6 Jus Semula Jadi Kekal Ramping Dan Langsing!

Saya nak share satu soalan paling femes. Ramai yang tanya saya terutamanya dalam kalangan wanita.

Bila cakap pasal berat badan, rata-rata mesti nak berat badan yang ideal sesuai dengan tinggi.

Betul tak?

Taknak terlalu kurus tapi taknak terlalu berisi. Sedang-sedang saja.

Trend nak ‘kurus’ ala ala supermodel terkenal dunia seperti Gigi Hadid mahupun celebriti terkenal tanah air seperti Zahirah MacWilson memang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia.

Saya rasa bukan di negara kita saja. Siapa yang taknak kurus kan? Semua orang ada impian tu.

Pandangan mengenai bentuk badan yang dianggap ‘slim-fit’ atau langsing ramping sangat dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

Sebab salah satu sifat manusia ni suka melihat benda-benda cantik dan menarik. Itulah benda pertama yang akan kita perasan.

Memang sudah ditanamkan dalam minda kita sejak dahulu kala lagi.

Di mana mempunyai badan yang kurus langsing ni tandanya seseorang itu pandai menjaga diri dan sebaliknya.

Pernah tengok filem P.Ramlee kan? Kalau tengok pelakon wanita kebanyakan semuanya langsing walaupun dah berumur, dah ada anak.

Lagi satu, trend K-Pop. Bila tengok kebanyakan artis dan celebriti dari Korea Selatan ni memang majoriti kurus.

Contohnya, movie yang tengah viral sekarang ni iaitu Squid Game. Salah seorang pelakon movie tersohor itu iaitu HoYeon Jung mempunyai fizikal yang boleh dikatakan ‘menepati’ standard kecantikan di negara kimchi; tinggi serta kurus.

Persepsi setiap negara ni lain-lain cara mereka view tentang berat badan. 

Namun, tak semua yang kita lihat di media sosial tu bahagia semata-mata.

Terlalu banyak kes di mana idola-idola K-Pop ni sanggup lakukan ‘diet ekstrem’ disebabkan standard kecantikan di sana mementingkan tubuh yang kurus dan kecil.

Akhirnya memakan diri sendiri apabila kesihatan fizikal dan mental dua-dua terjejas teruk.

Kalau boleh jangan bahayakan diri sendiri semata-mata ‘untuk kurus’. Lagi teruk apabila memakan pil atau suplemen kurus.

Saya tengok zaman sekarang ni, terlalu ramai juga yang ambik shortcut dengan makan ubat kurus pelangsing badan sembarangan serta tidak diakui KKM.

Bila terlalu ‘obses’ nak kurus tapi komitmen untuk ubah gaya hidup takde, malas bersenam, malas kawal pemakanan.

Macam mana nak dapat hasil kalau tiada usaha? Fikirkan kesan jangka masa panjang.

Umur setahun jagung ni kesannya belum nampak, tapi percayalah bila umur dah meningkat tua, maka timbullah segala ‘toksik’ dan ‘racun’ kesan makan ubat kurus.

Saya ingin share satu solusi untuk dapatkan tubuh badan kekal ramping serta langsing iaitu dengan minum jus semula jadi.

Campuran herba, buah dan sayur. Memang sedap dan sihat.

Tak perlu makan pil bagai sebab nak kurus ni simple; eat right and workout right.

Tapi itulah kebanyakan ni tak penyabar. Nak tuai hasil terlalu cepat.

Jadi, saya ingin berkongsi ilmu sedikit mengenai 6 jus semulajadi yang boleh jadikan badan ramping dan langsing TERUTAMANYA buat kaum wanita.

Kaum lelaki pun boleh saja minum, takde masalah.

.

.

.

1. Jus sayuran hijau

Seperti yang kita ketahui, sayuran hijau begitu super khasiat. Memang perlu ada dalam diet seharian.

Saya berani cakap kalau ada yang tak makan sayur ni sesungguhnya mereka dalam kalangan yang rugi.

Pemberian Tuhan yang sememangnya bagus untuk kesihatan diri.

Banyak kajian yang membuktikan keberkesanan sayur dalam menurunkan berat badan serta paras gula dalam darah.

Nak tahu sebab susah nak kawal makanan manis?

Sebab tinggi gula dalam badan boleh buatkan perut cepat lapar. Susah nak tolak benda manis berlemak.

Dekat Malaysia pula, negara luar kenal Malaysia ni sebagai ‘syurga makanan’. Maka cabaran untuk kekal konsisten dalam menjaga makan bukan ‘biashe-biashe’.

Start esok aku nak diet. Kat si A dekat si B…[2 tahun kemudian]….okay kalini aku betul-betul nak diet

Benda boleh dengar tapi jangan percaya. Betul tak?

Sudah-sudahlah hanya berfikir saja pasal nak kurus. Mulakan segera kalau perasan perut makin maju ke depan, dagu makin beranak, baju makin ketat.

Kenapa tekankan sangat tentang kurus ni?

Biarlah aku berisi pun. Hidup aku bukan untuk impress orang lain. Sibuk betul lah pasal berat orang.

Iya betul. Tapi kena ingat, bila badan kurus dan sihat, mobiliti jadi makin senang, senang nak beribadah.

Fikirkan tentang apa yang saya cakapkan.

Berbalik kepada sayur hijau tadi, dekat rumah kalau yang jenis tak suka makan sayur tu kena jadi kreatif sikit iaitu dengan buat jus.

Jus pula boleh campur mengikut petua dan khasiat untuk kesan optimum. Saya sarankan jus sayuran hijau.

Sayur dengan buahan hijau pun boleh dicampur bersama. Saya guarantee memang sedap kaw kaw!

Contoh campuran jus adalah;

  1. Bayam, selada air & bayam
  2. Bayam, timun, epal hijau & nanas
  3. Brokoli, timun & melon
  4. Cilantro, epal hijau dan kale

Jus sayuran hijau ni memang terkenal kerana proses ‘detoxification’ iaitu proses pengeluaran ‘racun’ dan ‘toksin’ dalam badan.

Boleh minum setiap pagi sebelum breakfast. Percayalah bila campur sayur dengan buah ni rasanya sama seperi jus buah yang biasa diminum tu. Bukan setakat sedap tapi berkhasiat!

Kalau tengok beberapa orang selebriti tanah air ada yang walaupun umur sudah mencecah 50an tp masih kekal awet muda, kurus langsing macam anak dara.

Antara artis wanita ‘tak makan tua’ iaitu Che Ta, Maya Karin, Yasmin Hani, dan Erra Fazira.

Rahsia mereka salah satunya adalah meminum jus sayuran hijau. Jadi, dah boleh start amalkan ye.

.

.

.

2. Jus buah delima

Bila sebut tentang buah yang sihat dan menyegarkan, wajib masukkan sekali buah delima ni.

100 gram biji delima ni bersamaan dengan 83 kalori. Sebiji kira-kira 150-250Kcal bergantung kepada saiz buah.

Buahan ajaib dengan biji-biji merah menyerlah yang cukup tinggi dengan kandungan antioksidan, vitamin B9, C, E serta kalium.

Dekat Turki ada banyak gerai kecil yang jual jus delima fresh. Harganya pun murah.

Siap order dan penjual tu akan perahkan jus guna pemerah. MashaAllah sungguh sedap..manis terselit sedikit masam tu.

Nak tahu tak yang buah delima ni antioksidannya adalah 3 KALI GANDA lagi banyak berbanding buahan yang lazim ‘dikenali’ seperti anggur!

Teh hijau pun kalah tau dengan buah delima ni. Ramai yang tidak tahu akan khasiat luarbiasa.

Delima ni bagus sebab dapat kurangkan radikal bebas dalam badan yang membawa kepada penuaan awal.

Uniknya Punica Granatum ni ye. Siap disebut lagi dalam Al-Quran. Antara 6 buah-buahan yang mempunyai 1001 khasiat super.

Menjadi salah satu antara makanan kegemaran Rasulullah SAW, sumber vitamin B(asid folik) serta antioksidan dalam buah delima boleh rangsang, nyahtoksin untuk meningkatkan kecantikan kulit tau.

Sebab buah delima ni diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti riboflavin dan fosforus untuk rembesan penghasilan sel untuk kulit halus mulus.

Masa nak pilih buah delima, elak pilih kulit yang merekah sebab itu tandanya buah tak fresh.

Buat jus dan minum setiap pagi selepas sarapan.

.

.

.

3. Jus carrot

Siapa yang kerap mengalamai masalah ‘Miss Jerawat’ berketoi-ketoi atas muka, saya sarankan amalkan minum jus carrot.

Tahu tak lobak merah ni merupakan salah satu ‘superfood’ untuk weight loss!

Masalah utama bagi wanita dan lelaki iaitu perut buncit juga boleh diatasi dengan meminum jus lobak merah. Tapi kena ingat, pemakanan pun kena jaga.

Kalau minum jus saja tapi bersenam tak, jaga makan pun tak ibarat barat kambing menanduk bukit.

Memang takkan nampak perubahan. Sia-sia minum.

Jus carrot ni nak bagi rasa lagi sedap, boleh tambah ubi keledek, lettuce, timun susu, aprikot atau mana-mana buah yang ada beta-carotene.

Senang cerita, sumber tinggi beta-carotene ni tengok pada warna.

Kalau warna kuning, oren atau hijau menyerlah terang tu maknanya tinggi sumber beta-carotene.

Macam mana proses menyingkirkan Miss J ni berlaku?

Beta-carotene dalam carrot dan buahan yang dicampur sekali akan diubah jadi vitamin A seterusnya bertindak mengikis sel kulit mati yang menyebabkan pori muka tersumbat.

Whiteheads dan blackheads pun akan berkurang maka Miss J pun tak kan datang menyinggah.

Kalau untuk badan pula memang terkenal juga sebagai minuman detox sebab boleh turunkan berat badan jika diamalkan secara rutin.

Dah boleh lepasni pergi supermarket beli banyak-banyak Daucus Carota ni. Sedap pun sedap rasanya yang rangup dan bersusu.

Makan mentah pun sedap tau. Apatah lagi kalau dibuat jus.

.

.

.

4. Jus lemon & halia

Saya ada baca tentang kisah di mana seorang lelaki ini dia berjaya turunkan berat sebanyak 10 kilogram dalam masa 3 bulan saja.

Bila tanya apa rahsia dia? Dia cakap dia amalkan minum air rebusan halia campur lemon secara konsisten.

Dahla konsisten, lepastu makan pun jaga, kerap bersenam mana tak turun berat kan? Ni lah weight loss yang kita mahukan.

Bila ada fokus nak turunkan berat badan untuk kesihatan percayalah, anda akan berjaya lakukan. Jangan fikir untuk impress orang lain. Fikirkan diri sendiri terlebih dahulu.

Bukan weight loss dengan cara makan pil kurus, serbuk kurus, serbuk trim lemak. Produk entah pape yang samar-samar tu minta dijauhkan.

Nak naikkan lagi rasa tu boleh je tambah madu. Bagi masam manis sikit jika tak boleh nak hadap kemasaman.

Jadi, saya sangat sarankan buat mereka yang mungkin ada risiko obesiti berat badan berlebihan, digalakkan untuk amalkan minum air lemon halia.

Khasiat lemon dan halia ni memang setiap satu tu dah power. Bila bergabung memang meletop lah jawabnya.

Lemon ni ada banyak serat dan vitamin C, serta rendah kalori. Kebaikan lemon antaranya;

  1. Menurunkan berat badan
  2. Membunuh mikrob dan parasit
  3. Tingkatkan daya fokus
  4. Jadikan kulit lebih berseri
  5. Rawat masalah jerawat

Memang sesuai untuk diet ni sebab lemon ni ada kandungan pektin yang akan buatkan badan berasa kenyang selain bantu kurangkan kadar serapan gula dalam darah.

.

.

.

5. Jus kranberi

Kranberi ni salah satu buah merah vitamin melimpah. Kaya vitamin A, B dan C.

Namun, kalau di negara kita ni agak susah nak dapatkan buah kranberi segar di supermarket. Saya rasa jarang lah nampak buah ni dijual.

Jus kranberi ni memang selalu digunakan dalam makanan diet khususnya untuk turunkan berat badan.

Rasanya memang agak masam. Kalau tak boleh telan kemasaman, boleh letakkan madu untuk bagi masam manis.

Sekarang ni ada ramai yang jual jus buah homemade kan. Kalau yang tak sempat nak buat tu mungkin boleh beli.

Tapi sebaiknya bagi saya, minuman jus buahan dan sayuran yang kita sendiri buat di rumah ni paling memberikan manfaat terbesar untuk tubuh badan.

Nak minum jus yang sifatnya masam seperti lemon, oren, limau, sebaiknya minum selepas makan.

Sifat kranberi ni dia agak masam jadi makan secara bersederhana sebab kalau makan terlebih, boleh menyebakkan stomach upset dan cirit-birit.

Elak minum ketika perut kosong sebab asid organik dalam kranberi ni boleh sebabkan sakit perut.

.

.

.

6. Jus epal hijau

Yang ini paling kerap digunakan kalau nak kurus, nak ramping dan langsing. Betul tak?

Jus epal hijau ni sangat sedap. Masuk tekak pun lega dengan rasanya yang ummphh! Epal hijau ni mudah didapati.

Pergi je ke pasar atau supermarket. Beli yang satu bungkus tu ada 5 ke 6 biji. Harganya pun berpatutan.

Nak buat jus epal ni pastikan kulitnya tidak dibuang sebab sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Macam mana dengan epal merah? Kalau untuk diet ni sebaiknya ambil epal hijau sebab boleh isi perut yang lapar dan cegah daripada makan berlebihan.

Epal hijau ni agak masam berbanding epal merah yang manis.

Epal hijau ni ada sejenis ‘bahan kimia’ seperti polyphenol dan flavonoid. Bukan tu je, phytochemical seperti quercetin, catechin, phloridzin and chlorogenic acid.

Semua di atas tu adalah antioksidan kuat. Tugas mereka menyingkirkan molekul-molekul jahat yang merosakkan sel menyebabkan penyakit.

Bantu keluarkan toksin dalam badan menjadikan kulit berseri dan awet muda.

.

.

.

Konklusinya,

Jika target tahun ni nak kuruskan berat badan tu sangatlah digalakkan untuk minum 6 jus semula jadi untuk bentuk badan ramping dan langsing.

Zaman sekarang, terlalu ramai yang cuba cari shortcut untuk kurus dengan ambil pil ‘pelangsing’.

Kebanyakan ubat ‘pelangsing’ dikatakan berkesan tapi hanya CLAIM semata-mata. Tidak dibackup oleh mana-mana data saintifik.

Sebab itu kena ada ilmu bab-bab ni. Kena tahu tentang beberapa isitilah yang biasa ada dalam ubat ini.

Dalam apa jua keadaan, kesihatan adalah nombor 1 jadi jangan gadaikan usus demi nak tampil kurus.

Nak kurus, workout dan jaga makan. Simple.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top