17 Makanan Kaya Fitonutrien

Pernah terfikir tak kenapa buah dan sayur ni ada bermacam jenis warna? Kenapa bukan satu warna saja.

Selain rupa paras dan bentuk berbeza. Warna pun macam pelangi.

Ada hijau, oren, kuning, merah, biru, ungu, hitam dan bermacam lagi lah.

Kesemua warna warni pelangi ni disebabkan oleh sejenis zat kimia semula jadi bernama fitonutrien (phytonutrient).

Fitonutrien iaitu zat kimia yang ada dalam buah dan sayur. Ada juga dalam bijirin penuh, kekacang dan teh.

Antara kebaikan fitonutrien:

  • Bantu fungsi sistem imun.
  • Menyahtoksik karsinogen.
  • Lindungi sel dan DNA daripada kerosakan penyebab kanser.
  • Kurangkan keradangan.
  • Perlahankan kadar pertumbuhan beberapa sel kanser.

Anugerah Tuhan bagi tumbuhan ni ada beribu bahan kimia semula jadi.

Kalau manusia ni ada mineral untuk pastikan tubuh sihat. Fitonutrien ni lah mineral untuk pastikan tumbuhan sihat.

Contoh fitnutrien yang banyak ditemui:

  • Karotenoid
  • Asid ellagik
  • Resveratrol
  • Flavonoid
  • Fitoestrogen
  • Glukosinolat

Bahan kimia ini juga lah yang jadi benteng. Penghalang kuman, kulat, pepijat dan ancaman lain.

.

.

.

17 Jenis Makanan Kaya Fitonutrien:

Berbeza dengan mineral utama seperti karbohidrat, vitamin dan protein di mana tubuh takkan mampu berfungsi dengan baik jika tiada mereka.

Fitonutrien ni bukanlah zat penting untuk tubuh manusia.

Namun, fitonutrien ni boleh bantu kurangkan risiko terkena penyakit dan bantu tubuh berfungsi dengan optimum.

1. Betik

2. Lada benggala kuning

3. Lobak merah

4. Labu

5. Nenas

6. Oren

7. Jagung

8. Mangga

9. Tomato

10. Squash

11. Keledek

12. Pic

13. Bawang putih

14. Bawang besar

15. Bayam

16. Daun kucai

17. Daun bawang

Penting untuk kita tingkatkan jumlah makanan kaya fitonutrien dalam diet seharian.

Sebab boleh pastikan sistem imun dan sistem penghadaman terjaga. Boleh elak masalah pencernaan seperti cirit-birit atau sembelit.

Walaupun fitonutrien ni boleh didapati dalam bentuk suplemen, tapi lebih baik ambil dalam bentuk asal.

Nutrisi tak disentuh. Padat. Oleh itu, banyakkan makan buah dan sayur.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top