4 Kebaikan Produk Organik

Beberapa tahun lepas, pernah tular dakwaan mengenai jualan sayur yang dikatakan ‘tidak original.’

Dikatakan sayur plastik. Sayur fake yang dicampur tambah bahan sintetik bagi menyerupai klorofil.

Ada juga kes di mana wujudnya perusahaan buat telur ayam tiruan.

Telur palsu yang fizikalnya serupa dengan telur ayam sebenar. Sedikit ‘chubby’ saiznya berbanding yang original.

Namun bila dikaji, tekstur agak kasar, tiada bau, berkilat dan tiada pusat telur.

Telur yang telah jalani ‘plastic surgery’ ini diperbuat dari bahan kimia yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Semoga kita semua terhindar daripada penipuan sebegini.

Adalah lebih baik untuk kita mula membeli produk makanan berasaskan organik.

Apa maksud makanan organik ni?

Makanan segar atau diproses yang dihasilkan melalui kaedah pertanian organik.

Ditanam tanpa menggunakan bahan kimia sintetik iaitu racun perosak atau baja buatan manusia, serta tidak mengandungi organisma diubah suai secara genetik (GMOs).

Di Malaysia, saya dapat lihat ‘demand’ untuk makanan organik semakin hari semakin berkembang. Makin popular nampaknya.

Baguslah kerana ramai yang sudah sedar dan peka mengenai status keselamatan makanan yang dimakan.

Jadi, saya ingin berkongsi tentang 4 kebaikan memakan makanan organik.

.

.

.

1. Makanan organik mempunyai ‘flavour’ yang lebih sedap.

Produk organik ni ditanam dengan baja semulajadi contohnya baja kompos, baja kelp, baja kopi dan baja cecair ikan.

Tumbuhan ni sama saja macam kita. Pokok ibarat tubuh badan manusia.

Perlukan makanan untuk membesar. Bukan sekadar air dan cahaya matahari. Barulah subur menghijau.

Sama juga dengan haiwan ternakan.

Salah satu kelebihan makan produk yang dihasilkan secara organik iaitu adanya ‘intense flavour’ yang semulajadi.

Namun, bukan semua berfikir sebegitu. Pendapat ini dikira 50-50. Ada yang positif, ada yang negatif.

Bergantung kepada selera tekak masing-masing.

Macam mana rasa tersebut boleh terbentuk?

Dalam tumbuhan contohnya sawi ada ‘bahan kimia’ yang bertindak balas terhadap ‘tekanan’ sekali gus menjadi sebahagian daripada ‘rasa khas’ sawi.

Bagi mereka yang sukakan kemanisan atau kepedasan contohnya betik dan cili.

Pertanian organik ni dapat serlahkan lagi rasa itu. Sedap yang original, bukan buatan.

Kalau yang kerap makan produk organik, memang boleh bezakan rasa. Kalau saya memang organik lah juara.

Namun, perlu diakui bahawa produk organik harganya tiga kali ganda lebih mahal berbanding produk bukan organik. Lain kata, harga kayangan lah.

Bukan semua mampu nak beli. Mungkin boleh cuba sebulan sekali.

Bagi saya, harganya setimpal dengan segala penjagaan rapi yang mengambil masa untuk membuahkan hasil.

Produk organik ni kena sentiasa diawasi dari segi kualiti dan kesegaran.

Tetapi apa yang menarik minat pengguna ialah dari segi status keselamatan yang ditawarkan.

Sebab itulah penggunaan produk organik di Malaysia semakin meningkat.

.

.

.

2. Makanan organik mempunyai ‘nutrisi antioksidan’ yang lebih banyak.

Makanan organik lebih berkhasiat daripada makanan bukan organik, tetapi tidak mengikut cara yang anda fikirkan.

Ramai yang ingat bahawa produk organik ni betul-betul ‘lain’ dengan produk bukan organik dari segi kandungan mineral dan vitamin.

Mengikut Lisa Richards, seorang pakar nutrisi ketika diwawancara oleh HuffPost (2019),

Setakat ni, kajian belum lagi secara konsisten menunjukkan bahawa makanan organik ada lebih banyak mineral dan vitamin berbanding makanan bukan organik.

Tapi satu benda yang pasti, makanan organik sudah terbukti mempunyai ‘tahap antioksidan’ yang jauh lebih tinggi berbanding makanan bukan organik.

Kenyataan ni disokong dengan satu kajian yang dibuat oleh saintis dari Newcastle University (UK) yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition (2014).

Kajian mendapati,

Produk tumbuhan organik mampu hasilkan lebih banyak ‘phenols’ and ‘polyphenols’ kerana ‘kurangnya’ sebatian sintetik.

Dua compound ini menjadi ‘pelindung’ daripada segala perosak, sekali gus menghasilkan kepekatan ‘antioksidan’ yang lebih tinggi.

Tambahnya lagi,

Hasilnya, sayuran dan buahan organik mengandungi lebih kurang 20% hingga 40% lebih ‘antioksidan’ berbanding sayuran dan buahan yang ditanam secara konvensional.

Antioksidan kuat ni memang power. Kalau lah betul-betul ada ‘krim antioksidan’ yang boleh dibaca sikit jampi macam dalam filem Harry Potter.

Terus sapu, kekal muda tak dimamah usia.

Tugas mereka menyingkirkan molekul-molekul jahat yang merosakkan sel menyebabkan penyakit.

Bantu keluarkan toksin dalam badan menjadikan kulit berseri dan awet muda.

.

.

.

3. Makanan organik kekal ‘segar’ walaupun jangka masa pendek.

Rahsia utama produk organik boleh kekal ‘fresh’ walaupun hanya untuk jangka masa pendek berbanding produk bukan organik iaitu kandungan antioksidan yang tinggi.

Produk organik juga tidak dispray racun serangga, tidak disapu ‘wax’ yang berfungsi untuk pastikan ia tahan lama.

Namun, segala aspek perlu diambil kira dari segi cara produk organik diuruskan.

Pengilangan sejurus dipetik, pengurusan dan delivery mempengaruhi daya tahan lama.

Produk buahan seperti pisang atau epal keluarkan gas hormon semula jadi bernama ‘ethylene gas’ yang buat ia cepat masak.

Tanpa ‘wax’ dan ‘salutan kimia’, lebih cepat rosak.

Ada yang tanya, adakah produk organik ni 100% ‘pesticide-free’?

Baiklah. Seperti yang diketahui umum, salah satu kelebihan produk organik adalah penggunaan racun perosak yang lebih rendah berbanding produk bukan organik.

Tetapi! Realiti yang perlu diterima adalah penanaman organik juga guna racun perosak.

Ada lagi tapi!

Bezanya iaitu penanaman organik guna ‘racun perosak semulajadi’. Dibuat dari bahan natural. Bukannya racun perosak dari bahan sintetik.

Bila bilas dengan air, lebih senang untuk tanggal. Sebab racun ‘water-based.’

Oleh itu, pendedahan kepada racun berbahaya adalah lebih rendah dalam produk organik.

Bercakap mengenair produk yang kita biasa beli di supermarket,

Produk bukan organik guna pelbagai jenis semburan kimia, celupan dan rawatan.

Bermula ketika pokok masih bayi lagi sehingga ke rak jualan. Merekalah yang memerangi serangga perosak, kulat, pereputan.

Namun, ingatlah yang semua ni boleh ganggu sistem endokrin dan sistem saraf manusia. Boleh jadi penyebab kanser.

Kalau tak mampu nak beli yang organik, ketahui 3 cara paling efektif untuk tanggalkan ‘racun’ atau ‘wax’ pada produk bukan organik:

  1. Isikan mangkuk besar dengan 4 bahagian air dan1 bahagian cuka putih.
  2. Rendam buah/sayur selama 20 minit.
  3. Bilas sebersihnya.

.

.

.

4. Makanan organik ‘bebas’ penggunaan bahan kimia sintetik.

Jeff Gillman selaku pakar sains dan seni tanaman di University of Minnesota menjelaskan,

Pada zaman kini, pengeluaran makanan banyak menggabungkan pelbagai jenis bahan sintetik yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Tambah beliau lagi,

Sama ada dalam kuantiti sikit atau tidak, ia mampu ‘merosakkan’ sistem dalaman manusia jika terdedah kepada kepekatan tinggi, atau kepekatan rendah dalam jangka masa panjang.

Produk organik ayam, itik, daging lembu dan sebagainya lebih mahal berbanding keluaran biasa.

Diternak tanpa guna antibiotik, tanpa disuntik ‘estrogen dan testosteron sintetik’ bagi bertambah berat badan lebih cepat. Sekali gus banyakkan pengeluaran susu.

Paling bagus, daging haiwan organik ada kandungan asid lemak Omega-3 iaitu 50% lebih tinggi berbanding daging bukan organik.

Yang paling penting, produk organik mempunyai logo khas untuk membezakan dengan bukan organik.

Kalau di negara kita, ada Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic).

Produk organik dalam kategori ‘non-GMOs’ iaitu produk yang tidak dihasilkan melalui bioteknologi penggabungan gen.

Apa kesan GMOs ni kepada manusia?

  • Tingkatkan paras toksin
  • Tingkatkan alergi
  • Badan imun terhadap antibiotik

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0