5 Cara Tambahkan Sel Otak Bayi

5 CARA TAMBAHKAN SEL OTAK BAYI

Cara otak berkembang menarik. Berbeza mengikut umur. Persekitaran juga membantu.

Kepada yang punya anak kecil mesti mahu anak yang cerdik. Genius. Super bagus.

Soalnya bagaimana?

Saya kongsikan cara MUDAH bantu bayi anda bentuk lebih banyak sel otak. Caranya ialah rangsangkan sensori memori anak.

Lakukan perkara-perkara berikut:

1. Sentuhan – contoh sentuhan ialah urutan dan pelukan. Ini adalah contoh sensori kinestetik.

2. Bercakap – apabila anda bertutur, bahagian otak bayi berkaitan dengan auditori akan aktif. Terus berkembang.

Apakah boleh bercakap dua atau tiga bahasa? Itulah sebaiknya.

3. Warnaapabila anda guna pelbagai warna ia akan rangsang visual bayi anda. Usah kenakan baju warna biru sahaja kalau bayi itu lelaki. Atau warna pink sekiranya perempuan. Pelbagaikan warna.

Alat mainan yang pelbagai warna boleh bantu. Sila HARAMKAN gajet seperti tab, ipad atau telefon untuk bayi. Walaupun kartun di dalam telefon itu pelbagai warna dan bunyi ianya adalah malapetaka.

4. Space – suasana atau ruang luas akan bantu bayi bebas bergerak. Ini amat membantu tingkatkan psikomotor bayi.

5. Companionship – wujudkan suasan berkawan dengan anak. Samada melali adik beradik lain atau anak jiran-jiran yang sebaya.

Saya tegaskan di sini. Otak bayi di rangsang secara manual. Alatan digital tidak membantu.

Bila sesuai guna? Tunggu lepas sekolah menengah. Noktah.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Scroll to Top