5 Cara Otak Pulihkan Tubuh Badan

Familiar tak dengan nama-nama berikut?

Paul Kern asal Hungaria. Cucu dari Indonesia. Li Zhanying dari China. Thai Ngoc dari Vietnam.

Mereka berempat ni berkongsi situasi yang sama. Apa yang sama?

Tahu tak mereka semua ni mendakwa yang mereka tidak pernah tidur dalam jangka masa yang panjang! 

Make sense tak kalau tak tidur selama berpuluh tahun?

Kebanyakan kita, kalau semalaman tak tidur dah macam zombi Kampung Pisang dah.

Apatah lagi bertahun lamanya.

Kesahihan tidak dapat dipastikan 100 peratus namun ada kes di mana segelintir manusia di dunia ini mengalami situasi rare.

Contohnya Li Zhanying di mana dia sebenarnya dikira tidur tapi bukan macam kita semua!

Zhanying tidur ketika berjaga.

Masa ni, organ dan saraf otaknya kekal aktif dan dia boleh tidur ketika sedang buat kerja rumah ataupun ketika bercakap.

Namun, matanya tidak pernah tertutup. Dia pun tak tahu yang dia tidur.

Ada juga kes seperti Thai Ngoc yang mana dia tidak tidur selama 45 tahun.

Kerana mengalami chronic insomnia ketika umurnya 20 tahun.

Keadaannya memburuk dari tahun ke tahun sehingga akhirnya dia tak boleh nak lelapkan walaupun fizikalnya penat.

Daripada mereka semua ni kita boleh belajar.

Iaitu betapa pentingnya kita dapatkan tidur yang cukup.

Pentingnya kita jaga kualiti tidur kita.

Sebab itu, elakkan diri daripada selalu berjaga lewat malam.

Lumrahnya, manusia dilahirkan untuk bergerak aktif pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Jangan abaikan hak tubuh kerana tubuh juga perlukan rehat yang cukup.

Masalah insomnia juga tidak boleh dipandang ringan.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya tuan puan mula alami gejala seperti berikut,

  • Kesukaran, ambil masa lama untuk tidur
  • Tidur tidak lena, nyenyak
  • Kerap terjaga lebih awal daripada biasa
  • Terasa mengantuk, letih di siang hari

Kenapa tidur ni penting?

Kerana melalui tidur, otak akan berupaya untuk pulihkan tubuh badan kita.

Tahu tak sama seperti badan kita yang akan membuang.

Otak juga perlu membuang. Proses in hanya berlaku apabila manusia tidur.

Brain Detox

Tidur ni banyak khasiatnya kalau cukup. Bahana kalau terlebih tidur.

Saat tidur makan terjadinya proses membuang racun toksin yang terkumpul.

Dikenali sebagai brain detox.

Bidang berkaitan pembersihan otak ni semakin meningkat popularitinya kerana berpotensi untuk saintis dan pakar mengenalpasti punca dan solusi untuk merawat penyakit Alzheimer’s. 

Sehingga kini, masih tiada rawatan khs untuk sembuhkan pesakit.

Pakar penyelidik menjelaskan bahawa proses ini mampu kurangkan risiko penyakit Alzheimer’s. 

Walaupun dimamah usia, kemungkinan tinggi ia boleh dielakkan terus jika kajian aktif dibuat. 

Lebih mendalam, kadar cerebrospinal fluid dalam otak meningkat semasa tidur.

Bila meningkat, ia mula membasuh segala sisa protein berbahaya yang terkumpul di celah-celah sel otak.

Menarik bukan?

Kajian terbaru yang dibuat di Pusat Perubatan Universiti Rochester (2019) mendapati,

Aktiviti otak ketika deep, non-REM sleep paling ideal untuk sistem pembersihan toksin.

Tambahnya lagi,

Sebahagian toksin termasuk protein toksik, beta amiloid dan tau toksik, di mana pembentukan 3 sekawan ni dikaitkan dengan dementia dan Alzheimer’s.

Beta amyloid dan tau toksik dianggap mampu sekat komunikasi antara neuron.

Microglia & Astrocyte

Bila nak mulakan proses brain-washing, ada dua ejen utama yang beraksi.

Diberi nama microglia dan astrocyte.

Microglia ni sejenis neuroglia. Merangkumi lebih kurang 10% ke 15% daripada semua sel yang ada dalam otak.

Tempat tinggalnya di kawasan otak dan saraf tunjang.

Kajian dibuat di Universiti Nagoya, Jepun (2020) mendapati,

Satu lagi jenis sel otak yang jadi backup microglia iaitu astrocyte.

Sama seperti para tukang bersih dalam negara kita yang bertungkus lumus memastikan agar Malaysia sentiasa bersih.

Dua-dua ni juga merupakan tukang bersih dalam negara otak.

Microglia selaku clean-up crew tugasnya membentuk pertahanan imun utama dalam sistem pusat saraf.

Astrocyte selaku trash collector tugasnya menghapuskan neuron rosak dan ejen berjangkit.

Haa bukan tubuh badan sahaja tau yang ada sistem imun, otak pun ada sistem imun tersendiri!

Kita perlu sentiasa jaga kesihatan otak untuk elak sel otak daripada jatuh sakit atau lebih teruk, dibunuh

Pernah tak tertanya-tanya apakah yang mampu membunuh sel otak kita?

Apabila berlakunya kemalangan menyebabkan gegaran otak atau kecederaan otak, sejumlah besar neuron akan hilang. Walaupun sekadar terhantuk kepala.

Sebab itu, tangan jangan santai sangat pergi hempuk kepala adik ataupun rakan. Gurau pun biar berpada-pada.

Sel otak juga boleh mati disebabkan oleh overdose ubat terkawal, rokok, produk tembakau dan dadah.

Penambahan microglia ni ada baik buruknya.

Apabila penambahannya disebabkan oleh stres kronik, penyakit neurodegeneratif atau usia ditelan waktu, microglia bertukar persona.

Jadi agresif dan sukar dikawal. Seakan dirasuk, microglia boleh membunuh sel di sekitarnya.

Maka, jagalah ia betul-betul. Salah satunya iaitu senaman boleh beri kesan positif pada microglia.

Personanya boleh diarah menjadi pelindung berbanding pemusnah.

Melatih otak juga mampu melatih microglia untuk menentang penyakit Alzheimer’s.

Macam mana nak gembirakan microglia?

  • Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat.
  • Elak minuman keras & merokok.
  • Jaga sistem penghadaman.
  • Tidur mencukupi.
  • Jaga kesihatan mental.

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

Scroll to Top
0