7 Cara Kempiskan Perut

Kenapa perlu kempiskan perut?

Perut buncit tanda bermulanya tubuh dihinggap penyakit. Cuma menanti ledakan sahaja.

Minggu ini sahaja sudah 10 kali orang bertanya bagaimana kempiskan perut?

Hari ini saya kongsikan caranya.

7 Kaedah-kaedah ini dikumpul dari kajian dan praktis klinikal.

1. Ambil makanan kaya protein.

Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.

Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu”

Kita pun sebut “ oh ye ke, saya berhenti sekarang.”

2. Urus stres dengan bijaksana dan bijaksini.

Stres sebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak.

Happy sungguh dia buat kerja kerja yang kita tak suka.

Macam orang letak simen pada batu bata ketika buat rumah. Ditempek tempek.

Dia juga dengan bangganya bantu tingkatkan selera makan kita.

Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.

3. Katakan tidak pada gula putih.

Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni.

Apabila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.

4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat segerakan misi kempiskan perut.

5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam.

Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup?

Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”

6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda.

Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.

7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan.

Makan lambat nak lepasi saluran ini.

Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.

Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten.

Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?

Ini adalah pesanan khidmat masyarakat.

Tidak binatang atau serangga yang mati semasa penulisan ini dilakukan.

#DrRizal

 

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Scroll to Top