4 Cara Atasi Otak & Mulut Tak SYNC!

Pernah tak alami momen macam ni?

Kita dah setkan dalam fikiran nak cakap satu perkara ni.

Tapi POOF!

Sama ada keluar benda lain ataupun tak ingat terus.

Saya rasa ramai pernah alami bukan?

Paling teruk, jadi ketika waktu genting.

Time nak present dalam meeting, nak interview kerja, nak cakap depan orang ramai.

Main dengan tak ingat tu, otak jadi beku buat seketika.

Blur tak tahu macam mana nak atasi.

Otak dan mulut yang tidak selari ni menyebabkan kita salah ucapkan sesuatu benda.

Betul tak?

Saat otak dengan mulut tak selaras.

Dan ketidakupayaan lontarkan ucapan yang difikirkan.

Fenomena ni orang panggil lethologica.

Ada 2 perbezaan istilah iaitu lethologica dan lethonomia.

Lethologica iaitu ketidakupayaan untuk ingat perkataan yang tepat.

Manakala,

Lethonomia iaitu ketidakupayaan untuk ingat kembali perkara lepas dengan tepat.

Kajian mendapati kira-kira 90% penutur bahasa di seluruh dunia ni akan alami fenomena ni.

Lethologica ni tidak kira usia, tua mahupun muda.

Kajian tidak dapat mencari punca spesifik kenapa terjadinya fenomena sebegini.

TAPI!

Ada beberapa cara yang boleh kita buat.

Sekurang-kurangnya untuk atasi daripada berlakunya fenomena di hujung lidah ni.

1- Latih otak alihkan perkara yang tidak dapat diingati kepada yang diingati.

Fenomena di hujung lidah ini juga sebenarnya beri gambaran.

Tentang bagaimana otak kita bekerja dalam mengolah memori.

Ketika kita tengah bercakap.

Walaupun otak ni sangat kompleks.

Namun ia tidak bertindak seperti komputer serba canggih.

Yang boleh simpan data dengan cepat.

Dan munculkan kembali data itu dengan hanya menekan satu butang.

Cara otak bekerja ni terlalu rumit untuk kita huraikan satu demi satu.

Memori juga tidak disimpan dalam hanya satu bahagian otak sahaja.

Yang ni saya pernah jelaskan BACA DI SINI

Jadi, cara terbaik untuk elak lethologica ni adalah dengan latih otak kita.

Untuk alihkan benda yang kita lupa tu dan gantikan denga benda lain.

Kaedah penukaran segera ni sangat bagus untuk tajamkan daya ingatan kita.

Masa nak bercakap tu.

Tarik nafas dan berikan ruang untuk otak susun segala informasi yang ingin disampaikan.

Sudah semestinya kaedah sebegini memerlukan latihan yang konsisten.

Orang kata train minda untuk menghafal, mengingat dan menyusun.

2- Banyakkan membaca buku berilmiah dan tinggi kosa kata.

Perkataan yang jarang kita guna atau informasi yang kita baru belajar ni.

Lebih susah kita nak ingat.

Betul tak?

Tapi tak mustahil kalau kita banyak baca sebab bagi saya,

Membaca ni akan memerdekakan minda kita. 

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menuntut ilmu seluas-luasnya.

Selagi hayat maaih dikandung badan.

Semakin dimamah usia, performance otak akan semakin berkurang jika tidak diasah selalu.

Fenomena lethologica ni boleh diatasi.

Apabila kita banyak baca bahan berilmiah. Banyak belajar ilmu baru.

Sama seperti ketika kita bersedia untuk berucap depan orang ramai.

Siapa jer yang tidak nervous kan?

Dengan pengalaman saya yang bertahun pun saya masih ada perasaan berdebar tu.

Apa yang saya buat?

Saya akan ulang kaji isi penting dan mengingatinya.

Ulang dan ulang lagi kalau saya lupa.

3- Makan makanan yang dapat menguatkan daya ingatan.

Pengambilan makanan ni sangatlah penting tingkatkan prestasi otak supaya boleh perform.

Makanan berkhasiat untuk otak cantik.

Antara makanan untuk boost otak supaya bekerja dengan lebih baik;

  • Kekacang (kaya Omega-3 dan antioksida)
  • Minyak ikan (paling kaya Omega-3)
  • Avokado (mielin bantu proses info dengan lebih cepat)
  • Dark chocolate (flavonoid untuk proses pembelajaran dan mengingat)
  • Kopi (kafein untuk tingkatkan kepekaan)
  • Teh hijau (akfein untuk kepekaan, prestasi, memori & fokus)

Makanan lain termasuk madu, kismis, yogurt.

Oat kaya vitamin E, ikan salmon dan buah beri.

Juga disarankan untuk kita sebolehnya elak makan makanan berproses.

Makanan segera sebab dapat menurunkan prestasi otak.

Jajan tinggi MSG dan pewarna tiruan SANGAT tidak digalakkan.

Begitu juga makanan berminyak dan bergoreng.

4- Luangkan lebih waktu untuk melepaskan stres & menenangkan fikiran.

Ada momen di mana kita terlalu terburu-buru nak cakap.

Sampaikan otak serabut dan jem. Akhirnya, semua benda tak ingat.

Perasaan gugup tu benda biasa tapi bila tak dapat dikawal.

Nak ‘goreng’ pun tak jadi.

Faktor seperti terlalu banyak komitmen yang perlu dipenuhi.

Menyebabkan badan letih dan tidak mampu berfungsi dengan baik.

Bila otak ni dah tepu, sebaiknya rehat terlebih dahulu.

Keluar hirup udara segar. Minum teh hijau. Lebihkan me time.

Bahaya kalau tetap paksa otak untuk bekerja.

Boleh berlakunya komplikasi seperti migrain teruk atau pembuluh darah dalam otak pecah.

Kesimpulannya,

Fenomena otak dan mulut tak sync  mungkin petanda fungsi OTAK makin menurun.

Keyakinan diri ketika berbicara mungkin akan terganggu.

Dek kepayahan untuk menuturkan apa yang difikirkan di minda.

Tidak ada cara spesifik untuk cegah sepenuhnya.

Tapi amalkan macam saya cakap tadi.

Masalah lethologica akan dapat dicegah daripada berulang.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top