3D Untuk Sukses

Untuk sukses tiada jalan pintas. Perlu merentas. Keluar daerah selesa.

Saya suka baca autobiografi orang sukses. Cerita mereka diteliti. Formula formula dihayati.

Antara formula dikeluarkan ialah 3D

1. Disiplin: watak orang sukses punya disiplin tinggi. Tidak terbuai dengan perkara picisan. Tidak tersangkut pada perkara kecil.

2. Dedikasi: mereka dedikasikan hidup ke arah capai matlamat. Sanggup bersusah. Amalkan delay gratification – tangguh nikmat awal untuk genggap nikmat sebenar.

3. Dermawan: tidak kedekut. Jauh dari sifat kikir. Sentiasa memberi. Sadaqah sentiasa di hati.

Antara cerita menarik ialah Tony Robbins. Mula memberi ketika usia 18 tahun. Waktu Thanksgiving.

Ketika itu dia miskin. Hidup merempat. Bermula dengan satu keluarga.

Tahun hadapannya jadi 3 keluarga. Tahun lepas Tony Robbins memberi makan kepada 5 juta gelandangan dan orang susah.

Apabila orang sukses tunjukkan laluan, kita ikut. Perkemas langkah. Perhebat minda.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti.

Anda Juga Mungkin Berminat

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Biji Kecil Ini Ada Kesan Besar: 8 Kelebihan Chia Seed Untuk Tubuh

Scroll to Top