11 Makanan Untuk Putih Semula Jadi

Setiap individu dilahirkan dengan perbezaan warna kulit dan jenis kulit.

Setiap warna kulit tu cantik dan unik.

Kurniaan Yang Maha Esa memperlihatkan kekuasaanNya.

Namun,

Tidak salah kalau ada yang nak dapatkan kulit lebih cerah.

Sihat berseri dan glowing.

Ramai yang bertanyakan tentang supplemen makanan tambahan yang boleh putihkan kulit.

Nak kulit gebu gebas macam kulit bayi katanya.

Tak kira jantina dan umur, lelaki dan perempuan sama-sama nak kulit putih berseri.

Jujur bila tanya, siapa yang tak nak kulit mulus dan bersih kan?

Manusia suka benda-benda yang tampak suci dari luaran.

Takyah pakai macam macam produk untuk putih.

Guna sumber semula jadi yang boleh bantu cerahkan kulit.

Sumber semula jadi sebab sudah dikaji jadi tahu apa kandungannya.

Tak terusik oleh bahan tambahan.

Betul tak?

1. Limau nipis / limau purut

Limau nipis atau limau purut adalah sejenis buah citrus masam.

Kaya kandungan vitamin C.

Salah satu kuasa utama limau untuk cegah bakteria dan kuman penyebab jerawat.

Buahan sitrus lain seperti lemon juga bagus untuk kulit muka.

Lemon bersihkan kulit mati, kurangkan minyak pada muka dan pelihara kelembapan.

Senang saja nak guna;

  • Ambil satu biji limau nipis.
  • Potong dua dan sapu ke seluruh muka.
  • Tunggu beberapa minit kemudian cuci sampai bersih.

Memang boleh nampak perbezaan iaitu kulit jadi lebih cerah berseri dan tegang anjal.

2. Aprikot

Aprikot ni memang salah satu ramuan utama yang selalu digunakan dalam skincare.

Banyak kebaikan aprikot ni;

Lembapkan kulit, kurangkan minyak pada bahagian muka.

Lambatkan penuaan, atasi keradangan dan kulit tampak lebih cerah.

Mengandungi tinggi anti-oksidan dan vitamin C.

Sememangnya bagus untuk manfaat kulit.

Aprikot ni juga boleh digunakan untuk merawat ekzema.

Yang berpunca daripada simptom keradangan dan kegatalan kulit.

3. Lobak

Lobak ni ada banyak jenis seperti lobak putih ataupun lobak merah.

Kaya dengan vitamin dan nutrien.

Bagi yang ada masalah kulit kusam dan gelap.

Lobak mampu perbaiki sel kulit mati dan kulit kering.

Menyuburkan sel kulit dari dalam.

Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri serta mengurangkan parut.

Kandungan air yang tinggi dalam lobak bagus untuk hidrasi kulit.

Membuatkan kulit lembut dan anjal.

Saya perasan orang Asia khususnya Cina, Jepun, Korea dan Taiwan.

Mereka kerap makan jeruk lobak.

4. Mangga

Buah tropika warna kekuningan jingga ni memang banyak didapati di negara kita.

Buahnya manis dan boleh hilangkan dahaga kalau minum jus.

Mangga ni ada banyak kandungan vitamin C dan E.

Mampu untuk kurangkan bintik gelap pada bahagian hidung dan pipi.

Mangga juga boleh remajakan kulit muka menjadikan kulit awet muda.

Kalau yang suka buat aktiviti luar yang terdedah kepada matahari.

Menyebabkan kulit terbakar, boleh gunakan kulit mangga.

Letak macam letak masker. 

5. Cantaloupe

Cantaloupe ni nama lokalnya dipanggil sebagai rock melon.

Yang macam timun susu tu tepi kulut luaran tu lebih bercorak timbul.

Kaya dengan vitamin A, C, E dan K.

Cantaloupe ni boleh rawat kulit dan rambut.

Berperanan untuk melembapkan kulit.

Buah ini kaya dengan zeaxanthin.

Yang berfungsi untuk melindungi kulit dan mata terhadap sinar UV.

Juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Dmencegah dehidrasi menyebabkan kulit jadi kasar dan kering.

6. Labu

Pokok labu ni menjalar dan punyai buah berbentuk bulat.

Labu ni sedap dibuat puri.

Atau pun kukus dengan rasanya yang berkacang dan manis.

Tinggi vitamin A dan vitamin K.

Labu ni boleh rawat kesan kulit terbakar akibat terkena cahaya matahari.

Labu kuning dapat pulihkan kerosakan kulit. Tingkatkan antibodi.

Elak dari terkena penyakit barah dan katarak serta kurangi risiko penyakit kardiovaskular.

Labu juga boleh pudarkan bintik-bintik hitam.

Tingkatkan peredaran darah di sekitar muka untuk cegah jerawat.

Dan pertahankan sel kulit untuk lambatkan penuaan.

7. Ubi keledek

Rakyat kita suka makan ubi keledek ni.

Ada macam-macam jenis ubi keledek dengan berbagai warna.

Ubi keledek ni sedap dikukus dan dimakan begitu saja.

Rasanya yang manis dan mengenyangkan sesuai untuk yang tengah berdiet.

Sumber karbohidrat yang ideal untuk gantikan nasi.

Tinggi vitamin B6, C dan magnesium.

Ubi keledek ni boleh percepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.

Antioksidan tinggi untuk cegah sel kanser.

Dan serat tinggi untuk kawalan berat badan dan pencernaan.

8. Keladi/ubi keladi

Keladi ni tumbuhan yang terletak dalam air.

Kalau dekat Malaysia ni paling common keladi air dengan keladi cina.

Keladi ni ada banyak khasiat antaranya;

Sumber karbohidrat (ubi keladi atau taro) antikoksidan, tinggi vitamin B6 dan C.

Tahukah bahawa keladi air sebenarnya,

Boleh bantu galakkan pertumbuhan neuron dalam otak!

Bahagian batang dan juga ubi keladi kebiasaannya dimakan.

Dengan pelbagai cara masakan; rebus, gulai, kuih-muih.

Kandungan anti oksidan iaitu flavonoid.

Terutama sekali pada bahagian daun dan juga akar untuk cegah radikal bebas.

Juga tinggi kandungan phytochemical (β-Carotene).

Berfungsi sebagai antioksidan, dalam ubi taro.

Keladi ni bagus untuk mengimbangi kesan sel rosak akibat radikal bebas pada kulit.

Khasiat lain termasuk kurangkan risiko tulang rapuh dan sebagai immune booster.

9. Sengkuang

Selalunya sengkuang ni orang makan mentah bersama buah-buahan lain.

Sedap dibuat rojak buah.

Ada juga yang buat lulur muka dengan mengisar isi untuk segarkan dan putihkan muka.

Rasa sengkuang ni agak manis dan sedikit berkanji.

Tinggi vitamin C dan berfungsi untuk merawat ekzema.

Mencerahkan dan menegangkan kulit wajah.

Tompok hitam dan jeragat pada muka juga boleh dikurangkan.

Selain kuatkan sistem imun, rendahkan tahap kolesterol dan kekalkan metabolisma sihat.

10. Aloe vera

Siapa yang tak kenal dengan lidah buaya ni kan.

Tinggi vitamin A, C,E dan B12.

Memang tak terkira banyaknya khasiat aloe vera ni.

Bersifat anti inflamasi untuk luka. Mengecilkan pori wajah.

Dan tinggi kandungan air yang boleh lembapkan dan tenangkan kulit.

Kalau bibir atau bahagian siku kering, pun boleh guna aloe vera untuk elak kering dan kasar.

11. Timun

Timun ni suka makan mentah macam tu je, selalu dijadikan hidangan sampingan dalam masakan Melayu.

Saya suka timun Jepun. Rangup dimakan bersama ulam-ulaman.

Timun ni tinggi vitamin A,B,C dan K.

Bantu atasi keradangan dan kulit wajah berjerawat.

Kalau yang ada ‘mata panda’ dan eyebag tu.

Memang disarankan guna timun.

Bertindak sebagai toner wajah dan berfungsi untuk cuci muka.

Kesimpulannya,

Nak buat kulit glowing dan cerah berseri tanpa sebarang penambahan bahan kimia.

Hanya perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Memang ada terlalu banyak khasiat yang bagus untuk tubuh badan dan kulit.

Boleh amal?

.

.

.

P/S: 

Ingin KENALPASTI bahagian OTAK yang mungkin BERMASALAH?

Serta CARA atasinya?

Klik https://neuroversiti.com/kuiz

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top