neuroversiti_sugar addiction

6 Kebaikan Ambil Gula Putih Yang Ramai Tak Tahu

Gula putih punya banyak kebaikan. Ramai yang tidak tahu.

Bayangkan kehidupan harian anda tanpa kehadiran gula.

Bolehkah anda?

Ada 6 kebaikan gula putih yang ramai tak tahu.

6 Kebaikan Gula Putih

neuroversiti_kebaikan gula

1. Otak - turunkan prestasi otak. Rosakkan sel otak. Rewire sistem di dalam otak hingga kucar kacir jadinya. Lemahkan memori.

2. Kulit - ubah struktur kulit. Tambahkan kedut. Kalau iron pun tak cekang balik. Bagi kulit jadi kusam.

3. Genital - kurangkan aliran darah ke bahagian alat sulit. Lelaki cenderung nikmati mati pucuk. Perempuan berjaya mendapat kalung sexual arousal disorder.

4. Jantung - keraskan pembuluh darah jantung. Beri keradangan pada pembuluh darah. Tingkatkan risiko penyakit jantung. Dapat meraih anugerah penerima strok.

5. Buah pinggang - rosakkan sistem tapis buah pinggang. Sebabkan kegagalan buah pinggang. Ulang alik ke pusat homeodialisis.

6. Sendi - gula putih tinggikan inflamasi. Bawa masuk cytokins. Undang arthritis.

Jenis-Jenis Gula

Gula si pemanis yang digemari ramai.

Sejenis pemanis kristal karbohidrat boleh dimakan yang sangat popular dan digunakan hampir di seluruh dunia. 

Gula ada banyak jenis yer. Bukan gula putih dengan gula perang.

Antaranya;

  • gula putih/gula pasir
  • gula halus
  • gula perang
  • gula kelapa
  • gula kastor
  • gula merah
  • gula aising
  • gula melaka/gula kabung
  • sirap emas
  • gula hitam
  • sirap gula

Wah banyak sangat rupanya jenis gula ni yer. Tapi bukan ini jer.

neuroversiti_jenis gula

Contoh di atas ni gula tersembunyi yang ada dalam makanan berproses.

Boleh dikatakan hampir SEMUA makanan dan minuman segera yang ada di pasaran ada jumlah gula putih yang agak tinggi.

Untuk kekalkan rasa kesedapan dan ketagihan.

Sekali cuba, nak lagi.

Gula adalah lapan kali ganda ketagihan berbanding dadah. 

Bayangkan.

Tepuk dada, tanya hati..

Gula Putih Untuk Diabetes

neuroversiti_diabetes

Darah dalam tubuh hanya perlukan gula antara 70 hingga 99 milligrams per deciliter.

Apabila makanan kita ambil lebih kandungan gulanya, red alert terus berbunyi.

Pankreas diaktifkan. Hormon insulin akan dikeluarkan. Insulin akan pergi ke setiap penjuru tubuh mencari tempat darah dan gula berkumpul.

Setiap ‘pintu’ diketuk. Seperti ‘spot check’ gayanya. Makhluk asing bernama gula dicari. Mereka dinyah-sensitifkan.

Kerja spot check ini sangat teliti. Renyah. Memenatkan.

Pankreas akan bekerja keras setiap kali kita makan. Lagi hebat kita membalun, mengudap, mengeteh, mengopi makin keraslah kerjanya.

Lama kelamaan pankreas letih. Pening. Merajuk.

Berkata pankreas, “Asyik aku sahaja yang kerja kuat. Tuan tubuh takkan tak reti-reti gula tu makhluk asing. Menyusahkan . Sikit-sikit dan ikut sukatan ok”

Apabila pankreas rajuk, diabetes menghampiri. Jadilah kita penganut diabetes.

Kebaikan Gula Putih Pada Anak

neuroversiti_gula

Ibu bapa tahu tak apa kesan apabila anak diberi makan terlalu banyak gula tak kira lah dalam bentuk gula-gula atau makanan manis lain?

Pengambilan gula berlebihan ni boleh menyebabkan otak anak DISABOTAJ!

Tahu ke tak tahu?

Kena ambil tahu tentang ni sebab ada segelintir yang tidak mengambil kisah tentang pemakanan anak terutamanya anak bawah usia 10 tahun.

Secara fitrahnya budak-budak kan memang gilakan makanan manis.

Jarang sangat boleh jumpa mereka yang menolak jika diberikan makanan menggiurkan seperti donut, aiskrim atau coklat bar.

Kena ingat, bersederhana itu paling baik; kurang dan berlebihan tu sebaiknya dielakkan untuk manfaat diri sendiri.

Oleh itu, saya nak berkongsi 5 mudarat gula berlebihan pada anak:

1. Mengganggu proses belajar & melemahkan daya ingatan.

2. Risiko kesihatan seperti batuk, alergi, sakit tekak & imuniti lemah.

3. Gigi rosak & cenderung mendapat diabetes pada usia muda.

4. Sukar dikawal, anak jadi hiperaktif & risiko sawan.

5. Kurangnya minat & selera terhadap makanan berkhasiat.

Ingatlah bahawa mengambil gula berlebihan ni lebih banyak mendatangkan KEBURUKAN berbanding kebaikan.

Agar boleh elakkan nasib malang seperti risiko terkena penyakit kronik pada usia setahun jagung.

Untuk jaga kesihatan tubuh dan serta otak tak kira lah ibu bapa mahupun anak-anak.

World Health Organization (WHO) telah keluarkan kenyataan untuk mengehadkan pengambilan gula tambahan ni kepada 6 sudu teh sahaja.

Bukan SUDU MAKAN tapi SUDU TEH.

Di negara kita, anggaran purata rakyat Malaysia mengambil gula ni adalah sebanyak 25-28 sudu.

Banyak tu tuan puan…

Kadar yang disyorkan oleh WHO perlu digunakan kerana akan beri perubahan signifikan untuk kesihatan diri dan keluarga.

Gula Putih Bantu Rawat Kanser

Menurut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah apabila...

JAUHI gula putih. KANSER memBESAR dengan GULA PUTIH.

GULA PUTIH juga BESARkan BADAN. Ikut kajian 62% wanita dan 48% lelaki di Malaysia jadi obes. Terkena penangan GULA PUTIH. Jangan masuk dalam statistik itu.

Ikut kajian juga lebih dari 85% lelaki "mengandung". Penangan GULA PUTIH juga.

GULA PUTIH juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety, depression.

Oh ya. GULA PUTIH LEMBABKAN OTAK.

Makan malam nanti, semak makanan dan minuman apa kita ambil.

Boleh boleh?

Gula Putih Untuk Awet Muda

neuroversiti_awet muda

Tahukah anda lebih banyak gula dalam darah anda lebih cepat kulit menjadi tua.

Punca lebihan gula dalam darah?

Tidak lain tidak bukan kerana ambilan gula putih berlebihan.

Kajian dapati apabila bertahun kita ambil gula berlebihan, ia sebabkan proses glycation berlaku. Impaknya kulit jadi tua, berkedut dan serlahkan sisi hodoh yang mahu ditutup.

Kalau mahu kulit cantik. Jaga yang dalaman. Jauhi gula putih. Ia toksik yang mengujakan.

Beralih kepada alternatif yang lebih selamat. Alternatif semulajadi.

Alternatif yang mesra tubuh dan otak. Seperti gula kelapa OCOC. 

Gula adalah makanan manis yang kedutkan kulit dan penambah jerawat pada wajah. Sangat buruk untuk otak.

Gula hapuskan collagen di dalam kulit. Natijahnya kulit jadi gelebeh dan berkedut.

Keindahan dari dalam serlahkan kecantikan luaran. CANTIK OTAK maka CANTIK KULIT.

Matematiknya mudah. Boleh boleh?

Berikut adalah kebaikan ambil gula putih. Dapat tingkat kualiti hidup. Tidak perlu makan ubat.

Hidup penuh nikmat. Jemput ambil gula putih. Terima kasih.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top