craving’

Jika anda kerap ‘mengidam’. Orang putih panggil ‘craving’.

Apa sebenarnya yang tubuh anda perlukan?

Wajib untuk ambil tahu bab ni sebab ramai sangat yang suka ‘mengidam’ bukan bukan.

Kalau craving tak bertempat tu maknanya dalang utama adalah gula putih.

Kalau ‘mengidam’ Lamborghini, iPhone. Itu level lain macam sikit tu. Level alam kayangan.

Lain orang lain ragam. Berbalik pada gula putih.

Apa yang kita masukkan dalam perut kita. Tak boleh layankan saja kehendak mengidam.

Mengidam pula semua makanan manis. Bukan makanan sihat.

Tak mahu nanti merana tubuh, merana otak.

Apa yang kita makan membentuk sel kita. Kalau boleh, tak nak bentuk sel jahat. Nanti sel bermutasi jadi cacat.

Penyebab sel baik teroksida. Bila teroksida, kulit jadi keriput awal dari usia.

Jadi, gantikan mengidam manis dengan makanan lebih sihat dan kurang manis.

1. Manisan

Tubuh bagi signal. Perlukan carbon, chromium, sulfur dan fosforus. Ganti dengan ayam, daging, anggur, ikan, telur. Atau buah seperti kranberi, blueberi.

2. Coklat

Tubuh kekurangan magnesium. Ganti dengan kekacang, bijirin, pisang, kiwi, dried fruit.

3. Minuman manis

Kurang kalsium. Makan sayur hijau, bijirin, keju, bijan, kacang pea, almond millk, soy milk.

4. Alkohol

Badan perlu kalsium, protein, potassium, avenin. Ganti dengan bayam, kekacang walnut, granola, oatmeal, peanut butter.

Umpama ‘Baja’ Jerawat

Ini adalah kajian saintifik. Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh.

Boleh cuba sendiri. Sebulan diet TANPA gula. Biar hasil berbicara.

Setiap orang ingin kelihatan cantik, tampan dan kekal muda. Tapi itulah makan tak mahu jaga.

Kulit cantik bersih meghelip macam selebriti Korea adalah idaman setiap wanita.

Kulit ‘glass skin’ bebas jerawat tanpa cela seolah-olah tidak dimamah usia antara ciri-cirinya.

Kenapa perlu ‘struggle’ habiskan masa dan tenaga mahu dapatkan kulit begini?

Apabila kita boleh nampak cantik, sihat, lentik, dan kekal muda secara semulajadi.

Elakkan saka ini andai mahu kulit bebas jerawat dan jeragat.

Kill sugar before it kills your skin!

Penyebab Perut Boroi Berpenyakit

Katakan TIDAK pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya.

Dia punya moto ialah

Hidup aku untuk gemukkan orang. Kerja amal aku untuk memboroikan dan membunctikan perut manusia.

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar.

Ketawa macam orang jahat dalam filem. Sebab seronok dapat tolong kumpulkan lemak.

Orang cakap perut maju ke depan tu tandanya bahagia.

Tapi dalam tu juga terkumpulnya segala jenis penyakit bahaya.

Berakar umbi dekat situ.

Sebab lemak perut seliputi organ dalaman. Ada yang tanya. Kaki kurus lengan kurus. Tapi perut tersembul. Amacam tu?

Terima kasih kepada 2 S’s ni iaitu Stress dan Sugar.

Efek dia tak berapa nak bahagia.

Nanti sampai masa kena ulang alik hospital. Kena tanggung kos perubatan. Kencing manis.

Paling ramai penghidap. Hari hari kena cucuk insulin.

Belum lagi melarat sampai kena kerat jari kaki. Melarat lagi separuh kaki. Hidup bergantungkan ubat.

Gaya hidup kena jaga. Terutama pemakanan. Sebab zaman sekarang tak sama macam dulu.

Dulu mana ada sangat fastfood. Junkfood. Makanan yang viral viral dekat medsos tu.

Macam mana nak singkirkan lemak perut? Nak kempiskan balik biar rata?

1. Ambil makanan berprotein tinggi.

2. Pandai urus stres.

3. Katakan TIDAK pada gula putih.

4. Aktif bersenam.

5. Tidur awal dan cukup.

6. Ambil lemak ikan.

7. Ambil makanan berserat tinggi.

Manis di Lidah, Racun di Otak, Toksik di Tubuh

Gula ni sejenis pemanis kristal karbohidrat boleh dimakan yang sangat popular.

Gambar di atas iaitu kristal gula jika dilihat melalui mikroskop apabila dibesarkan 20 kali ganda.

Patutlah ketagih. Warna warni rupanya. Boleh ‘nampak’ manis tu.

Omputeh cakap, no sugar no life. Sekali cuba, nak lagi. Lama lama jadi ketagih gula.

Tak boleh buat kerja kalau tak minum air manis. Wajib mengeteh dan mengopi setiap hari.

Makanan orang kita rasa tu kena lebih. Masam manis masin. Kalau tawar, tak naik selera.

Gula lepaskan hormon dopamin.

Tingkatkan lagi hormon serotonin untuk bentuk ‘kitaran habuan.’

Bila ‘hormon galak’ ni naik mendadak. Tidur pun terganggu. Tak nyenyak.

Kalau budak-budak. Jadi hyper semacam. Sugar rush. Risiko sawan. Bahaya.

Susah nak terima ilmu baru. Daya ingatan lemah.

Bukan sebab makan semut. Sebab makan gula banyak.

Kerap batuk. Gigi rosak. Anak hilang selera makan sayur.

Bila dah jadi penagih gula. Self-claim. Fikiran kata,

Kena juga makan manis untuk ‘reward’ diri sendiri. Kalau tak makan manis, tekak rasa kering semacam.

Betul tak?

Ni salah satu tanda badan jadi ketagih. Apa lagi petanda anda mungkin ‘ketagih gula’?

1. Gilakan makanan manis.

2. Tak suka minum air putih.

3. ‘Mengidam’ karbohidrat kompleks.

4. Makanan manis wajib lepas waktu makan utama.

5. Tak suka makan buahan dan sayuran.

‘Hide-and-Seek’ Gula Putih

Pernah tak terfikir setiap kali snek dan manisan masuk dalam mulut ada berapa banyak jumlah gula?

Gula tersembunyi. Ke main rembat je janji perut kenyang. Walaupun kenyang sementara. Kejap terbayang snek tadi. Nak lagi.

Diet bukan kemain tapi berat takat tu je. Berat plateau.

Ramai yang bila diet, cut itu ini tapi jajan tetap makan. Sebab fikir,

Ala jajan ni tak banyak. Kecik je. Tak affect.

Mungkin boleh rethink balik. Jajan macam ni lah yang patut kena jauhi. Seeloknya, tukar jenis snek.

Makan snek rendah kalori, rendah gula.

Gula Putih = Addicting Sweet Killers

Gula putih diberi julukan pure white and deadly.

Gula putih perlukan sejumlah besar air untuk buang daripada sistem badan.

Tambah yang ada masalah paras gula tinggi. Main pulun organ nak buang.

Badan cuba yang terbaik untuk halau keluar gula berlebihan daripada darah melalui air kencing.

Sayangnya kepada tuan punya badan.

Gula putih bagi tekanan dekat pankreas dan hati.

Oksigen otak kebuluran. Terlalu banyak gula dari masa ke masa bentuk ‘insulin resistance’.

Sebab ni pankreas kena kerja OT. Kerja lebih kuat sampai burnout.

Kesan gula putih tak perlu nak ulas panjang.

Kebotakan. Rosak saraf. Defisit perhatian. Rosak gigi. Tekanan darah tinggi. Hilang tulang tumpat. Katarak. Glaucoma. Diabetes. Nyanyuk. Gagal buah pinggang. Hiperaktif. Arthritis.

Gula putih rosakkan kolagen. Elastin. Kesannya, penuaan pramatang. Parut susah hilang. Kedut mengedut. Kulit tua kusam.

Otak?

Jahanamkan sel otak. Ganggu hippocampus. Prestasi menjunam jatuh. Sebabkan disfungsi otak hingga kucar kacir. Memori melemah. Kerap disuap gula. Anak bila belajar palui. Sifir mudah susah nak ingat.

Palui ni bahasa orang Brunei. Nak tahu maksud silakan google.

Paras gula meninggi dalam darah. Sebabkan saluran halus dalam penapis buah pinggang jadi sempit dan tersumbat.

Tanpa darah cukup, buah pinggang mula merana. Protein albumin yang lalu ikut penapis buah pinggang ni akan sampai ke tempat yang tak sepatutnya.

Sistem tapis buah pinggang merosak. Akibat ke pusat homeodialisis la jawabnya.

Jantung?

Enjin utama badan. Keraskan pembuluh darah. Akhirnya, terima anugerah penerima strok jantung. Sendi kena inflammation. Akibatnya, muncul protein cytokines. Undang osteoarthritis.

Mulalah mulut potpet potpet ngadu sakit urat sakit sendi. Nak proses gula putih ni perlukan 4 pankreas. Manusia ada 1 pankreas jer.

Boleh bayangkan.

Bila ada masalah macam saya cakap tadi, kena cermin balik gaya pemakanan.

Gula Putih Penyamar ‘Buah’

Gula putih ni memang pakar dalam penyamaran.

Nak tahu tak buah-buah di dalam cereal ataupun kek cawan yang selalu beli dekat kedai tu.

Adalah BUKAN buah yang asli.

Ia sekadar campuran gula putih, hydrogenated oil dan pewarna No 2 dan No 40 yang boleh ganggu kesihatan.

Semak dahulu sebelum beli. Periksa dahulu sebelum terkena.

Kalau beli kesian kat anak anak. Dia orang tak tahu. Ingatkan blueberry betul dalam cereal. Minta nak makan berulang ulang.

Kita pun sama. Berbiji biji telan blueberry muffin. Sedaplah katakan.

Lepas tu apa jadi?

2-3 minggu sekali pergi klinik. Peti ais penuh dengan ubat batuk, ubat selsema. Tu pun ada chemical juga. Bertimpa timpa.

Biasanya sedap ni sementara saja. Deritanya yang datang tu silih berganti kemudiannya.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top