6 Rahsia Kehebatan Kunyit Yang Ramai Tidak Tahu

Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi.

Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.

Biasalah budak –budak.

Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.

Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon.

Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.

Tok Bi ada 14 orang anak.

2 anaknya meninggal masa kecil.

Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.

Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC.

Sekarang dikenali sebagai Penang Port.

Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu.

Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.

Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit.

Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.

Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan.

Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.

Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada.

Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.

Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.

Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit.

Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.

Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.

Dia juga minum air kunyit.

Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.

Selepas minum aku akan tanya “Tok minum apa tu tok?”

Dia akan jawab sambil tersenyum, “Air kunyit.”

Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning.

Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.

Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.

Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit,

Dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka.

Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut.

Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.

Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal.

Sama macam emak aku.

Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.

Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya.

Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.

6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya:

1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik.

Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia.

Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA.

Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya

Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil.

Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik.

Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.

Macam mana pula boleh ada arsenik?

Puncanya dari tanah. Kalau kandungan dalam tanah ada arsenic, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.

Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.

Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin.

Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA.

Lebih menarik lagi.

 

2. Kunyit adalah anti kanser.

Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser.

Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam).

Ia kecutkan stem sel kanser payudara.

Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.

Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis.

Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.

 

3. Kunyit adalah anti tumor.

Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar.

Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor.

Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dari tumor.

Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.

4. Kunyit adalah penghalang kerosakan sel otak. 

Part ini aku paling suka.

Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.

Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak.

Dikenali sebagai agen neuroprotective. Ala-ala security guard.

Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak.

Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.

Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utma dalam kunyit.

 

5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing.

Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit.

Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat.

Melembut dan meremajakan kulit.

Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences.

Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.

 

6. Kunyit sebagai fat burner.

Bab ini memang win.

Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit.

Kunyit halang pembentukan lemak.

Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.

Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.

Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya.

Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.

Itu Tok Bi. Kita macam mana?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top