3 ‘Jajan’ Bantu Turunkan Berat Badan

“Malaysia negara paling obes di Asia!”

begitu bunyi laporan akhbar.

Dianggarkan 44% rakyat Malaysia obes. Maksudnya hampir separuh.

Data ini menakutkan. Ramai yang risau. Mencari jalan keluar.

Pelbagai saranan diberi. Antara yang mendapat perhatian ialah pemakanan atau diet.

Berbagai macam diet dicadang. Regim kesihatan dicadang. Aktiviti dianjur.

Carta masih tunjukkan peningkatan.

Ini contoh peningkatan yang kita mahu elak. Mahu hindar terus.

Artikel fokusnya pada jajan. Ada jajan sihat yang boleh diamalkan.

Jajan sihat ini bukan sahaja bagus untuk otak malah dapat turunkan berat badan.

Antara jajan yang perlu diambil ialah:

1. Kacang Cerdik atau pistachio.

Pastikan kacang ini bersih dari taburan rasa masin, manius ata pedas.

Ambil yang natural sahaja.

Pistachios kaya dengan fiber. Dengan jumlah hampir 2.9g fiber segenggam kecil pistachio, ia sebabkan keluarnya leptin – hormon kenyang.

Bahasa mudahnya pistachio lahirkan rasa kenyang.

Natijahnya tiada lagi tangan menggagau mencari jajan lain.

2. Almond atau badam.

Kajian yang dilakukan oleh National Medical Centre California, dapati mereka yang ambil badam hilang berat badan dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak ambil badam.

Kata pengkaji badam menghalang pembentukan lemak.

Tanpa lemak tubuh semakin langsing.

3. Pine Nuts atau kacang Pine.

Antara Pine Nuts yang terbik ialah Korean Pine Nuts.

Kajian yang dibentangkan dalam American Society for Pharmacology and Experimental Therapeutics mendapati Pine Nuts mengandungi minyak yang membendung selera makan.

Ia kurang rasa membuak untuk makan melebihi dari keperluan tubuh.

Menariknya Pine Nuts ini mengandungi dua jenis minyak yang menghalang selera melebihi 30 minit.

Kalau mahu berjajan beralihlah ke jajan sihat.

Berjajan dengan jajan sihat pasti beri manfaat.

Ketiga kacang ini selain baik untuk otak dan tubuh, kesemuanya bantu turunkan berat badan.

Selamat beramal !

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0