May 2018

Sendawa Sakan

Ada orang sendawa sakan. Ada pula perut kembung penuh angin. Minum pula teh tarik, berdentumlah bunyinya. 2 minggu lepas duduk MR M. Kaki sendawa. Tahap dewa juga sendawanya. Sembang sikit dia dah “burbbbbb” panjang. Bila tengok dia lawak pun ada kasihan pun ada. . Kata Mr M “aku ni dah segan nak jumpa orang. Segan …

Sendawa Sakan Read More »

7 Tips Ke Bazar Ramadhan

Puasa adakalanya undang puncak rasa. Makanan dan minuman yang biasa sahaja, namun ketika berpuasa ianya dilihat sedap serta mengujakan. Mendengar bicara mengenai makanan atau minuman itu sahaja sudah kecur air liur dibuatnya. Di bazar ramadan ada pelbagai makanan. Pelbagai warna. Rencam dengan bentuk berbeza. Aromanya memang memecah selera. Tidak semua yang dijual sesuai untuk dijamah. …

7 Tips Ke Bazar Ramadhan Read More »

Hebatnya Puasa

Tahun 2010 berguru sebentar di Harvard Medical School. Terbang dari Canberra dengan rasa teruja dan takut. Maklumlah tempat tersohor menjadi idaman ramai. Pagi pertama aku terus cari Prof Stickgold. Dialah supervisor. Bisik pada diri mesti rapat-rapat dengan manusia ini. Prof Stickgold adalah Yahudi Boston. Terkenal dalam bidang Brain and Sleep. Seronok berguru dengan beliau. Sampai …

Hebatnya Puasa Read More »

Zikir & Otak

Zikir adalah satu tuntutan. Tambahan pula di bulan Ramadan. Kesannya dirakamkan di dalam Al-Quran. Hati menjadi tenang. Itu janji Allah. Bicara Baginda Rasul (baca selawat) juga mengajak umatnya untuk berzikir. Baginda (baca selawat) sentiasa tenang. Berzikir meningkatkan aktiviti otak. Kesan pada otak menakjubkan. Ucapan berulang menyebut Asmaul Husna menurunkan gelombang otak. Turun sehingga 110hz. Kesannya …

Zikir & Otak Read More »

Al-Quran, Ramadhan & Otak

Ramadan bulan mengaktifkan otak. Kuasa puasa dan membaca Al-Quran adalah hebat ke atas otak. Kedua-duanya ibadah hadiah untuk memperkasa otak. Al-Quran sarat dengan cerita. Ada amaran dan ancaman. Ada motivasi dan inspirasi. Kesan membacanya dengan mengetahui makna sungguh menakjubkan. Kisah Nabi Musa dikejar Firaun mengaktifkan motor cortex dan visual cortex. Amygdala juga aktif. Membuatkan otak …

Al-Quran, Ramadhan & Otak Read More »

Puasa & Otak

Puasa ini istimewa. Perlu dilakukan bersungguh-sungguh. Suatu yang ekslusif. Puasa bukan berlapar. Puasa hidupkan sel. Kuatkan imun. Puasa baiki organ dalaman. Program semulajadi efektifkan tubuh. Kesannya hebat pada tubuh manusia. Lebih- lebih lagi pada otak manusia. Oh ya. Puasa jadikan OTAK lebih bergeliga. Maryam, anak bongsu bertanya. “Apa kesan puasa pada otak”? Ketika itu sedang …

Puasa & Otak Read More »

Belakang Parang Jika Diasah Akhirnya Tajam Jua

Cerita hampir 40 tahun dulu. Masuk darjah satu. Tiada persediaan tadika. Sekolah di SRK Seri Permai. Bersebelahan Airport Bayan Lepas. Pergi sekolah jalan kaki. Bawa beg kotak ala ala Mr Bean. Menyenget jadinya. Beg sandang macam sekarang belum wujud lagi. Sekolah dulu tidak sama. ABC masih diajar pada tahap darjah satu. Sekarang berbeza. Masuk sekolah …

Belakang Parang Jika Diasah Akhirnya Tajam Jua Read More »

Ingat – Lupa

Dulu-dulu Alzheimer terkena pada orang tua. Sekarang tidak lagi. Muda pun boleh terkena. Simptomnya awal sebelum kita tua lagi. Bermula dengan masalah memori biasa. Lupa sikit-sikit. Awalnya ialah hilang fokus. Fikiran mudah sangat melayang. Menurut Harvard Bussines Review 90% manusia mengalami masalah ini. Bahasa sainsnya ialah Mild Cognitive Impairment. Apabila dibiarkan, ia melarat. Makin tenat. …

Ingat – Lupa Read More »

Scroll to Top