3 Bahaya Makan Kulit Ayam Berlebihan

Baru-ni saya lihat KFC ada keluarkan menu baru.

Crispy Fried Chicken Skin ataupun kulit ayam goreng rangup.

Kulit ayam goreng ialah kudapan rangup yang sangat sedap.

Kruk krak kruk krak sekali makan. Ketagih nak lagi.

Macam-macam perasa MSG.

Memang tangan tu automatik gerak ulang alik, lagi-lagi time tengok drama.

Boleh habis satu balang.

Betul tak?

Sekarang ni, ada banyak penjualan kulit ayam rangup dalam balang.

Ada juga yang menggunakan kulit ikan dori dan salmon.

Namun, sesedap mana pun sesuatu makanan tu, ada risiko bahaya terutamanya berkaitan kulit ayam ni.

Lagi-lagi kalau terlebih makan.

Ada 3 risiko utama yang kita perlu tahu.

  • Kenaikan berat badan.
  • Darah tinggi.
  • Sakit jantung dan strok.

Yang mana nak kurus tu, sila elak lah makan kulit ayam ni yer.

Kena bijak membuat pilihan sebab pada akhirnya kita yang bakal tanggung akibatnya.

Saya nak kongsi 3 bahaya kulit ayam kepada kesihatan tubuh badan;

.

.

.

1. Menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan.

Kulit ayam ni tanpa digoreng pun dah ada banyak kalori.

Apatah lagi bila digoreng dengan tepung dan dimasukkan perasa tiruan MSG.

Makan kulit ayam akibatkan kenaikan berat badan mendadak (overweight dan obesiti).

Bila berat badan tidak seimbang.

Lagilah berisiko untuk terkena penyakit seperti hipertension, strok dan serangan jantung.

Kajian dari Harvard University mendapati,

Kulit ayam dalam satu sajian ayam tidak datangkan pengambilan melebihi daripada keperluan lemak harian.

Yang saya nak highlight di sini apabila makan sajian kulit ayam berlebihan macam snek jajan.

Daripada makan kulit ayam.

Sebaiknya kita ambil makanan protein sederhana yang baik.

Ataupun ganti dengan snek lain yang lebih sihat.

Contoh macam kekacang.

.

.

.

2. Terjadinya tekanan darah tinggi & berlakunya komplikasi.

Kalau makan seketul paha atau dada ayam yang masih bersalut kulit.

Masih lagi memenuhi kriteria pengambilan lemak seharian.

TAPI!

Yang saya nak pesan.

Kalau makan satu pinggan kulit ayam goreng yang jual kat pasar malam.

Atau makan sebalang yang dijual online.

Yang ni sangat tak bagus.

Mana tak naiknya tekanan darah tinggi kan?

Kalau tak makan kulit ayam pun, ada yang suka makan lemak daging lembu yang kebiasaannya digoreng.

Kalau boleh, elakkan makan makanan jenis lemak tepu ni.

Masih ada banyak lagi makanan lain yang lebih sihat.

Bahaya sebab darah tinggi ni boleh terjadinya komplikasi teruk.

Kerosakan pada salur darah, jantung, otak dan buah pinggang.

Ni sikit je saya bagitahu, nak listkan lagi komplikasi darah tinggi memang tak berpenghujung…

.

.

.

3. Serangan strok dan jantung mengejut.

Setiap hari, badan perlukan sejumlah kalori lemak untuk pembinaan sel dalam badan dan otak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada keluarkan kenyataan.

Yang kulit ayam ni mengandungi kalori dan lemak tepu yang tinggi.

Lemak tepu ni susah nak diuraikan.

Terkumpul pada dinding salur darah dan menyebabkan terjadinya penyumbatan.

Maka, akan muncul penyakit seperti strok mengejut dan serangan jantung.

Masalah orang kita ni bila makan, mesti makan banyak.

Betul tak?

Saya tahu sangat kalau snek segera macam kulit ikan, kulit ayam ni memang sedap.

Berperasa kuat…mulut tak boleh berhenti…cuba sekali mesti nak lagi.

Namun, sebagai pengguna bijak, kita diberi pilihan terutama pada masa sekarang.

Jangkitan COVID-19 masih lagi di tahap yang menggusarkan.

Jadi kesihatan badan kita kena betul-betul jaga.

Sajian kulit ayam yang dijual di luar sana.

Tidak menepati resepi sihat yang telah digariskan oleh KKM.

Bayangkan kalau makan satu balang kulit ayam rangup.

Itu sudah melebihi keperluan harian.

.

.

.

Cadangan Snek Sihat:

Ada banyak variasi snek yang boleh diubahsuai kepada versi lebih sihat.

Pilihan di tangan anda, saya sekadar berkongsi sahaja untuk kesejahteraan sejagat.

  • Kerepek epal
  • Sandwich telur
  • Oat buah-buahan
  • Banana milkshake
  • Popia sayur
  • Begedil bunga kubis

#DrRizal #Neuroversiti #kulitayam

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top