11 Makanan Anti-Aging

Seperti yang kita ketahui, setiap yang hidup akan menua selari dengan kenaikan umur.

Tak mungkin kita boleh kekalkan keremajaan kita sampai bila-bila.

Benda baru mula-mula cantik. Berkilat. Lama-lama turun warna. Pudar. Berhabuk.

Samalah kita manusia. Lumrah alam. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Betul tak?

Ada yang pernah tonton The Age Of Adaline?

Siapa yang suka tengok filem ni mungkin tertanya-tanya. Possible tak untuk manusia berhenti menua?

Filem ini berkisahkan seorang wanita yang berumur 107 tahun namun penampilannya tidak berubah selepas dia terlibat dalam kemalangan.

Fizikalnya seakan-seakan berhenti menua dan rupanya kekal muda pada umur 29 tahun selama 80 tahun.

Wanita tersebut didiagnosis dengan sejenis gangguan unik dalam sel tubuhnya.

Apabila dia mati dalam kesejukan air dan dihidupkan kembali dengan sambaran petir.

Ada yang anggap ianya keajaiban namun ada juga yang merasakan ia satu sumpahan.

Kejadian sebegini hanya boleh diijelaskan secara saintifik.

Kita tidak tahu. Mungkin 20, 30 tahun akan datang. Perancangan Tuhan adalah yang sebaiknya.

Tapi!

Apa yang pasti, antioksidan mampu melambatkan proses penuaan. Walaupun tak mampu hentikan.

Selari dengan peralihan masa, sel sel dalam badan akan mula teroksida.

Mulalah perang bahan perosak yang akan cuba membunuh sel.

Tahu tak bahan perosak ni masuk melalui pemakanan kita?

Sebab itu pentingnya untuk kita tahu makanan apa yang kita masukkan dalam perut.

Saranan ideal adalah makan makanan sihat.

Sebaiknya bebas pengawet, pewarna tiruan, bahan kimia sintetik dan minyak.

Benda nilah yang akan rosakkan sel tubuh badan.

Mereka akan kawal sel, jadikan ia sel mutasi. Sel cacat rosak. Sifatnya berubah. Jadi ganjil. 

Jangka hayat sel ni panjang. Lepastu mampu membiak dengan cepat. Sel mutasi ni akan masuk dalam darah.

Untuk serang organ dalaman sehingga boleh sebabkan kanser.

1- Beet

  • Detoks halang kulit pudar.
  • Kurangkan kulit berminyak.
  • Rendahkan risiko penyakit jantung.
  • Bantu proses nyahtoksin.
  • Bantu masalah sembelit.

2- Beri biru

  • Neutralkan radikal bebas.
  • Bantu elak kanser.
  • Antisianin bantu sihatkan jantung.
  • Kuatkan tulang.
  • Perlahankan kadar keluaran gula ke dalam salur darah.

3- Avokado

  • Anjalkan kulit di samping melembapkan.
  • Atasi liang pori besar.
  • Rawat kulit berjerawat.
  • Rawat mulut berbau.
  • Pudarkan garis halus pada wajah.

4- Buahan sitrus

  • Vitamin kolagen untuk kedutan.
  • Bantu redakan kegelisahan.
  • Legakan sakit kepala/migrain.
  • Kuatkan sistem imun.
  • Bantu badan serap zat besi.

5- Keledek manis

  • Beta carotene tukar ke vitamin A untuk kulit gebu.
  • Bersifat anti-kanser.
  • Baik untuk kekalkan usus sihat.
  • Kuatkan sistem imun.
  • Bantu cegah kemerosotan fungsi otak.

6- Tomato

  • Lycopene lindungi kulit dari sinar matahari.
  • Kurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  • Kecutkan jeragat/jerawat.
  • Cerahkan tona kulit jadi sekata.
  • Pudarkan bintik hitam pada wajah.

7- Selada air

  • Antiseptik kulit dalaman.
  • Isothiocyanate (ITC) dan vitamin C halang kerosakan kolagen.
  • Kurangkan selulit dan kedutan.
  • Tingkatkan kesihatan otak.
  • Cegah demam kesejukan.

8- Betik

  • Tingkatkan keanjalan kulit.
  • Kurangkan berat badan.
  • Penawar buasir dan sembelit.
  • Tinggi antioksidan.
  • Cegah keradangan.

9- Bayam

  • Kolagen untuk kulit tegang dan licin.
  • Jaga kesihatan otak.
  • Tingkatkan kekuatan memori.
  • Jaga kesihatan organ pencernaan.
  • Cegah anemia.

10- Buah delima

  • Punicalagin pelihara kolagen kulit.
  • Pelindung nyanyuk/Alzheimer’s.
  • Kawal gula dalam darah.
  • Perbaiki sel dan sembuhkan luka.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari.

11- Brokoli

  • Anti-radang kulit.
  • Bantu proses regenerasi kulit baru.
  • Halang tanda-tanda penuaan.
  • Lindungi dari kanser.
  • Kesihatan tulang dan sendi.

.

.

.

P/S:

Nak kenalpasti bahagian OTAK manakah yang menyumbang pada masalah LUPA?

JAWAB KUIZ INI!

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top