5 Senaman Asas Buat Lemak Menangis!

Topik berkaitan fitness ni selalu diperkatakan, ramai yang tanya macam mana nak kekalkan momentum bersenam.

Bagi yang kerja siang malam.. ada family dan komitmen lain…sangat susah nak bersenam lama-lama.

Rushing je kan takut tak sempat nak buat tu nak buat ni.

Takpe, harini saya nak share 5 jenis senaman yang basic yang mampu buat lemak-lemak sekalian menangis!

Senaman ni sangat mudah dan boleh dibuat di mana-mana…janji rajin dan konsisten.

 

 

 

1- Pergerakan mendaki gunung

Pergerakan mendaki gunung sudah semestinya dapat kuatkan bahagian otot bawah badan, dan tingkatkan kapasiti kardiovaskular.

Mana taknya lemak tak terbakar kan…

Tak perlu nak jalan jauh naik Bukit Broga, Bukit Tabur… cari tempat yang sesuai untuk lakukan pergerakan ni.

Boleh kurangkan sakit lutut, bina kekuatan dan tingkatkan pergerakan atletik

Boleh cuba buat ni bersama ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan pejabat…lagi ramai lagi meriah.

 

 

 

2- Tekan tubi guna lutut

Tekan tubi guna lutut ni adalah senaman paling sesuai untuk bentuk otot lengan dan bahu.

Ada orang boleh buat tekan tubi lengkap…ada orang baru nak berjinak-jinak dengan senaman ini..

Pergerakan ni lebih mudah dan boleh ulang ikut kemampuan diri.

Masa baru start memang berpeluh sakan…lemak pun menjerit kepanasan. Baru sekali buat, bayangkan kalau setiap hari konsisten memang arwah lah lemak-lemak..

Practice makes progress…mulakan slow-slow dahulu, kemudian tingkatkan jumlahnya setiap hari.

 

 

 

3- Squat

Squat ni antara favourite rakyat Malaysia; ada banyak jenis contohnya wall squat, mini band squat, goblet sumo squat, squat jack, split squat,

Kenapa gerakan ni begitu popular?

Sebabnya dapat kuatkan bahagian otot punggung, lutut dan paha.

Untuk beginner, adalah dinasihatkan untuk melakukan pergerakan ni secara perlahan-lahan terlebih dahulu untuk elak injury.

Boleh refer dekat YouTube untuk lihat posisi yang betul. Atau rujuk mereka yang pakar dalam bidang fitness.

Ingat lemak berlebihan, ingat squat.

 

 

 

4- Plank

Plank hanya memerlukan sedikit masa tetapi memberikan keputusan yang memberangsangkan dalam jangka masa yang pendek.

Plank ni dianggap senaman ideal untuk otot abdomen aka otot perut.

Sesiapa yang perut tu nampak macam terlebih bahagia sangat…boleh lah buat plank ni. Boleh bakar lemak degil yang dah lama bermastautin.

Bila buat plank ni selama 1-3 minit dapat target otot teras utama iaitu transverse abdominus, rectus abdominus, outer oblique dan juga glutes.

 

 

 

5- Senaman kaki

Nampak senang tapi tidak untuk mereka yang tidak pernah buat…

Jika aliran darah di bahagian kaki tidak baik, kaki akn rasa berat semacam dan bengkak. Gerakan angkat kaki ke atas dapat selesaikan masalah ni.

Yang selalu sakit belakang tu boleh buat…confirm boleh legakan.

Boleh cuba buat di rumah selama 5-10 minit untuk kesan maksimum. Dapat lancar peredaran darah, tingkatkan kualiti tidur, kurangkan stres, dan buatkan kaki terasa lebih ringan.

 

Senang kan? Ni senaman paling asas yang boleh dibuat oleh semua orang tak kira tua tau muda. Kasi sikit lemak yang tak dengar kata biar menangis kepanasan…

Selamat mencuba!

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top