13 Cara Buat Otak Fokus & Tenang Ketika Solat

Solat itu tuntutan. Suruhan dari tuhan. Hadiah untuk insan.

Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk.

Ia aktiviti libatkan otak.

Lebih menarik ada beza antara solat kusyuk dan tidak. Keduanya terpamir pada otak manusia.

Solat Dengan Khusyuk

Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti OTAK bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif.

Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini.

Apabila OTAK masih sibuk fikir hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.

Soalnya bagaimana mahu kurangkan aktiviti Parietal Lobe supaya solat lebih kusyuk?

13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe

Untuk tenteramkan bahagian ini perlu PRAKTIS. Setiap hari.

Sama seperti orang berlatih sukan.

Tanpa latihan tiada pencapaian.

Caranya MUDAH. Perlu PRAKTIS dahulu.

1. Cari tempat yang tiada gangguan.

Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.

2. Duduk dalam keadaan selesa.

Cara duduk terpulang. Asal SELESA. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap SELESA.

3. Bernafas melalui hidung.

Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.

4. Teruskan bernafas.

Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.

5. Teruskan bernafas.

Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.

6. Mungkin fikiran akan melayang.

Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan diperut.

7. Selepas dua minit, boleh mulakan zikir.

Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.

8. PRAKTIS 5 minit dahulu.

Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan PARIETAL LOBE.

9. Dapatkan Rentak.

Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.

10. Perlu rancang waktu mahu solat. Beri lebih masa. Perlu ruang bertenang.

11. Bernafas dengan Tenang.

Selepas zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.

12. Semasa solat nafas perlu dijaga.

Ritma nafas perlu selari dengan bacaan.

Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.

13. Fokus pada sebutan bacaan.

Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.

Perlu PRAKTIS. Tenang tidak bertandang tanpa diundang. Khusyuk itu REZEKI.

Salah satu tanda betapa dekatnya kita dengan kiamat ialah Allah SWT tarik nikmat khusyuk ini.

Dan kiamat kecil ialah kematian kita.

Apabila tiada juga khusyuk mungkin itu tanda kiamat kecil makin menghampiri kita.

Saya doakan ada manfaat dari kaedah ini apabila kita beramal.

Saya doakan khusyuk itu bertandang apabila aktiviti di Parietal Lobe berkurang.

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top