5P Yang Perlu Elak Dalam Makanan

Bayangkan kita mungkin berumur 32 tahun/ 40 tahun/ 48 tahun.

Tetapi organ dalaman kita mungkin berumur 70 tahun atau 80 tahun.

Disebabkan kerosakan yang berlaku hasil daripada makanan yang kita ambil setiap hari.

Jadi, untuk miliki otak yang baik hindari 5P.

Apabila kita mampu elak secara konsisten, kita akan dapati otak kita berfungsi dengan lebih baik.

Kelajuan berfikir jadi luar biasa.

Kemampuan mengingat kita akan lebih tinggi.

Bukankah itu yang kita mahu?

Saya terangkan apa itu 5P dan kenapa perlu elak.

DAPATKAN SEGERA BUKU 100 RAHSIA MAKANAN SIHAT ALAMI!

Kenapa 5P?

  • Putih Nasi
  • Putih Tepung
  • Putih Gula
  • Pewarna Makanan
  • Processed Food
Imbasan otak terahadap manusia yang ambil 5P akan menyebabkan Prefonteral Cortex akan merudum sebanyak 25%.

5P Yang Perlu Elak

1. Putih Nasi

nasi putih
Nasi Putih adalah Karbo ringkas.

Apabila diambil 30-40 gram setiap kali makan, gula akan meningkat di dalam darah. Asalnya bekalkan tenaga.

Apabila tidak diguna untuk kerja kerja tulang empat kerat, ia bertukar menjadi lemak.

Lemak lemak dengan bangga akan berkumpul di perut. 

Boyot dan buncitkan bumper depan manusia.

Rasa mengah mula menghimpit.

Duduk bangun jadi payah.

Sengal mula menjelma. Potong kuku kaki jadi sukar.

Lapar pula meningkat.

Metabolisme menurun. Tenaga juga menurun.

Apabila diulang hari hari, natijah buruknya membesar.

Dekatkan diri kita dengan hospital.

Sediakan diri kita untuk terima suntikan demi suntikan.

Setiap hari.

Sanggupkah kita sediakan perut sendiri untuk disuntik?

Gula yang bertukar dari karbohidrat ringkas ini juga ganggu otak manusia. 

Bahagian memori akan kehilangan selnya.

Mati satu persatu.

Kita jadi pelupa. Jadi pemarah. Dimarahi dan dibenci.

SUDAHKAN ANDA DAPATKAN BUKU OTAK 2.0?

JIKA BELUM, KLIK DI SINI

2. Putih Tepung

Putih Tepung

Tepung Putih apabila kita makan, akan terus bertukar menjadi gula dalam badan.

Dan gula ini memberi kesan buruk kepada otak.

Memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia.

Masuk kategori 'fattening carbs.'

Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal. 

3. Putih Gula

gula

Gula putih adalah 100% sukrosa.

Tanpa bahan kimia semulajadi lain.

Manis sekadar manis.

Sebab dah lalui pelbagai proses penapisan.

Gula putih ni produk akhir.

Selain sumber karbohidrat dan tenaga.

Sayangnya gula putih ni tiada nutrien lain.

Kuasa ketagihan gula 8 kali ganda lebih ketagih.

Berbanding pengambilan dadah (kokain).

Apabila mengambil makanan yang tinggi gula.

Ia akan merosakkan long term memory manusia (hippocampus).

Hippocampus akan terganggu.

Disebabkan sel otak yang mati dan menjadi lemah kerana pengambilan gula.

Kemampuan kita untuk mengingati akan tergugat.

Adakah kita mahu jadi orang yang mampu ingat? Buat keputusan dan pertimbangan dengan baik?

Jauhi Gula Putih!

4. Pewarna Makanan

pewarna makanan

Dalam makanan ada pewarna tiruan.

Dalam minuman juga diletak.

Semua atas nama artificial food colouring atau food colouring additive.

Kesannya pada OTAK menakutkan. Sehingga diharamkan oleh EU – European Nations. Kajian oleh University of Southampton ke atas kanak-kanak berumur 3, 8 & 9 tahun dapati kadar fokus dan tumpuan merosot.

Bolehkah mereka belajar apabila fokus dan tumpuan terganggu?

Berhati-hati dalam beri makan pada anak-anak. 

Perlu tahu beza antara racun yang dilabel seperti makanan dan makanan yang betul.

DAPATKAN BUKU 100 RAHSIA MAKANAN UNTUK SIHAT ALAMI!

5. Processed Food

Processed Food

Dalam processed food ada gula tersembunyi.

Pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan.

Dan macam-macam ‘pe’ lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.

Contoh:

“Ingredients: Enriched Bleached Wheat Flour [Flour, Reduced Iron, B Vitamins (Niacin, Thiamine Mononitrate (B1), Riboflavin (B2), Folic Acid)], Corn Syrup, Sugar, High Fructose Corn Syrup, Water, Partially Hydrogenated Vegetable and/or Animal Shortening (Soybean, Cottonseed and/or Canola Oil, Beef Fat), Whole Eggs, Dextrose. Contains 2% or Less of: Modified Corn Starch, Glucose, Leavenings (Sodium Acid Pyrophosphate, Baking Soda, Monocalcium Phosphate), Sweet Dairy Whey, Soy Protein Isolate, Calcium and Sodium Caseinate, Salt, Mono and Diglycerides, Polysorbate 60, Soy Lecithin, Soy Flour, Cornstarch, Cellulose Gum, Sodium Stearoyl Lactylate, Natural “and Artificial Flavors, Sorbic Acid (to Retain Freshness), Yellow 5, Red 40.”

‘Makanan’ di atas bukan food.

Ia Frankensfood. Sediaan utama ialah bahan kimia.

Sedap di lidah sakit di perut dan otak. 

Sepatutnya dibakulsampahkan saja.

Bila kita nak beli ‘makanan’ lihat kandungan. Kandungan dengan perkataan sukar disebut wajar dihindari. 

Sampai nak tergeliat lidah tu jauhkan sahaja. 

Kebanyakan makanan yang dipaketkan di pasaraya adalah makanan proses.

Lihat dulu isi kandungannya sebelum membeli.

Kalau kandungan lebih dari 6 wajar berhati-hati. Maksudnya banyaklah bahan kimia.

Pada chicken nugget contohnya ada 25 bahan atau ingredient.

Salah satunya ialah ayam. 

Makanan ringan termasuk dalam kategori processed food ini.

Bukan sahaja tidak baik untuk kulit, malah melemahkan sistem imun kanak-kanak.

Apabila sistem imun lemah, penyakit dengan bangganya menghampiri.

Tubuh mereka jadi sarang pembiakan penyakit. Virus mudah hinggap.

Junk food juga ganggu otak.

Bahagian utama gangguan ialah hippocampus- tempat memori. Ganggu proses belajar.

2P Yang Perlu Ambil

2P makanan yang perlu diambil:

  • Probiotic

Probiotik mempunyai koloni bakteria tertentu yang bagus untuk usus.

Antara sumber asli probiotik adalah fermented food seperti tempe, kimchi, kefir, kombucha, miso dan greek yogurt.

Cuma kena pastikan ambil probiotik yang betul.

  • Prebiotic

Prebiotik merupakan fiber yang ada pada tumbuhan yang menjadi makanan kepada bakteria-bakteria baik.

Apabila diambil, ianya membantu pertumbuhan bakteria baik.

Antara makanan yang tinggi prebiotik adalah asparagus, pisang, bawang putih dan bawang besar.

Makanan ini bantu tingkatkan antibodi.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top