in

1001 Khasiat Kaki Ayam

Ada sesiapa di sini yang menggemari kaki ayam?

Kalau ada, welcome to the club.

Saya pun peminat tegar kaki ayam lebih lebih lagi apabila dibuat sup.

Perghh! Memang padu bila hirup sup kaki ayam.

Pekena pula dengan kurma merah (jujube) dengan goji berries. Nutrisi padat bagus untuk tubuh.

Kaki ayam ni ramai yang tolak tepi sebab mungkin tak ‘terliur' dengan bentuknya. Macam alien pun ada jugak.

Ada yang cakap ‘geli' sebab makan kaki ayam tak pakai selipar.

Namun, do not judge a book by its cover bak kata orang putih.

Kalau tengok betul betul, kulit kaki ayam di atas tu bebas cela. Tiada bintik hitam dan nampak segar.

Kena fokus khasiat sebelum menilai luaran. Kalau sesiapa yang nak kulit cantik maka kaki ayam wajib ada dalam senarai diet.

Ada yang tanya, kenapa kena letak kurma merah? Selalunya letak kantung sup bunjut je.

Dalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.

Dengan vitamin C yang tinggi, pengambilan kurma merah juga dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit.

Nak lebih details? Baca sampai habis.

.

.

.

1001 Khasiat Kaki Ayam Ramai Tak Tahu

Di sini hanyalah keratan senarai khasiat yang ada dalam kaki ayam ramai yang mesti takkan sangka.

Semua ni ada dalam kajian yang telah dibuat selama berpuluh tahun.

Kaki ayam diperbuat daripada tisu penghubung. Kulit, tulang rawan, tendon dan tulang.

Ada kira-kira 70% kandungan protein dalam kaki ayam menjadikannya padat dengan kandungan kolagen.

Kolagen selalunya boleh dikenalpasti melalui teksturnya yang lembut dan chewy. Bila gigit tu rasa nyut nyut.

Kolagen adalah protein berstruktur yang memberi kekuatan serta bentuk kepada kulit, otot, ligamen dan tulang kaki ayam.

Kolagen sering dikaitkan dengan kesihatan kulit serta rambut.

Namun, kaki ayam juga bagus untuk kesihatan usus. Ramai yang tak tahu tentang ni.

Kolagen juga turut dikenali kerana fungsinya untuk lindungi saluran pencernaan agar tidak terkena Leaky Gut Syndrome.

Apa pula Leaky Gut Syndrome ni?

Sindrom usus bocor di mana sel-sel pada dinding usus menjadi longgar.

Mengakibatkan antigen, toksin dan bakteria jahat boleh memasuki saluran darah melalui ruang ruang yang bocor.

Sudah semestinya kaki ayam juga tinggi kolagen untuk kulit tampil lebih awet muda, sihat dan glowing.

Perasan kan kenapa penduduk di negara Asia lain seperti Vietnam, Korea, Taiwan, Cina kebanyakannya mempunyai kulit halus mulus dan cantik.

Sering dijuluki ‘glass skin' ataupun ‘porcelain skin'. Pori muka hampir tidak kelihatan.

Apabila kolagen berkurang, maka timbul masalah seperti kulit kasar, kering dan bersisik.

Mereka gemar makan sup kaki ayam dengan menggabungkan bahan-bahan power seperti kurma merah, goji berries, ginseng dan herba lain.

Bukan itu saja, kaki ayam ni kaya folat iaitu vitamin B9 untuk lindungi ibu hamil. Untuk elak kecacatan pada kandungan.

Kalau nak makan kaki ayam ni pastikan kulit yang berwarna kuning tu dibuang terlebih dahulu.

Kebanyakan lemak datang daripada kulit tersebut.

Kajian dalam Journal of Medicinal Food pada tahun 2015 di mana kajian telah dibuat ke atas 105 peserta wanita selama 6 bulan.

Mereka mempunyai selulit dan mendapati memakan kaki ayam mengurangkan kesan selulit serta kulit berlipat lipat.

Terutama pada bahagian tengkuk dan pinggul.

Selain itu, kaki ayam juga dikatakan mampu redakan sakit bahagian sendi berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2016.

191 peserta yang ada masalah osteoarthritis lutut mendapati memakan kaki ayam secara berkala selama 3 bulan memberikan kesan memberangsangkan.

Terutama dari segi pengurangan rasa sakit serta tegang pada lutut.

Kajian yang dibuat pada tahun seterusnya melibatkan 139 atlet selama 3 bulan juga menunjukkan hasil yang serupa.

Ada lagi, kolagen dalam kaki ayam sangat bagus untuk urat dan arteri darah.

Jumlah kolagen dan elastin (sejenis protein untuk kelenturan) perlulah seimbang untuk pastikan organ seperti jantung, hati, limpa berada dalam keadaan baik.

Sekali gus mencegah berlakunya penyakit kronik disebabkan pengerasan pada dinding organ.

Kolagen memenuhi jumlah protein dalam badan lebih kurang 25% ke 35%.

Selari dengan peningkatan umur, jumlah kolagen akan semakin berkurang jadi amatlah penting untuk dapatkannya melalui pemakanan.

Struktur protein dalam kaki ayam adalah yang paling serupa dengan protein dalam badan manusia.

Ia juga cepat diserap ke dalam badan menjadikannya ideal untuk dimakan.

Jadi lepas ni jangan dipandang sebelah mata je ye kaki ayam. Cintailah khasiat yang ditawarkan.

.

.

.

P/S: Tuan puan berminat untuk mendapatkan produk sihat OCOC?

Produk bebas bahan kimia, gula tambahan dan pewarna tiruan. Semestinya 100% organik untuk mengekalkan kesihatan pada tahap optimal.

Klik https://bit.ly/OCOC_Special untuk dapatkan info lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Sahur Makan Ini Je? Cukup Ke?

neuroversiti_sugar addiction

6 Kebaikan Ambil Gula Putih Yang Ramai Tak Tahu