5 Cara Untuk Elak Dementia

Usai solat subuh terdengar jeritan.

Kuat benar suaranya. Makmum terkejut.

“Kena sembahyang lain. Tok Imam tak cukup rakaat. Baru satu rakaat dah salam. Apa punya Imam.” kuat suara itu.

Bila berpaling ke belakang terlibat seorang lelaki separuh abad.

Berbaju Melayu merah dan bersarung sedang berdiri.

Mengulang-ngulang mengatakan Tok Iman salah.

Makmum gelisah. Ada yang bangun cuba mententeramkan lelaki tersebut.

Ditolak oleh lelaki itu. Suaranya makin kuat apabila ada yang cuba mententeramkannya.

Terganggu wirid Tok Imam.

Dalam kekalutan itu, muncul seorang perempuan dalam keadaan bertelekung.

Mungkin isteri lelaki separuh abad itu.

Dia menarik tangan lelaki tersebut. Sambil memujuk untuk keluar.

Dia memohon maaf kepada Jemaah.

Katanya suaminya ada dementia. Rupanya lelaki itu tidak ingat bilangan rakaat.

Penyakit dementianya menyebabkan dia mudah lupa.

Disangkanya Tok Imam sengaja beri diskaun rakaat solat subuh.

Keadaan dalam masjid tenang kembali apabila lelaki itu keluar.

Tok Imam teruskan wiridnya. Makmum masih ada yang berdiri, melihat-lihat ke luar.

Di luar masih kedengaran suara jeritan lelaki tadi. Sayup-sayup. Lama kelamaan hilang.

Dementia penyakit otak. Bak kata pepatah ‘apa yang ditanam, itulah yang dituai’.

Apa yang kita makan, cara kita jalani hidup kita, itulah penentu hari tua kita.

Otak yang disinggahi dementia akan hilang kekuatan memori.

Kemampuan berfikir juga merosot. Kemarahan meningkat.

Kemampuan mengendali aktiviti harian juga terganggu.

Tidak mampu menilai. Gagal membuat keputusan

Dementia boleh dielak. Perlu elak perkara-perkara berikut:

1. Makanan yang digoreng dalam api yang sangat panas. Suhunya terlalu tinggi. Ayam dan kentang goreng adalah antara contohnya.

2. Makanan yang mengandungi pengawet bernama ALUMINUM. Banyak terdapat dalam cheese, susu formula dan campuran kek.

3. Perasa tiruan bernama DIACETYL. Banyak terdapat dalam mentega popcorn dan makanan ringan.

4. Makanan yang mengandungi MSG.

5. Makanan yang mengandungi lemak tepu (trans fat).

Jadikan MAKANAN sebagai UBAT. Bukan UBAT sebagai MAKANAN.

Berhati hati dengan makanan penting.

Sihat itu jihad.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top