3 Senaman Wajib Buat Waktu PKP

1. Berjalan laju, bukan berjalan seperti di pasar malam. Bukan berlenggang dan menyinggah.

Kelebihan berjalan laju sudah banyak kali disebut. Lebih-lebih lagi dalam Neurohealth online. Kali ini mahu fokus kelebihan senaman ke-2 dan ke-3.

 

2. Squat – separa berdiri separa duduk.

Antara kelebihan squat adalah:-

i. Membantu pembinaat otot, bukan hanya di kaki, malah di seluruh badan.

Squat yang dilakukan dengan betul, akan ‘trigger’ pembebesan hormon testosteron dan ‘growth hormon’.

Kedua-dua hormon ini penting untuk pembinaan otot dan juga membantu meningkatkan ‘muscle mass’.

ii. Salah satu cara mudah untuk membakar kalori adalah dengan membina otot!

Disebabkan squat membantu pembinaan otot, maka ia lebih efisyen dalam pembakaran kalori. Cepat ‘slim’ dalam bahasa mudah.

iii. Membantu untuk menyingkirkan bahan buangan dalam badan.

Aktivit squat membantu memperbaiki aliran cecair dalam badan dan memudahkan pergerakan sisa makanan melalui usus.

Proses pembuangan menjadi mudah.

 

3. Lunges – Satu kaki di depan seolah dalam keadaan duduk. Satu di belakang hampir lurus. Tekan pada jari kaki.


Antara kelebihan lunges adalah:-

i. Membantu meningkatkan kesihatan tulang belakang.

Sesetengah senaman meletakkan beban pada tulang belakang, namun aktiviti lunges membantu mengurangkan beban (‘decompression’) pada tulang belakang;

ia memberi peluang pada tulang belakang untuk ‘relax’.

ii. Menguatkan bahagian kaki dan punggung.

Aktiviti lunges menyasarkan kebanyakan otot di bahagian bawah badan (‘lower body’).

Ia membantu meningkatkan kadar metabolism dan mengurangkan berat dengan lebih cepat.

Apabila lemak mula berkurang, aktivit lunges dapat memberi kekuatan pada bahagian ‘lower body’

iii. Membantu keseimbangan badan.

Aktiviti lunges melatih salah satu sisi tubuh secara independen.

Ini berbeza dengan aktiviti squat yang melibatkan kedua-dua belah kaki pada sama yang sama.

Keseimbangan badan itu penting, sebagai contoh, ketika mendukung anak, dan ketika menaiki tangga.

Hilang lenguh badan dibuatnya. ‘Sedap’ badan jadinya. Jangan percaya ya. Buat sahaja.

Anda Juga Mungkin Berminat

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

Scroll to Top