4 POSISI TIDUR UNTUK 4 MASALAH NI!

Manusia memerlukan tidur yang lena untuk berfungsi dengan optimum pada hari siang. Betul tak?

Zaman sekarang, walaupun ramai dalam kalangan kita yang tidur cukup tapi kualiti tidurnya ke laut.

Bukan itu saja, tidur ni sebenarnya sangat penting untuk sesiapa yang nak turunkan berat badan. Tak cukup tidur akan sebabkan kembung (bloating).

Kepala berdenyut, degupan jantung laju, hanyut.

Ketika tidur ni, macam-macam proses berlaku; asimilasi, tekak jadi sempit, pergerakan mata jadi pantas, otot jadi lumpuh, pembebasan hormon pembesaran.

Ha tahu ke tidak sebelum ni?

Posisi tidur juga memainkan peranan penting untuk atasi 4 masalah paling common dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu akit kepala, demam, perut sakit dan sakit punggung.

.

.

.

1- Sakit kepala

Sakit kepala, migrain, pening berdenyut tu memang sangat biasa pada zaman sekarang. Salah satu punca disebabkan oleh tidak cukup tidur.

Berpunca daripada gangguan pada otot leher dan kepala, pembuluh darah dan juga saraf, sekali migrain datang tu memang satu hari tak boleh fokus buat kerja.

Betul tak?

Antara gejala paling common ialah;

  • Kepala berdenyut
  • Mata jadi kabur
  • Leher tegang kaku
  • Sukar nak berjalan
  • Rasa hanyut

Macam mana kita nak atasi sakit kepala ni? Saya sarankan agar berbaring secara lurus.

Kaki, tangan dan badan semua dalam keadaan straight. Cari bantal yang lembut ye, bukan bantal keras.

Letakkan kepala betul-betul atas bantal, biarkan kepala tu tenggelam sikit. Ini untuk pastikan pengaliran darah yang lancar.

.

.

.

2- Demam

Demam ni boleh merebak dengan teruk jika tidak diberi rawatan sepenuhnya. Contohnya demam panas yang tidak dirawat boleh sebabkan sawan demam.

Macam mana posisi tidur ideal untuk yang demam/flu?

Baring melentang dengan kepala diletakkan di atas bantal dan kedudukan kepala lebih tinggi berbanding bahagian badan.

Masa tengah demam, sinus tersumbat menyebabkan peningkatan tekanan pada pembuluh darah di hidung.

Jadi, posisi kepala lebih tinggi ni sangat bagus nak bagi lebih mudah bernafas.

.

.

.

3- Perut sakit

Perut sakit ni boleh disebabkan oleh banyak faktor; jangkitan, masalah pencernaan, keracunan makanan, pengaruh ubat, period pain.

Kajian ada cadangkan untuk tidur berbaring pada sisi kiri sambil letakkan bantal di antara lutut.

Selalunya selepas sapukan minyak atau selepas makan ubat, cuba untuk tidur miring ke sisi kiri sebab dapat kurangkan rasa mual dan sakit pada abdomen.

.

.

.

4- Sakit punggung

Sakit punggung yang melibatkan bahagian pinggang dan belakang badan sering terjadi.

Bila sakit, memang akan ganggu aktiviti seharian, tak larat nak buat itu ini.

Oleh itu, masa tidur perlulah berbaring sambil letakkan bantal kecil di bawah lutut dan boleh juga letak tuala gulung di bahagian pinggang.

Ini untuk jaga lekukan tulang belakang dan kurangkan tekanan di bahagian penting seperti leher dan kepala.

.

.

.

Konklusinya,

Ketahui posisi tidur yang betul untuk dapatkan tidur yang tidak membuatkan badan jadi sakit. Bila salah posisi tidur ni, jadi makin teruk kerana melibatkan tulang belakang.

Pemilihan bantal juga sangat penting sesuai dengan posisi tidur.

Perlu tahu juga cara untuk susun jadual waktu yang ideal untuk tidur yang lena dan cukup.

Contohnya elak minum kafein sebelum tidur, elak olahraga malam dan bermain phone semasa nak tidur.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0