5 CARA ATASI SPEECH DELAY

Ada anak…umur dah mencecah 3, 4 tahun tapi agak senyap….tak reti nak bertutur, ibu suruh cakap, anak perati je, cakapnya tak.

Kalau bercakap pun, tak jelas, lambat sikit orang tua-tua cakap. Ada yang pernah alami situasi macam ni tak?

Speech delay, lambat bercakap, bertutur. Normal ke untuk anak berumur 3-4 tahun?

Mesti risau kan bila anak dah cecah 3 tahun tapi lambat bercakap. Bila tengok rakan-rakan anak yang lain semua petah je cakap.

Apabila usia anak mencecah 1 tahun dan masih tidak mampu ungkapkan perkataan, ibu bapa seharusnya bimbang dan segera cari solusi untuk atasi.

Tapi tidak perlu risau, saya akan kongsikan 5 cara yang ibu bapa boleh guna untuk atasi speech delay.

.

.

.

1. Elak tanya anak terlalu banyak soalan.

Maryam makan apa? Maryam dah minum? Dah mandi? Dah siap kerja sekolah? Segala benda nak tanya sekali gus.

Expect Maryam untuk bagi satu rumusan esei ke? Krik krik je lah perbualan tu. Maryam pun putus angin…

Ramai yang silap tentang ni, selama ni duk ingat kalau banyak tanya soalan ni anak-anak akan lebih maju dalam komunikasi mereka.

Sebenarnya tidak, malahan ia akan membebankan mereka kerana mereka akan keliru dan buntu.

Jangan desak mereka untuk cepat bercakap, beri mereka ruang dan masa untuk mereka figure out sendiri.

Tanya soalan yang perlu sahaja dan galakkan mereka untuk memikirkan ekspresi dan cara menghuraikan ekspresi itu.

Jangan arah itu ini dan tanya soalan bertubi-tubi, segala benda yang kita buat ni perlu konsisten dan sederhana.

.

.

.

2. Banyakkan komunikasi dengan anak melalui ulasan/komen.

Daalam apa jua keadaan, komunikasi lah yang paling penting.

Walaupun speech delay boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti genetik, autisme, kemahiran motor dan sebagainya.

Tapi apa yang saya perhatikan terutamanya zaman sekarang ni, anak-anak yang ada masalah speech delay ni selalunya sangat terikat dengan gajet.

Sebenarnya, sangat TIDAK digalakkan untuk ibu bapa beri anak kecil main dengan gajet.

Lingkungan umur 2-6 tahun ni sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk asah 3 skil ni; mengenal, bertutur dan mengekspresikan diri.

Mereka kurang diberi pendedahan komunikasi, kurangnya galakan ibu bapa untuk membantu mereka.

Ye lah kalau dari kecil lagi dah kasi anak main iPad, anak pun terus pulaukan diri, tak nak main permainan, tak nak main dengan kawan.

Jadi, kurang rangsangan sejak dari kecil juga boleh sebabkan anak lambat bertutur.

.

.

.

3. Buat eye contact ketika bercakap dengan anak.

Bila bercakap tentang ‘late talkers’ ni, sudah semestinya mereka cenderung untuk tunduk atau berpaling ke sisi untuk elak bertentangan mata.

Kenapa agaknya?

Ni kerana mereka tidak ada keyakinan apabila ditanya soalan atau disuruh untuk bercakap.

Ibu bapa disarankan untuk melatih mereka untuk buat eye contact semasa berkomunikasi. Fahamkan sikap, emosi dan cara mereka beri respon.

Ketika mereka cuba untuk mengekspresikan diri, galakkan mereka untuk lihat mata sambil ingatkan tentang adab bercakap.

Dari sini, kita boleh tengok sama ada anak terima tak informasi dan boleh faham serta digest.

.

.

.

4. Tunjukkan anak cara panjangkan ayat dengan sambung ayat.

Apabila sudah nampak perkembangan anak yang berani untuk berbicara walapun dengan kosa kata yang terhad, apa ibu bapa perlu buat?

Ha masa ni, boleh bantu mereka untuk lebih mengekspresikan diri dengan memanjangkan ayat contoh kalau ‘kereta’, boleh panjangkan bersama intonasi jadi ‘wah…kereta laju’.

Nak komen pun berpada-pada, ni nampak je anak tu dah mula laju bercakap, ibu bapa yang excited ni terus sekali komen 18 perkataan dalam satu nafas.

Jangan….patah hati hancur luluh perasaan anak. Baru nak faham tetiba blur balik.

Kalau nak komen ni tengok level perkembangan anak; cara pertuturan dan juga kosa kata yang anak guna.

.

.

.

5. Galak anak dengan membacakan mereka buku cerita/ menyanyikan lagu.

Elak beri anak-anak kecil gajet, sebaliknya belikan buku cerita untuk mereka. Buku ni boleh kitar semula, beri kepada anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Dari kecil lagi saya akan beli buku berbentuk infografik untuk mengenal huruf, slow-slow upgrade ikut usia anak.

Cari waktu untuk sesi bercerita dengan anak. Gunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang sesuai untuk menggambarkan situasi dalam cerita tu.

Barulah anak-anak akan tertarik untuk tahu dengan lebih. Ni kalau emotionless, baca macam AI robot, statik ton, saya pun tarik diri…surrender tak nak dengar.

.

.

.

Kesimpulannya,

Bila nak deal dengan anak yang ada masalah speech delay, ibu bapa kena aware dengan 2 benda ni; sabar dan konsisten.

Jangan harapkan ‘practice makes perfect’, sebaiknya aim untuk ‘practice makes progress’.

Kalau ibu bapa boleh pegang teguh kepada 2 benda di atas, tidak akan ada masalah untuk praktikkan 5 benda yang saya cakap tadi.

Masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang memandang remeh akan perkara ni.

‘Takpe tu, biasa lah tu lambat sikit cakap’ mindset sebegini patut diubah. Ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak.

Cepat-cepat ambil tindakan sekiranya nampak tanda-tanda speech delay sebab ada banyak kemungkinan yang berkaitan.

Contoh macam autism, neurological disorder, ketidakupayaan intelektual.

Anda Juga Mungkin Berminat

Dengki Atau Benci? Ini 8 Kesannya Kepada Kesihatan

9 Kesan ‘Purring’ Kucing Kepada Kesihatan

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Scroll to Top