11 Makanan Terbaik Untuk Otak

Kenapa kena pilih makanan sihat?

Makan sihat bukan sekadar kenyangkan perut.

Malah, kesihatan bertambah baik, otak jadi power, kulit jadi cantik, badan jadi lentik, emosi sentiasa bahagia.

Bila bahagia datang, orang sekeliling juga suka.

Jom lihat 11 makanan berikut beserta khasiatnya.

1. Bendi


Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.

Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin.

Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:

  • 1
    Anti diabetic – fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.
  • 2
    Anti kolesterol – pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.
  • 3
    Penjaga neuron atau sel otak – catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
  • 4
    Tingkatkan kapasiti otak – epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.
  • 5
    Anti nyanyuk atau Alzheimer – quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenerative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.

Sekarang kita lihat makanan kedua. Makanan yang ada fungsi anti kanser.

2. Kunyit

Kunyit ini merupakan makanan luar biasa hebat yang ramai tidak tahu.

Tak hairanlah kunyit banyak digunakan dalam resipi orang tua.

Banyak khasiatnya. Antaranya:

  • 1
    Penghalang Racun Arsenik - Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA.
  • 2
    Anti Kanser - Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
  • 4
    Anti Tumor - Kunyit juga melemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor.
  • 5
    Penghalang Otak Rosak - Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak. Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen neuroprotective. Ala-ala security guard.
  • 6
    Glowing Skin - Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
  • 7
    Fat Burner - Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.

Sekarang mari kita lihat makanan yang membantu meningkatkan prestasi otak seterusnya.

3. Dark Chocolate

Ini adalah coklat yang bagus untuk otak. Cuma hati-hati dalam memilih.

Pilih yang kandungan dark chocolate-nya 70% ke atas. Kalau kurang dari 70%, maksudnya coklat itu lebih banyak gula!

"Doc, apa kebaikan Dark Chocolate?"

Antara kebaikan Dark Chocolate adalah:

  • 1
    Mengandungi Theobromine - Bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir. Menambah tenaga otak.
  • 2
    Ada Anandamide - Dikenali sebagai ‘feel good chemical’. Kesannya sama macam mengambil ganja. Bezanya, ganja menyebabkan otak tidak aktif.
  • 3
    Tak ada kafein - Bagus untuk fokus dan siap siaga. Kekadang kita terlalu asyik melakukan sesuatu hingga terlepas masa.

Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk dapatkan Dark Chocolate. Dan inilah sebabnya kenapa dalam Coco OCOC, kita gunakan Dark Chocolate 70%.

Menyusul selepas ini adalah 'super food'  yang semakin digilai masyarakat barat. Nenek moyang kita makan zamam berzaman.

Apa dia?

4. Keledek Ungu

Keledek adalah makanan berserat tinggi.

Menurut kajian di Journal of American College of Nutrition pengambilan makanan tinggi fiber seperti keledek bantu lambatkan proses penuaan.

Rahsia awet muda!

Ada lagi kebaikan keledek? Ada.

  • 1
    Anti Oksida - Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.
  • 2
    Vitamin A - Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A. Vitamin A perlu untuk kulit dan mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
  • 3
    Turunkan Uric Acid - Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, keledek ungu turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.

Banyak lagi kebaikan keledek ungu. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang.

Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4!

Menyusul selepas ini adalah makanan terbaik untuk otak dari laut.

5. Ikan

Ikan adalah sumber Omega 3, protein dan nutrisi penting lain.

Omega 3 bantu rendahkan risiko serangan jantung, kemurungan, dan dementia.

Ada kajian dalam jurnal saintifik Paediatrics. Pengkaji mahu kesan ambil makanan ada omega 3 pada anak.

Mereka dapati, anak yang ambil makanan ada omega 3 lebih tinggi IQ berbanding dengan yang tidak ambil.

Mereka juga dapati anak yang ibunya ambil omega 3 masa trimester 3, punya anak dengan IQ yang lebih tinggi.

Ikan kembung dalam konteks ikan tempatan, punya omega yang tinggi.

Kalau mampu beri sahaja salmon. Luar biasa dos Omega 3 nya.

Oh ya, tahukah anda protein dari ikan contohnya kuatkan otot paru paru?

Apabila paru paru kuat, pernafasan lancar. Otak terima oksigen seperti yang diperlukan.

Jadi andai diet keluarga anda kurang ikan, inilah masanya. Tambah menu ikan di dalam hidangan.

Sekarang kita mahu lihat buah yang bagus untuk otak. Buah-buahan tempatan.

6. Nenas

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh.

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus.

Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre. Vitamin yang cantikkan kulit.

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain.

Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology, Bromelain boleh menghalang berlakunya Alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya.

Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Setelah ambil nenas, cari pula 'buah ini'. Buah ini ada 3 anti oksida yang hebat.

7. Belimbing

Bayangkan dalam belimbing ada 3 anti oksida power.

  • Ada quercertin
  • Ada epicatechin
  • Ada gallic acid

Mereka ini adalah pahlawan yang melawan radikal bebas dan inflamasi.

Menurut kajian belimbing bertindak sebagai anti microbial.

Bertindak lawan microbial bacillus cereus, e.coli, salmonella typhus. Juga bagus untuk eczema.

Ada lagi kehebatan belimbing ini. Ia ada vitamin A, B and C.

Vitamin C yang ada dalam belimbing berikan 57% keperluan harian vitamin C manusia.

Jumlah besar ini penting untuk bantu penghasilan kolagen. Penting untuk cekang dan licinkan kulit.

Pada yang mahu kulit glowing lit lit boleh berdempek dengan makhluk ini.

Menarik lagi belimbing ada thiamine, riboflavin, dan niacin. Kesemuanya penting untuk otak.

Pada ibu menyusu dan mahu susu banyak, bersenggol sengolanlah dengan belimbing.

Ada kajian dapati ibu yang ambil belimbing hasilkan susu lebih banyak berbanding yang tidak ambil.

Bagi yang ada masalah rambut, vitamin B kompleks yang ada belimbing mungkin berikan jawapan bagaimana mahu lebatkan semula rambut.

Kajian dari International Journal of Food Science and Nutrition tahun 2014 dapati fiber dalam belimbing dapat turunkan kolesterol.

Laporan dari jurnal saintifik Advance Pharmacological Science pada tahun yang sama juga pula dapati ianya dapat lawan sel kanser hati.

Luar biasa betul belimbing. Saya sendiri pastikan seminggu sekali mesti ambil.

 Cuma satu sahaja pantang belimbing.

Tidak sesuai untuk yang ada masalah buah pinggang.

Sekarang saya nak kongsikan satu lagi buah yang senang didapati dan banyak khasiatnya. Buah ini juga dipanggil buah awet muda.

Kenapa? Teruskan membaca.

8. Pisang

Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar, bukan tua sebelum usia, makanlah pisang.

Pisang ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman. Organ dalaman muda, yang luar ikut muda.

Mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, ambil pisang. 

Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.

Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem. Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin.

Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum. Gula sedikit. Kanji kecil.

Mahu kawal tekanan darah, pisang boleh membantu. Ada potassium.

Membantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang.

Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari

Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri. Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.

Makanan seterusnya, ada mitos yang perlu diperbaiki.

9. Telur

Ambil tidak sebabkan kolesterol tinggi.

Sudah berkali-kali kajian buktikan pendapat yang kaitkan telur dan kolesterol tidak benar.

Cara MUDAH stabilkan mood ialah dengan tingkatkan hormon serotonin.

Hormon ini penting untuk beri rasa gembira dan bahagia. Serotonin juga penting untuk memori.

Untuk tingkatkan serotonin perlu naikkan typtrophan. Typtrophan ada dalam telur.

Selain itu, dalam telur ada betaine dan choline. Kajian di China mendapati makan 1 biji telur sehari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. 

Sumber choline juga penting untuk perkembangan otak. Wanita mengandung dan menyusu perlu ambil.

Kandungan protein yang tinggi dalam telur membantu untuk rasa kenyang lebih lama. Membantu untuk yang nak kurus. Ambil waktu breakfast.

Oh ya, nak beli telur, pastikan yang ada omega-3. Elakkan ambil yang dah pecah. 

Bukan makanan sahaja yang kami kongsi, lihat point seterusnya untuk minuman power.

10. Teh Hijau

Teh hijau ada kandungan luar biasa. Namanya Polyphenol. Sejenis anti oksida yang beri kita M.E.L.

  • Mental alertness
  • Enhance memory
  • Lambatkan proses penuaan sel otak.

Minum teh dapat M.E.L. Baguskan?

Beberapa kajian lain pula mendapati bahawa teh hijau dapat menurunkan risiko 'type 2 diabetes' (1) dan sakit jantung (2).

Ada lagi. Minum teh hijau dapat membantu dalam penurunan berat badan.

Caffeine dan 'catechins' yang terkandung dalam teh hijau juga dapat meningkatkan metabolism dan meningkatkan kadar pembakaran lemak (3)

Minum teh hijau juga dapat membantu pembakaran 75-100 kalori setiap hari (4).

Walaupun nampak sedikit, namun ianya membantu untuk tempoh jangka masa panjang. 

Teh hijau juga dapat melindungi daripada kanser prostat (5) dan kanser payudara (6).

Selain itu, teh hijau juga membantu dalam sistem imun, meningkatkan fungsi otak (7), kesihatan gigi (8), dan mengurangkan risiko arthritis (9), Alzheimer dan Parkinson (10).

Selepas minuman, kita beralih pula pada minyak. Boleh gunakan minyak ini juga untuk memasak.

11. Minyak Kelapa

Masuk dalam senarai Smart Fat. Antara yang wajib diambil setiap hari. Ada 5 sebab kenapa minyak kelapa penting untuk kita:

  • 1
    Fat Burning – Kajian dapati orang yang ambil dua sudu minyak kelapa turun lemak di perut. Jangka masa antara 1-3 bulan.
  • 2
    Brain Booster - Kajian dalam jurnal saintifik Neurobiology of Aging dapati peningkatan kapasiti otak selepas 90 minit minum minyak kelapa.
  • 3
    Booster Testosterone – Minyak kelapa terkenal sejak dahulu lagi sebagai minyak yang wajib diambil lelaki. Kajian sains hari ini buktikan minyak kelapa dapat tingkatkan level hormon testosterone.
  • 4
    Kurangkan Bengkak pada Prostat – Prostat ada pada lelaki. Ada masalah utama lelaki ialah kanser prostat. Lazimi ambil minyak kelapa sebagai langkah mencegah.
  • 5
    Turunkan kolesterol – Ya, minyak kelapa rendah kolesterol jahat dan tinggikan kolesterol baik. Pembuluh darah tidak lagi tersumbat.

Minyak kelapa ini luar biasa hebat. Kesannya dalaman dan luaran. Amalkan sekarang. Supaya senang di masa akan datang.

Anda Mahu Cuba Yang Mana?

Sudah tiba masa untuk tindakan. Supaya dapat menikmati keuntungan. Ilmu tanpa amal bagaikan pokok tanpa buah.

Anda mahu mula dengan makanan mana?


Rujukan

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Scroll to Top