5 Manfaat Selasih Dalam Islam

Selasih atau nama glamornya basil.

Salah satu khazanah istimewa alam semula jadi.

Penyebutan mengenai selasih dalam al-Quran dan hadis menyerlahkan sisi specialnya.

Telah dijelaskan di mana Allah SWT menciptakan tanaman yang harum hijau iaitu kemangi atau selasih.

Yang merupakan nikmat pemberianNya untuk makhluk di muka bumi.

Oleh itu, kita perlu menyuarakan rasa syukur ke atas pemberianNya.

Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang tidak menyedari akan hal ini.

Selasih ini masih dipandang sepi.

Kalau nak dibandingkan dengan anggur kismis, kurma dan delima.

Pokok selasih nak tahu power ke tak power. Semua bahagian boleh guna;

Daun, minyak, biji bahkan ekstrak daripada pokok selasih.

1- Ubat herba untuk kesihatan

Suka letak biji selasih ni dalam minuman.

Segar tekak bila minum pada musim panas.

Tips natural rawat batuk.

Selasih ada vitamin, karbohidrat, lemak, mineral dan serat.

Yang berfungsi legakan masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit dan sakit tekak.

Juga berfungsi untuk mengatasi masalah radang mata.

Pengambilan air biji selasih sekali sehari mampu kurangkan sakit kepala.

2- Kawal tahap gula dalam darah

Bagi yang ada penyakit diabetes tahap 2, boleh minum air biji selasih.

Untuk kawal tahap gula dalam darah.

Kajian perubatan telah membuktikan keupayaan selasih untuk stabilkan tahap gula.

Juga,

Ekstrak daun selasih digunakan untuk gigitan serangga, sakit gigi dan jangkitan cacing pita.

3- Atasi kebuluran

Berita baik untuk yang sedang berdiet.

Biji selasih punyai nutrisi sama dengan chia seeds.

Sangat bagus terutamanya bagi yang sedang mengawal food intake.

Boleh bantu kawal rasa lapar.

Ada banyak kandungan serat. Kenyang lebih lama.

Sesuai letak dalam minuman detoks.

Dapat kurangkan berat badan kalau amal minum air biji selasih secara konsisten.

4- Bantu masalah insomnia

Insomnia ni saya rasa ramai yang hadapi terutamanya musim PKP.

Gangguan susah tidur ni jangan buat main sebab boleh bahayakan kesihatan.

Ganggu metabolisma dan emosi.

Biji selasih ni boleh kurangkan kegelisahan..

Kadang-kadang rasa stres tu akan datang bila kita terlalu banyak berfikir.

Baring nak tidur tu fikir. Tukar posisi kiri kanan.

Cemas gelisah minda jadi aktif lepastu mula fikir negatif.

Sifat biji selasih ni adalah untuk menenangkan jadi memang sesuai untuk insomnia.

5- Bersih toksin dalam badan

Dalam perubatan tradisional,

Selasih digunakan untuk merangsang penyerapan dan pengeluaran peluh.

Kalau demam tu bolehlah guna selasih. Confirm deman akan reda.

Selasih juga lazim digunakan.

Sebagai pelawas kencing dan lancarkan pengedaran darah.

Manfaat lain antaranya minyak pati selasih mampu bunuh larva lalat rumah.

Dan elakkan gangguan nyamuk.

Keseluruhan pokok selasih ni mampu beri kebaikan untuk kesihatan dan pencegahan penyakit.

.

.

.

P/S:

Dapatkan buku OTAK 1.0 dan 2.0!

Kini LEBIH PENJIMATAN dengan NEUROBOX wajah baru!

Klik https://bit.ly/saynakbukuOTAK untuk info lanjut.

 

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top