5 Khasiat Beras Bario

Mana jatuhnya kuah kalau tak ke NASI.

Nasi dan rakyat Malaysia ibarat isi dengan kuku.

Sukar dipisahkan.

Nasi ni seperti mana yang kita tahu.

Adalah makanan ruji di Malaysia sejak turun temurun.

Bukan itu jer.

90% pengambilan beras dunia didominasi oleh negara Asia!

Tak pelik lah sebab orang kita.

Kalau travel overseas pun mesti kena pekena nasi.

Tambah-tambah kalau makanan di negara tu tak kena dengan selera tekak.

Siap bawak nasi segera keluaran Brahim’s.

Contoh jenama paling tersohor yang dikenali ramai.

Rambang mata nak pilih bermacam jenis lauk pauk.

Termasuk nasi goreng kampung, beriyani kambing, nasi Arab kambing, nasi tomato.

Sudah terbukti.

Nasi memang sinonim dengan diet pemakanan.

Di negara berbilang kaum terutamanya orang Melayu.

Betul tak?

Melayu dan nasi berpisah tiada.

Kalau tak tiadalah signature food Visit Malaysia 2022.

Nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi gulai, nasi ayam.

Nasi yang paling biasa dimakan iaitu nasi putih daripada beras putih.

Tapi, pernah tak dengar tentang satu jenis beras?

Iaitu beras bario ataupun lebih dikenali sebagai beras merah?

Kalau dekat Malaysia.

Penanaman beras bario paling banyak terdapat di bumi Kenyalang iaitu Sarawak.

Asalnya dikenali sebagai padi huma (tanah tinggi) yang ditanam di kawasan Bario.

Bario bermaksud ‘angin’ dalam bahasa Kelabit.

Cameron Highland dan Genting Highlands ni memang fterkenal sebagai destinasi pelancongan bukan?

Haa kalau di kepulauan Sabah Sarawak pula.

Salah satu tempat wajib pergi iaitu sebuah perkampungan kecil Bario.

Beras bario ni diakui keunikannya serta wangi.

Wangi semulajadi. Tanpa sebarang penambahan bahan kimia.

Favourite saya kerana khasiatnya serta organik.

Sumber protein, tinggi thiamine dan rendah lemak.

Cukup istimewa beras bario ni. Ada 4 jenis.

  1. Adan halus
  2. Bario tuan
  3. Bario merah
  4. Bario celum

Paling penting, beras merah ni ada khasiat yang lebih banyak berbanding beras putih.

Sememangnya bagus untuk menjaga kesihatan.

Saya ingin share 5 khasiat beras bario berbanding beras putih yang biasa dimakan.

.

.

.

1– Mempunyai kadar Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Beras bario semakin diakui khasiatnya kerana,

Punyai kadar indeks glisemik yang rendah.

Justeru, ramai yang lebih prefer beras ini untuk diet.

Makan dalam portion sederhana pun dah kenyang.

Nasi putih ni punyai kadar GI yang tinggi.

Ada banyak sebab kenapa ia jadi ‘kurang baik’ untuk tubuh badan.

Contoh, kurangnya kandungan serat dalam nasi putih.

Akibatkan lonjakan gula dalam darah.

Mudah untuk naik berat badan dan kena diabetes (kencing manis).

Jika diberi pilihan memang beras merah lagi baik.

Teksturnya yang agak kenyal. Melekit sedikit.

Beras nilai GI rendah sangat bagus untuk kesihatan.

Beras bario ni bila makan, akan dicerna secara perlahan.

Jadi, takdelah meroket naik tahap gula dalam darah.

Yang boleh akibatkan hypertension dan kencing manis.

Yang lagi unik tentang beras bario.

Makanan alternatif sesuai untuk bayi.

Berbanding beras bijirin yang dibuat daripada beras putih.

Ikut statistik 2 tahun lepas, 4 daripada 10 orang (8 juta dewasa) di Malaysia ada tahap kolesterol tinggi.

1 daripada 4 pula TIDAK TAHU yang mereka ada kolesterol tinggi.

.

.

.

2- Mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Ramai menanya, sejauh mana kolesterol ni berbahaya?

Trend makanan di Malaysia sekarang ni amat menggusarkan untuk saya.

Terlalu banyak makanan tidak sihat yang dimakan seperti makanan harian.

Variasi boba tea, donut, kek, dan makanan hipster ala-ala cafe dan bakery negara luar.

Kalau di Malaysia.

Kes yang melibatkan diabetes ni berpunca daripada pemakanan tidak sihat.

Kolesterol dalam badan ada baik.

Baik nama dia HDL, yang jahat LDL.

Beras bario ni dapat kurangkan kolesterol jahat iaitu LDL.

Dua jenis ni kena seimbang, tak nak kalau LDL ni lebih. Bawa padah nanti.

Kolesterol tinggi boleh akibatkan arteri darah tersumbat.

Boleh efek ke jantung. Punca penyakit kardiovaskular.

Apa efek saluran tersumbat?

Masalah pencernaan, kerap berpeluh.

Strok, kebas, sakit dada, sesak nafas, berdebar-debar, serangan jantung.

Beras bario berfungsi sebagai ‘serat mudah larut’.

Sememangnya efektif untuk serap lemak-lemak.

Maka, berkuranglah penyerapan kolesterol ke dalam saluran darah.

Namun, perlu diingatkan.

Ada je walaupun dah amalkan gaya hidup sihat, makan sihat tapi tahap kolesterol tetap tinggi.

Yang ni boleh check balik kalau mak ayah atau atuk nenek yang ada masalah kolesterol.

Faktor keturunan boleh membawa kepada ‘kolesterol warisan’.

Diturunkan kepada anak.

.

.

.

3- Mempunyai serat tinggi untuk tahan lapar serta cepat kenyang.

Serat dalam beras bario ni lagi tinggi berbanding serat dalam nasi putih biasa.

Sangat ideal untuk yang tengah aim nak turunkan berat.

Kandungan serat tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

Serat tinggi ni juga akan slow down proses karbohidrat yang pecah ke dalam gula dalam darah.

Tanpa serat mencukupi, badan akan susah nak kawal ‘craving’ benda-benda manis.

Sebab mulut tu akan sentiasa lapar nak mengunyah.

Makan banyak pun masih tak kenyang-kenyang.

Kalau nasi putih tu paling tak 2 pinggan sekali makan.

Selain menukar beras putih kepada versi sihat seperti bario.

Sayuran hijau dan buah-buahan juga boleh diambil.

Sawi, kangkung, bayam sangat baik untuk legakan keradangan serta turunkan kolesterol.

Buahan seperti jambu batu dan beri biru bantu cegah pengoksidaan kolesterol jahat.

Kerana sifat lengkapnya iaitu mineral, vitamin, antioksidan serta serat tinggi.

.

.

.

4- Mengandungi kadar zink dan antioksidan yang tinggi.

Kandungan zink dalam beras bario berfungsi untuk menyembuhkan luka.

Selain menjaga sistem pertahanan badan agar dapat berfungsi dengan optimum.

Beras bario ada satu antioksidan kuat yang dikenali sebagai ‘anthocyanin’.

Yang boleh lawan radikal bebas.

Bukan itu saja,

Ia juga boleh mengurangkan keradangan kronik, alergi dan risiko kanser.

Walapun beras bario agak mahal jika nak dibandingkan dengan beras biasa.

Tapi berbaloi dengan khasiat yang ditawarkan.

Tidak terhad kepada zink, beras bario ni ada kandungan magnesium dan selenium.

Sesuai untuk yang ada masalah tekanan darah tinggi, migrain dan masalah jantung.

.

.

.

5- Mengandungi kandungan vitamin tinggi untuk fungsi organ dalaman optimum.

Beras bario ni jadi kegemaran saya.

Sebab ada vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat dan kalsium.

Yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Sungguh luarbiasa.

Keunikan beras bario ni semakin hari semakin ramai yang mengetahui.

Vitamin B6 tolong badan pastikan fungsi organ dalaman berfungsi dengan optimum.

Pembentukan hormon serotonin, sel darah merah dengan sel DNA kita.

Nak makan beras bario ni sama saja macam beras putih biasa.

Kalau tak reti jaga.

Melahap 2, 3 pinggan memang takdelah nak khasiat.

Betul tak?

Sebab apa?

Sebab ia masih dalam kumpulan karbohidrat.

Makan tanpa kawalan akan undang kesan buruk.

.

.

.

Konklusinya,

Lepasni mungkin boleh try guna beras bario ni pula.

Tukar selera sebab ada lebih banyak nutrisi.

Dalam dunia ni ada pelbagai jenis beras.

Boleh cuba try test satu demi satu.

Tapi paling kena ingat,

Beras putih punyai khasiat paling rendah antara kesemua.

Beras paling berkhasiat adalah dalam kalangan yang berwarna hitam atau merah.

Kandungan pigmentasi tinggi, kaya antosianin, antioksida serta anti-karsinogen.

Apa guna semua ni?

Untuk kurangkan risiko penyakit kronik, kanser, kencing manis, darah tinggi.

Apapun, saya sarankan anda cuba beras bario ni.

Confirm tak menyesal.

.

.

.

P/S:

Ingin join Neuro-On-The-Go?

Satu TIPS setiap hari berbentuk VIDEO oleh Dr. Rizal Abu Bakar?

Klik https://bit.ly/NOTG_KiniKembali

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top