4 Tabiat Ini Boleh Rosakkan Otak!

Otak – terdiri daripada minimum 60% lemak, seakan-akan putih kekuningan dan lembut seperti tofu

Nak tahu tak apa makanan utama otak? Ada 3 iaitu oksigen, glukosa dan garam mineral.

Kalau makanan? Apa yang sesuai nak turbocharge otak?

Salah satu favourite saya, masukkan 3 sudu greek yogurt, satu sudu madu dan 10 biji blueberry. Tambah pula dengan sebiji pisang untuk tingkatkan hormon serotonin.

Otak sihat, hidup pun sihat. Ni yang saya selalu pesan pada diri saya.

Apabila hari demi hari usia semakin menginjak tua, kesihatan otak ni sangat penting untuk kekalkan minda cerdas, aktif dan sihat.

Otak memang kita wajib jaga seperti mana kita jaga penampilan diri kita seperti penjagaan kulit, penjagaan fizikal dan juga mental.

Saya throwback balik pada awal bulan Mac tahun lepas, kita digegarkan dengan satu bentuk kemunculan tetamu tidak diundang yang datang ‘menjajah’ bukan sahaja negara kita tetapi hampir seluruh dunia.

Coronavirus namanya, makhluk yang sungguh luar biasa. Kecilnya tidak dapat dilihat mata kasar namun kehadirannya dirasai.

Sekumpulan virus dengan keupayaan meragut nyawa yang menjangkiti saluran pernafasan manusia bermula dengan simptom hampir sama dengan demam selesema.

Kacau-bilau dibuatnya apabila kemunculan COVID-19 membuatkan kita terpaksa menukar rutin harian.

Secara tidak sedar kita juga membina tabiat baru yang tidak baik untuk kesihatan. Betul tak?

Jadi, harini saya nak berkongsi 4 tabiat yang boleh rosakkan otak;

.

.

.

1. Sering berjaga malam menyebabkan kurangnya masa tidur berkualiti. 

Seperti yang kita tahu, tidur yang cukup dan berkualiti ni sangat penting agar kita boleh melakukan kerja dengan optimum.

Pakar mengatakan yang tidur ni merupakan kunci kesihatan. Namun, pada masa sekarang ramai yang tidak ambil kisah tentang tidur ni.

Kalau masa belajar dulu, mesti ada kan sorang dua rakan yang waktu tidur terbalik. Macam burung hantu.

Kadang-kadang kelas pun skip sebab terlajak tidur…

Ada yang siap ‘show off’ sebab tidur lambat ataupun tak tidur ‘kononnya’ produktif ala-ala orang berjaya.

Bahkan ada yang jadikan tidur lewat ni sebagai rutin normal. Menyebabkan tidur tak cukup.

Ye ke orang berjaya macam tu? Ikut ajaran mana tu…

Tidak. Orang berjaya yang dikenali dunia seperti Bill Gates, Jeff Bezos dan Jack Ma sangat pentingkan kualiti tidur.

Mereka semua tidur cukup selama 7-8 jam sehari agar bila bangun pagi nanti, otak jadi super produktif dan boleh perform kerana cukup rehat.

Sangat penting untuk mendapatkan tidur yang baik ataupun dikenali sebagai ‘sleep hygiene’.

Tabiat tidur yang lemah ni boleh menyebabkan berlakunya penurunan fungsi kognitif otak menjadikan badan selalu letih, dan otak mudah tepu.

Bila tidur sedikit ni, mulalah datang ‘tetamu’ tak diundang seperti kepala sakit berdenyut, migrain dan pening.

Mata juga jadi kering, dikenali sebagai ‘Dry Eye Syndrome’ akibat kurang mengelip mata ketika fokus menaip atau membaca di skrin laptop.

Kekurangan tidur juga banyak dikaitkan dengan risiko untuk terkena kanser. Antaranya kaser payudara dan kanser kolon.

Kerap tidur lambat juga berpotensi untuk pembentukan tingkah laku yang dianggap tidak sihat contohnya susah kawal ‘craving’ makanan berkalori tinggi.

Gangguan memori jangka pendek serta kemerosotan memori jangka panjang. Sebab tu umur setahun jagung pun dah mudah lupa.

.

.

.

2. Terlalu kerap memakan minuman ringan dan makanan segera.

Makanan segera yang diproses sudah mendapat ‘tempat’ di dalam hati pengguna di seluruh dunia.

Strategi yang digunakan oleh syarikat makanan ringan yang mementingkan harga murah, sedap dan mudah didapati dengan harapan kita menjadi pengguna seumur hidup.

Makanan dan minuman ringan di pasaran melalui banyak proses penambahan sejumlah besar karbohidrat, gula, lemak tak sihat dan natrium.

Apa keburukan bila terlalu kerap makan fast food ataupun junk food ni?

Kelesuan, selalu lupa, kulit mudah naik jerawat, selalu kembung, sembelit, risiko berat naik meroket, mudah risau/gelisah, kadar kolesterol naik mendadak, dan risiko barah.

Contoh bila makan bahan tenusu segera seperti ayam atau daging. Terdapat 2 bahan tambahan popular iaitu natrium nitrat dan natrium nitrit.

Kembar bergabung meletup ni berfungsi sebagai ‘pengekal warna’ dan ‘penghalang bakteria’ yang kemudiannya berpecah menjadi ‘nitrosamin’, zat yang sangat berpotensi menyebabkan barah!

Selepas ini, mungkin boleh fikir balik time mulut nak suap ayam goreng McD ataupun burger, atau segala keturunan makanan berproses.

Ada yang tanya saya,

Orang berjaya ni selalunya macam mana tabiat pemakanan mereka?

Dalam kamus kehidupan mereka yang sukses, paling penting adalah ‘eat “simple” food in “small” quantities’.

Mereka makan semua jenis makanan tetapi mereka kawal ‘craving’ dengan makan makanan paling sesuai untuk pastikan otak dan tubuh mereka dapat nutrisi secukupnya.

Mereka tidak jadikan makanan ni sebagai ‘primary’ craving. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

.

.

.

3. Terlalu kuat menghadap skrin gajet.

Kita tidak boleh pertikaikan kekuasaan gajet dalam hidup seharian. Semua benda buat online untuk memudahkan kita.

Apabila kita terlalu lama menghadap gajet laptop mahupun telefon pintar, kita sebenarnya mengundang kedatangan masalah kesihatan.

Cahaya biru dipancarkan bukan sahaja melalui gajet tetapi juga melalui cahaya matahari dan cahaya lampu seperti kalimantang atau lampu LED.

Lebih buruk apabila PKP dikuatkuasakan dan hampir seluruh rakyat ‘berkurung’ di dalam rumah.

KKM menyatakan bahawa 25% sehingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom akibat penggunaan berkaitan.

Lebih banyak waktu dihabiskan di rumah dengan menonton TV, bermain fon, menonton movie di laptop.

Menurut hasil kajian oleh We Are Social pada tahun 2019 mendapati mereka di Asia menghabiskan masa sebanyak 7 jam untuk kemudahan Internet dan ditambah lagi 2 jam berkeliaran dalam ruang media sosial.

Jumlah 9 jam atau mungkin lebih, dianggap berlebihan kerana mampu beri kesan kepada kesihatan terutama bahagian saraf dan otak.

Sedar atau tidak sedar, kita bergantung sepenuhnya pada gajet. Akibatnya, mata jadi ‘mangsa’ penggunaan gajet berlebihan.

Cara atasi, jangan tengok skrin dekat sangat dengan mata. Pastikan ada jarak dan elak menatap terlalu lama.

.

.

.

4. Sering mendengar muzik dengan nada kuat.

Sudah menjadi lumrah manusia suka kepada benda-benda untuk hilangkan bosan contohnya macam dengar muzik.

Ada banyak jenis genre muzik seperti jazz, pop, reggae, klasik, rock, hiphop dan sebagainya.

Tapi perlu diingat, terlalu kerap mendengar muzik dengan nada yang kuat ni boleh menyebabkan hearing loss.

Nampak ‘stylo’ guna headphone, earphone untuk dengar lagu, main game atau tengok drama..

Tapi AWAS! Terlalu kerap gunakannya boleh beri efek kepada kesihatan telinga dan otak!

Mesti ada yang pernah pergi ke konsert nyanyian selebriti kegemaran atau keluar berkaraoke dengan rakan sekerja.

Boleh pula rakan yang kaki mikrofon, bila dah ‘feeling’ tu dinyanyinya lagu dengan begitu yakin sampai terkeluar suara nyaring!

Pernah tak alami kesukaran untuk dengar, telinga berdesing dan berdengung. Masa ni boleh rasa gegendang telinga tu berdenyut denyut mengikut rentak lagu.

Dalam hal ni, beserderhana itu lebih baik. Volume tu jangan pasang terlampau kuat. Nak dengar pun sekejap saja. 

.

.

.

Kesimpulannya,

Kesihatan otak sangat penting untuk memastikan hidup yang sihat. Zaman sekarang ni, setiap detik amat berharga.

Jika memang tak boleh stop buat perkara di atas tadi, sekurang-kurangnya minimumkan waktu.

Contoh macam guna headphone. Sekejap saja sudah memadai.

Sukar pada permulaan tapi lama kelamaan boleh stop terus. Boleh punya. Saya yakin.

Nak ke waktu tua kita nanti dihabiskan dengan ulang-alik ke hospital daripada luangkan masa dengan anak cucu cicit? Taknak kan.

Kesihatan otak ini menjadi tunjang untuk kita dapatkan kehidupan terbaik. Jagalah ia.

 

 

Rujukan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

http://www.myhealth.gov.my/komputer-a-kesihatan-mata/

http://www.myhealth.gov.my/muzik-berbahaya-kepada-telinga/

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Apa Dengan Diet Karnivor? [Bahagian 1]

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Scroll to Top
0