in

Love

5 Tips Mudah Amalkan Pemakanan Sihat

Semua orang inginkan berat badan ideal.

Nak badan yang sihat dan selalu cergas bertenaga.

Betul tak?

Mesti tak kurang juga yang mahukan badan senipis kerengga, terutama pada musim  perayaan ni.

Dapatlah melaram dengan kebaya idaman nanti. Betul tak?

Pixabay.com

Tapi ramai tak tahu macam mana nak mula.

Jadi macam mana nak dapatkan badan cantik ni?
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) (1)

Melalui hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa kunci untuk menjadi sihat adalah dengan menjaga perut.

Maksudnya jaga pemakanan kita.

Dan  amalkanlah pemakanan yang betul.

“Jadi macam mana pula nak makan dengan betul tu?”

Makan dengan betul adalah dengan mengamalkan cara pemakanan sihat.

APA ITU PEMAKANAN SIHAT?

Ramai orang beranggapan bahawa kurus tu sihat. Jadi untuk dapatkan badan idaman, ramai yang telah merana dengan mencuba pelbagai diet yang melampau.

Anda beranggapan bahawa tempoh diet merupakan tempoh yang menyukarkan anda.

Ianya menghalang anda untuk menikmati makanan kegemaran anda.

Anda berasa tidak gembira sepanjang tempoh tersebut dan tidak menikmati proses yang dilalui.

Kesannya, lepas dah dapat bentuk badan yang diingini, anda kembali makan dengan kadar seperti sediakala

Pixabay.com

Salah tuu…

Hakikat yang perlu anda sedar ialah pemakanan sihat dan diet yang betul sebenarnya merupakan sebahagian daripada “amalan gaya hidup sihat”.

Gaya hidup ataupun dalam bahasa Inggerisnya yang sering kita dengar sebagai “lifestyle” merupakan suatu yang tak boleh kita umpamakan seperti “Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan”.

Ianya perlulah dijadikan gaya hidup yang kekal. Bukan sekejap-sekejap dan bukan sementara.

Pixabay.com

Pemakanan sihat justeru mestilah diamalkan sepanjang masa agar anda dapat merasai manfaatnya seperti menambahkan tenaga, meningkatkan kesihatan tubuh badan, membaiki mood anda dan juga dapat membuat anda berasa lebih kuat dan hebat.

Mempraktikkan amalan pemakanan sihat tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang membebankan.

Perkara utama yang perlu diambilkira untuk mendapatkan pola pemakanan sihat adalah dengan menggantikan makanan proses dengan makanan yang sebenar apabila mampu.

Dengan mengambil makanan yang sehampir mungkin dengan makanan sebenar dapat memberi perubahan yang besar dalam hidup anda.

PIRAMID PEMAKANAN SIHAT

Eratuku.com (2)

Piramid makanan sebenarnya dapat membantu kita untuk mengamalkan pola pemakanan sihat dengan lebih mudah.

Bahagian paling besar dan paling bawah merupakan nutrisi yang paling penting dan perlu diambil dengan kadar yang paling banyak.

Makanan di berada pada tangga teratas adalah makanan yang perlu dielakkan sama sekali.

KEPENTINGAN PEMAKANAN SIHAT

Jika anda berasa buntu dengan nasihat pakar pemakanan yang pelbagai di luar sana, ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan.

Mungkin anda sering memerhatikan terdapat pelbagai teori pemakanan yang cuba disampaikan.

Untuk setiap pakar pemakanan yang memberitahu bahawa makanan mana yang baik untuk anda atau tidak, ada sahaja pihak lain yang mengatakan sebaliknya.

Sungguh keliru bukan?

Tahukah anda, kita sebenarnya hanya memerlukan  protin, lemak, karbohidrat, sayur, vitamin dan mineral yang seimbang dalam diet kita untuk mengekalkan tubuh yang sihat. (3)

Anda tidak perlu membuang beberapa kategori makanan daripada diet anda, tetapi sebaliknya buatlah pilihan yang paling sihat dalam setiap kategori.(4)

BAGAIMANA CARANYA?

Faktor utama untuk memastikan anda dapat mengekalkan tabiat pemakanan sihat adalah dengan mengekalkan kesederhanaan.

Daripada menjadi terlebih risau dengan sibuk mengira kalori contohnya, cuba fikir tentang diet anda dalam perspektif yang lebih menarik. 

Pernah atau tidak anda bayangkan anda boleh menjadi kreatif dengan pengamalan diet baru ini. 

Anda boleh cuba libatkan kepelbagaian dalam aspek warna dan tahap kesegaran bahan yang digunakan.

Cuba elakkan makanan berbungkus dan makanan yang diproses. Ini termasuk dalam 5 makanan yang perlu dielakkan. Cuba ambil bahan makanan yang lebih segar jika mampu.

“Masih buntu?”

Jangan risau!

Dengan menggunakan beberapa tips ringkas di bawah, anda sebenarnya dapat membuang segala kekeliruan yang menghantui diri anda.

Anda juga dapat belajar cara untuk mencipta dan juga mengekalkan kepelbagaian makanan yang enak serta penuh nutrisi yang tak hanya bagus untuk minda, tapi juga untuk otak.

1. Sediakan sendiri bahan makanan anda

Pixabay.com

Memasak sendiri makanan anda boleh membantu anda meneliti dengan lebih baik apa yang masuk dalam perut anda.

Hal ini kerana memandangkan bahan-bahannya disediakan oleh anda sendiri, tentunya anda sedar bahan apa sebenarnya yang anda masukkan dalam masakan.

Anda akan makan kalori yang lebih sedikit dan akan berjaya mengelakkan bahan perasa kimia, gula tambahan dan juga lemak tidak sihat  yang biasanya terdapat dalam bahan makanan berpaket dan makanan yang diawet

Bahan makanan berpaket dan diawet sewajarnya dijauhi kerana ianya dapat menyebabkan anda mengalami keletihan, perut menjadi buncit, kegatalan, sistem depresi yang semakin memburuk dan juga kebimbangan melampau (5).

Jadi, tidak dinafikan lagi dengan memasak sendiri bahan makanan anda, anda dapat mengelakkan kesan-kesan negatif ini.

Tentunya kualiti hidup anda akan berubah menjadi lebih baik.

2. Lakukan perubahan yang betul

Pixabay.com

Apabila anda ingin mengurangkan makanan tidak sihat dalam diet anda, sangatlah penting untuk anda menggantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih sihat.

Anda bolehlah menggantikan lemak tidak tepu dengan lemak yang lebih sihat.

Contohnya seperti menukar dari makan ayam goreng kepada ikan salmon yang dibakar atau panggang semestinya dapat memberi kesan yang lebih positif kepada kesihatan tubuh badan anda.

3. Baca label 

Membaca label merupakan langkah yang mesti dilakukan. 

Sangatlah penting untuk kita sedar kandungan bahan dalam makanan kita.

Ini kerana pengilang biasanya akan menyembunyikan sejumlah besar gula ataupun lemak tidak sihat dalam makanan segera. 

Walaupun makanan tersebut dijamin menyihatkan, anda mestilah sentiasa berwaspada.

Jangan lupa baca kandungan label sebelum membeli bahan makanan yang anda inginkan.

4. Fokus pada perasaan anda selepas makan

Pexels.com

Setiap kali anda selesai makan, cuba perhatikan apa yang anda rasa.

Adakah anda rasa mudah penat? Ataupun cepat mengantuk?

Dengan melakukan langkah ini, akan akan dapat menyesuaikan diri dengan amalan pemakanan baru yang lebih sihat.

Semakin sihat makanan yang anda ambil, anda akan rasa lebih baik.

Semakin banyak makanan ringan yang anda makan, semakin anda rasa tidak selesa, pening dan kekurangan tenaga walaupun sudah makan dengan jumlah yang banyak. 

Anda tentunya dapat mengenal perubahan tersebut dan bandingkan kesan yang dapat anda rasa supaya anda dapat memilih dengan lebih mudah apa yang terbaik untuk anda.

5. Minum banyak air.

Pexels.com

Ramai sedia tahu bahawa pengambilan air putih sangatlah penting untuk mendapatkan badan yang sihat.

Air putih dapat membantu menyucikan dan meneutralkan toksin dalam badan(7).

Sayangnya, ramai dari kita tidak mengamalkan pengambilan air yang mencukupi dengan keperluan badan untuk aktiviti sehari-hari.

Kesannya kita menjadi letih, kurang bertenaga, dan sakit kepala (8).

Dengan mengekalkan tabiat minum air mencukupi sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari, badan dan fikiran anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik (9).

Ianya juga dapat mengekalkan kelembapan yang diperlukan oleh tubuh anda.

Jadi, akan lebih mudah untuk anda menentukan pilihan makanan yang lebih sihat.

Berubah ke arah pemakanan sihat tidak seharusnya menjadikan anda stres.

Ia merupakan satu proses pembelajaran yang memerlukan masa.

Ianya tidak semestinya sempurna pada percubaan pertama.

Jika hari ini tidak berjaya, anda boleh cuba lagi. 

Anda tidak semestinya terus menyekat makanan yang anda suka.

Anda juga tidak semestinya membuang semuanya pada suatu masa. Itu biasanya akan membuatkan anda cenderung untuk menipu ataupun lebih parah lagi terus berputus asa untuk mencuba pelan pemakanan baru.

Kaedah yang lebih baik ialah dengan membuat perubahan kecil tetapi berterusan pada sesuatu masa. 

Dengan mengekalkan gol yang sederhana, anda akan dapat mencapai lebih banyak matlamat dalam jangka masa panjang.

Dan ini dapat dilakukan tanpa rasa tidak selesa dan terpaksa dengan kaedah diet yang berlebihan.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda mengekalkan diet yang sihat seterusnya membantu memberi manfaat yang lebih banyak untuk kehidupan seharian anda.

Selamat beramal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Amalkan Sayur Ini Untuk Elakkan Stress

Kenapa Vitamin B12 Penting