5 Benda Anda Perlu Tahu Tentang Sawan

Sawan dan epilepsi…dua benda sama tapi tak serupa. Yang pernah kena sawan tidak bermakna mereka punyai epilepsi.

TAPI kalau pernah sawan melebihi 2 kali, ada kemungkinan untuk punyai epilepsi.

Epilepsi ni apa pula?

Ia merupakan gangguan dalam otak di mana sel saraf bertindak dengan mengeluarkan isyarat yang luar biasa. Kalau bahasa biasa, dikenali sebagai ‘sawan babi’.

Masa ni corak aktiviti neuron dalam otak jadi terganggu, menyebabkan gangguan dalam tingkah laku, emosi dan perasaan.

Sampai satu tahap otot jadi kejang dan pengsan.

Tapi kena ingat, epilepsi ni BUKAN penyakit disebabkan oleh kemerosotan atau penyakit mental.

Tidak berjangkit dan boleh dikawal, ada sebilangan pesakit yang sembuh dengan sendiri.

Apa yang kita kena tahu tentang sawan? Ni saya kongsikan 5 benda yang kita semua perlu tahu.

.

.

.

1- Sawan boleh serang kanak-kanak yang aktif dan sihat.

Saya nak fokus kepada sawan dalam kalangan kanak-kanak terutamanya.

Apabila terjadinya letusan aktiviti elektrik yang mendadak dalam otak, maka berlakulah perubahan ketara dalam perbuatan atau tingkah laku.

Contohnya apabila anak mula;

  • tak bergerak buat sektika
  • konfius & hanyut
  • hilang kesedaran
  • bahagian kaki tangan jadi kejang
  • bahagian kaki tangan tersentak-sentak
  • hilang kawalan badan

Kadang kala time anak tengah enjoy bermain pun sawan boleh terjadi.

Kalau epilepsi ni boleh terjadi apabila berlakunya sawan berterusan tanpa rangsangan luar.

Contohnya, struktur otak abnormal semasa pembentukan janin, faktor keturunan dan penyakit otak berlanjutan (kanser).

.

.

.

2- Sawan disebabkan oleh rangsangan luar (demam panas, kadar gula rendah).

Sawan demam ni juga banyak terjadi kepada anak kecil terutama jika kena demam panas.

Selalunya, sawan demam ni terjadi dalam lingkungan umur 3 bulan hingga ke 6 tahun apabila suhu badan lebih 39 darjah Celcius.

Menyebabkan badan jadi kejang, mata juling ke atas, dan tiada pergerakan seolah-olah badan cramp.

Sawan demam ni bukanlah disebabkan oleh masalah seperti jangkitan kuman dalam otak tapi disebabkan oleh suhu badan yang terlalu panas.

Menyebabkan gangguan pada aktiviti sel otak.

.

.

.

3- Sawan melebihi 2 minit perlu rawatan segera.

Tempoh sawan ni selalunya singkat dan tidak melebihi 5 minit.

Jika sawan terus berlarutan melebihi 2 minit dan masih tidak menampakkan tanda untuk pulih seperti biasa, apa yang ibu bapa perlu buat?

Cepat-cepat hubungi talian kecemasan untuk ambulans agar segera dibawa ke unit kecemasan.

Perkara di luar bidang pengetahuan ibu bapa perlulah segera dirujuk kepada pakar. Sekiranya anak sudah tidak alami sawan, adalah disarankan untuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

.

.

.

4- Ketahui 6 langkah Seizure First Aid.

Apa perlu buat semasa anak sedang sawan? Ada 6 langkah paling asas yang boleh dibuat untuk elak perkara lebih teruk.

  1. Jangan panik
  2. Baringkan ke sisi, tengok pemasaan sawan
  3. Kekal di sisi anak
  4. Letakkan bantal empuk bawah kepala
  5. Jangan letak sebarang ubat/air dalam mulut
  6. Telefon ambulans sekiranya sawan berlanjutan melebihi 3 minit

.

.

.

5- Rawatan sawan bergantung kepada punca serangan berlaku.

Kalau sawan demam ni apa rawatan yang doktor akan sarankan?

Kalau sawan tu punca dia demam maka, solusi terbaik adalah dengan beri ubat deman. Anak yang alami sawan akan perlahan-lahan pulih apabila suhu badan menurun ke suhu optimum.

Kalau sawan disebabkan oleh paras gula rendah dalam darah, disarankan untuk konsumi makanan berkarbohidrat tinggi.

Juga buah-buahan bervitamn yang kaya dengan kadar gula natural supaya gula dalam badan bertambah.

Bagaimana dengan epilepsi?

Selalunya, pesakit epilepsi akan diberikan ubat-ubatan oleh pakar neurologi untuk mengawal sawan.

.

.

.

Pokoknya,

Ibu bapa perlu ambil tahu tentang info sawan sebab kanak-kanak sangat mudah untuk alaminya.

Kena tahu ilmu asas sekurang-kurangnya untuk bantu mereka menghadapinya.

Tak nak sawan berulang banyak kali kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada sel otak yang berkemungkinan berisiko untuk dapat sawan epilepsi.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top