6 Kesan Kurang Dopamin

Hormon ‘bahagia’ dikenali secara saintifk sebagai dopamin.

Dopamin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang terdapat dalam tubuh. Dopamin adalah ‘neurotransmitter.’

Bermaksud ia menghantar ‘signal’ isyarat dari badan ke otak.

Apa tugas dopamin?

Dopamin ni mainkan peranan penting untuk kawal pergerakan tubuh badan. Cara emosi bertindak balas.

Sebab tu penting untuk pastikan keseimbangan dopamin terjamin agar fizikal dan mental terjaga.

.

.

.

1- Cardiopause

Dopamin berfungsi tingkatkan tekanan nadi, kadar denyutan jantung dan peredaran ‘epinephrine’ (E) dan ‘norepinephrine’ (NE).

Epinephrine ni dikeluarkan hanya semasa ‘stress.’

Norepinephrine pula dilepaskan secara berterusan dalam peredaran darah.

Apabila dopamin kurang, kadar denyutan jantung dan kecekapan mengepam juga akan kurang.

Kadar dopamin ni boleh ditingkatkan melalui pengambilan vitamin A, B6, C, magnesium, zink, selenium, taurin, kromium.

.

.

2- Immunopause

Iaitu sistem imun yang kurang berfungsi dan semakin lemah.

Seperti dalam artikel sebelumnya [https://neuroversiti.com/mudah-jatuh-sakit-cuba-21-superfood-ini/]

Kerap jatuh sakit tu tandanya sistem imun lemah. Askar badan tak kuat untuk jalankan tugas.

Salah satu punca utama iaitu kurang aktiviti fizikal atau olahraga. Dan juga kekurangan mineral dan vitamin dalam badan.

Cara tingkatkan dopamin untuk baiki sistem imun? Ambil vitamin A, C, zink, arginin dan selenium.

.

.

3- Menopause

Kajian mendapati bahawa kulit wanita kehilangan kira-kira 30% kolagen dalam tempoh lima tahun pertama menopause.

Perubahan dalam badan sekitar tempoh menopause ni juga boleh tingkatkan risiko masalah kesihatan.

Disebabkan oleh tahap rendah hormon ‘estrogene’ dan ‘progesterone.’

Selain perubahan lain yang berkaitan dengan ‘penuaan’ boleh tingkatkan risiko strok, sakit jantung dan osteoporosis.

.

.

4- Andropause

Kalau wanita alami menopause, lelaki pula akan alami andropause.

Tempoh di mana lelaki akan kehilangan hormon ‘testosterone’ selari dengan peningkatan umur.

Kebiasaanya apabila umur mencecah 50an dan ke atas.

Cara untuk melambatkan masalah ini daripada berlaku adalah dengan mengambil arginin.

Antara simptom biasa yang akan dialami termasuk,

  • Perubahan emosi
  • Kemurungan
  • Kerengsaan
  • Hilang ingatan
  • Kehilangan Otot
  • Berat Badan
  • Insomnia

.

.

5- Osteopause

Keadaan di mana ketumpatan tulang makin berkurang menyebabkan kerapuhan.

Cotntohnya penyakit ‘osteoporosis.’ Atau ‘osteomalacia’ yang lebih biasa berlaku pada wanita hamil.

Beberapa simptom awal yang menunjukkan seseorang tu ada osteoporosis iaitu,

  • Sakit belakang
  • Kehilangan ketinggian
  • Postur membongkok
  • Tulang yang lebih mudah patah

Diet seimbang termasuk kalsium, glucosamin dan vitamin D sangat penting untuk pelihara kekuatan tulang.

.

.

6- Dermatopause

Dermatopause merujuk kepada penuaan kulit dan hilangnya keanjalan kulit apabila usia meningkat.

Kerana berkurangnya jumlah kolagen menyebabkan kulit kendur.

Vitamin C, D, estradiol, L-lysine dan zink amat penting untuk kekalkan awet muda kulit.

Sekurang-kurangnya untuk melambatkan proses penuaan.

.

.

.

Hormon neurotransmitter seperti dopamin, GABA, acetylcholine dan juga serotonin mainkan peranan penting untuk melambatkan kesemua proses di atas.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top