7 Kebaikan Air Roselle Untuk Kesihatan

KINI DILANCARKAN buku OTAK 3.0

HARGA SPECIAL sempena launching

Harga asal ̶R̶M̶5̶9̶ kini RM39 sahaja!

Jimat sehingga 85% khas bagi yang TERAWAL!

BELI DI SINI

BELI DI SINI

Siapa suka air roselle?

Biasanya air roselle ni di sediakan di hotel.

Tapi kalau di hotel tu kemungkinan sudah di campur dengan gula.

Ambil yang pure roselle lagi bagus.

Paling senang, letak bunga roselle dalam air panas.

Saya suka campurkan sekali goji berry. Rasa lagi sedap.

Air roselle banyak khasiat untuk kesihatan dalaman ataupun luar.

Kalau perempuan yang impikan awet muda boleh cuba minum.

Saya kongsikan beberapa khasiat air roselle.

1. Kuatkan Sistem Imun

Air roselle mengandungi banyak antioksidan dan vitamin C.

Bantu perkuatkan sistem imun. 

Selain lemon atau oren.

Kalau tiada bahan di rumah, boleh cuba ambil air roselle.

2. Mencegah Penyakit Jantung

Kandungan antioksidan dan folat dalam air roselle dapat membantu mencegah masalah jantung dan stroke.

Ekstrak dari bunga roselle mengandungi asid amino, mineral dan vitamin.

Penting untuk kesihatan jantung.

3. Tangani Stres

Air roselle kaya dengan sumber magnesium yang dapat membantu mengurangi stres.

Amalkan minum setiap malam sebelum tidur.

Bagus untuk perbaiki kualiti tidur.

Bantu untuk tidur awal dan tidur lebih nyenyak. 

4. Menurunkan Tekanan Darah

Air roselle mengandungi pottasium yang dapat bantu turunkan tekanan darah.

Kajian menunjukkan bahawa meminum air roselle secara kerap boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Mengekalkan keseimbangan gula dalam darah.

Kedua-duanya merupakan faktor risiko penting untuk masalah kesihatan.

5. Melancarkan Sistem Pencernaan

Air roselle mengandungi sifat anti inflamasi.

Yang mana dapat membantu mengatasi masalah pencernaan seperti cirit birit dan sembelit. 

Kandungan asid askorbik dalam air roselle boleh membantu melancarkan sistem penghadaman.

Dalam masa yang sama membantu memecahkan makanan dengan lebih baik.

6. Awet Muda

Nak kulit muda dari usia?

Amalkan air roselle.

Bantu menjaga kulit agar tetap kelihatan muda dari usia.

Roselle mengandungi antioksidan yang dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat dari radikal bebas.

Dengan amalkan air roselle setiap hari, dapat mencegah proses penuaan.

Untuk lebih efektif, amalkan sekali dengan gaya hidup sihat dan penjagaan wajah yang betul.

7. Milk Booster

Amalkan minum air roselle ketika mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi.

Bantu ibu hamil naikkan hb dan beri tenaga sepanjang hari.

Sekaligus menurunkan berat badan.

Namun, perlu nasihat dari doktor pakar sebelum mencuba.

Ini kerana sesetengah ibu mungkin mempunyai keadaan kesihatan tertentu dalam proses pengeluaran susu.


Anda Juga Mungkin Berminat

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

Scroll to Top