4 Tips Untuk Anak Makan Snek Sihat

Snek iaitu makanan atau cecair padat nutrisi dalam kuantit yang kecil

Siapa dekat sini suka mengunyah snek apabila menonton TV, mengulang kaji ataupun menyiapkan assignment?

Snek ni saiznya lebih kecil berbanding saiz untuk 3 waktu makan utama; makan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Snek ni diambil di antara waktu makan utama.

Walaupun saiznya kecil sahaja tapi sangat penting untuk kita ambil snek yang sihat dan mampu menambah nutrisi dalam badan.

Terutama dalam kalangan kanak-kanak saya perasan ramai yang tak berapa gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Zaman sekarang ni ada terlalu banyak variasi jajan segera yang lebih digemari mereka.

Betul tak?

Bila dah biasa makan snek segera yang tidak sihat, susah ibu bapa nak biasakan anak-anak makan snek sihat.

Oleh itu, saya nak share 4 tips untuk memastikan anak-anak makan snek sihat:

.

.

1- Hadkan pilihan makanan ringan segera di rumah.

Kanak-kanak sentiasa aktif bergerak jadi mereka perlu ambil snek untuk penuhi keperluan kalori harian.

Atau juga untuk hilangkan rasa lapar di antara waktu makan.

Kenapa ibu bapa kena elak bagi anak makan snek segera tinggi MSG dan gula tiruan?

Monosodium Glutamat (MSG) ni dikenali sebagai ‘racun yang sedap’.

Dikaitkan dengan segala risiko buruk; kenaikan berat badan, darah tinggi, penurunan kualiti cerdas otak, gangguan jaringan otak.

JIKA diambil secara BERLEBIHAN.

MSG ni sangat licik, akan pengaruhi lidah untuk ‘mengidam’ menyebabkan tak boleh berhenti makan.

Jadi, ibu bapa kena pastikan untuk menghadkan pengambilan makanan ringan di rumah. Boleh bagi sekali sekala tapi bukan selalu.

Contohnya air berkarbonat dan makanan berproses (nuget, ayam, sosej).

.

.

2- Sediakan snek sihat yang lebih menarik & menggiurkan.

Snek sihat ni dapat tingkatkan tumbesaran anak-anak dan secara tak langsung, naikkan metabolisma badan.

Memandangkan sekarang, anak-anak belajar dalam talian jadi ibu bapa boleh gunakan masa ni untuk sediakan snek versi sihat yang dapat tarik perhatian anak.

Dari segi warna, penyusunan mahupun rasa.

Bukan senang nak belajar dalam talian ni. Sukar nak fokus bila cikgu tengah bercakap melalui aplikasi Google Zoom.

Kurang fokus ni terjadi bila terjadinya penurunan paras glukosa dalam badan, jadi lesu sebab kurang nutrien.

Kanak-kanak yang sedang membesar ni disarankan untuk ambil snek tambahan bagi memastikan keperluan tenaga dan nutrien mereka mencukupi.

.

.

3- Jadi ‘role model’ makan snek sihat untuk anak-anak.

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Pernah dengar kan peribahasa ni.

Ibu bapa adalah profesor pertama untuk anak-anak. Rumah adalah universiti pertama untuk mereka.

Jadi, penting untuk tunjukkan contoh yang baik untuk anak-anak dengan selalu makan makanan sihat. Selalu juga berkongsi info tentang pemakanan sihat dan bahaya makan snek segera untuk kesihatan.

Bila anak tengok, mereka akan ada rasa ingin tahu dan nak juga cuba. Ni kalau ibu bapa sendiri tak makan sayur, macam mana anak nak ikut?

Bagaiman acuannya, begitulah kuihnya.

.

.

4 – Luangkan masa bersama anak menanam herba & sayuran sendiri.

Satu benda paling penting bagi saya adalah dengan ajar anak untuk dekat dengan alam sekitar.

Anugerah ciptaanNya yang sangat berguna untuk kemaslahatan sejagat.

Ibu bapa boleh guna peluang ni untuk spend time dengan anak melalui aktiviti menanam herba dan sayuran.

Ada banyak sangat herba yang kita dekat Malaysia ni boleh tanam.

Macam saya suka tanam bayam, tomato, ulam raja. Tanah belakang buat jadi garden bed.

Bayam yang ditanam ada bayam merah, bayam hijau dan bayam Malabar. Nanti bila masak gabung 3 sekali. Baru power nutrisi dia…

Bayam ni senang hidup. 2 minggu dah boleh makan. Jenuh petik nanti.

.

.

Kesimpulannya,

Tips-tips di atas ni sangat digalakkan agar anak-anak membesar dengan jayanya melalui pemakanan sihat.

Zaman sekarang ni terlalu banyak kemasukan makanan segera dan anak-anak muda suka sangat makan jajan segera.

Makan pula dalam kuantiti yang berlebihan yang boleh mengundang risiko kesihatan. Jadi, dari awal kena ajar anak-anak makan makanan sihat.

Bila mereka dah besar nanti, mereka sudah biasa dengan makanan sihat dan tidak akan pandang pun makanan segera berkalori tinggi tu.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top