5 Tips Gandakan Ketajaman Berfikir !

Kenapa fikiran makin tumpul?

Mahu tajamkan fikir? Bagaimana mahu tajamkan?

Lakukan 5 tips mudah berikut:

1. Baca buku. Topik berlainan dari topik kita selalu baca.

Baca dalam bahasa di luar zon selesa kita lagi bagus.

Contohnya baca buku dalam bahasa Inggeris.

Sekiranya kita khuatir tidak habis baca, buku dalam Bahasa Melayu sudah cukup bagus.

Mulakan dengan buku nipis. Anggaran dalam seratus muka surat.

Apabila sudah ada momentum baca dan ritma bacaan, bolehlah upgrade ke buku tebal antara 200-250 muka surat.

2. Berjalan dan berfikir. Selesaikan masalah atau cari idea dengan berjalan.

Ikut kajian dari Harvard Business School dan Stanfard University keputusan yang dibuat semasa berdiri lebih baik dari duduk.

Keputusan yang dibuat dalam keadaan berjalan lebih baik dari berdiri.

Steve Jobs dilaporkan sentiasa brainstorming idea dengan timnya dalam keadaan berjalan di dalam taman di sekitar rumah beliau.

3. Banyakkan makan makanan bergril, bakar atau rebus. Elakkan makanan bergoreng. Terutamanya yang deep fry.

Ianya bukan menajamkan malah melembapkan lagi fikiran ke tahap menggerunkan.

4. Makan buah atau sayur dari pelbagai warna. Campurkan sayur. Ambil dari jenis dan warna berbeza.

Sayur pelbagai warna bekalkan gizi, zat dan minerals yang berbeza.

Ia lebih lengkap berbanding mengambil satu jenis sayur seperti yang kita lazim amalkan.

5. Fokus pada satu kerja dalam satu satu masa.

Elak dari buat 2-3 kerja serentak. Elak multitasking.

Apabila fokus meningkat, aliran tenaga akan tertumpu ke arah itu.

Kita akan cenderung gunakan Prefrontal Cortex (PFC) – the CEO of the brain.

Apabila bahagian PFC ini lebih aktif, kualiti kerja lebih bagus.

Apabila sudah tahu tips, jangan baca tapi cuba amalkan.

Boleh boleh ?

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top