7 Kebaikan Makan Sebelum 7 Malam

Tahukah Tuan Puan?


Mee Kari Nyonya OCOC
adalah mi segera masak-hidang sihat pertama di Malaysia?

Menggunakan 4 bahan utama:

  • Tepung Atta
  • Minyak Sawit Merah
  • Garam Himalaya
  • Santan

Serta,

  • Tiada Pengawet
  • Tiada Perisa Sintetik
  • Tiada Pewarna Tiruan
  • Tiada MSG

Dijuluki dengan tagline luar biasa oleh Sinar Harian:

Malaysia terkenal dengan penduduk paling ramai obes.

Fakta. Bukan sembang kari.

Malaysia juga penggemar tegar gula putih.

Berikutan wabak COVID-19 yang telah membelenggu negara kita sejak awal Mac 2020.

Ramai yang terkesan dengan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).

Ada isu emosi. Tapi ada yang bagitahu.

Sejak minum Dark Chocolate OCOC:

Mood sentiasa ceria. Sentiasa bertenaga. Dah lebih tenang. OTAK ada improvement.

Kena work-from-home.

Bila banyak masa dihabiskan di rumah ni sudah semestinya ada lebih masa untuk makan.

Betul tak?

Masa ni juga lah selera makan naik berganda-ganda…diikuti berat berkilo-kilo!

Sebab apa?

Sebab pergerakan di rumah ni tak sama macam dekat pejabat. Kat sana kita aktif gerak sana sini.

Di rumah ni pergerakan sangat terhad.

Jadi mudah sangat lah untuk berat naik mendadak kalau tak reti kawal pemakanan.

Bukan setakat tu, dahla makan banyak, makan pula berkali-berkali.

Lepastu lagi teruk, makan malam pula bila masuk jam 9 baru nak makan.

Tak termasuk supper lagi.

Haa lepastu lagi mulalah berkeluh di media sosial tentang kenapa semakin hari makin berkembang.

Nampak terutamanya bahagian perut…bahagian muka terutamanya bawah dagu.

Sebenarnya, waktu nak makan terutama untuk 3 waktu makan utama yakni sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Mainkan peranan penting dalam menentukan turun naik berat seseorang.

Masalah obesiti – pintu gerbang kepada penyakit-penyakit kronik mengundang kematian. 

Ini antara 11 jenis penyakit yang menanti jika berat badan berlebihan;

  1. Kolesterol tinggi
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Diabetes jenis 2
  4. Strok
  5. Asma
  6. Kanser
  7. Buah pinggang
  8. Osteoartritis
  9. Apnea tidur
  10. Pundi hempedu
  11. Refluks gastroesofageal

Saya suka dengan cara pemakanan orang Cina.

Mereka makan makanan sihat. Makan dinner pula sebelum 7 malam. 

Adat tradisi. Untuk tubuh sihat.

1- Beri masa lebih lama untuk mencerna makanan.

 

Amalan makan malam sebelum pukul 7 secara tak langsung buatkan badan berdiet.

Saya tidak pasti waktu makan rakyat Malaysia ni macam mana.

Ada ke yang amalkan makan awal?

Ada juga ke yang pukul 9 baru nak dinner?

Boleh kongsikan dengan saya.

Bila makan awal, kita bagi masa lebih lama untuk usus cerna makanan.

Bila cukup waktu cerna. Membuang pun senang.

Takde lah mengerang berjam jam dalam tandas. Jangan ambil mudah akan sembelit.

Ia sangat menyakitkan.

Boleh sebabkan masalah kulit, mudah mengantuk, kelesuan, tak lalu nak makan dan kekejangan sendi.

Elak ambil makanan tinggi garam dan gula. 

2- Elak peningkatan gula dalam darah.

Terdapat peningkatan penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat di negara kita.

Dari tahun ke tahun disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat.

Pada tahun 2020 sahaja.

Seramai 3.9 juta individu berumur 18 tahun dan keatas menghidap diabetes!

Sungguh menyeramkan.

Ada lagi. Bab makan sayur. Bukan cakap pasal anak kecil tapi orang dewasa.

Tinjauan mendapati hampir 95% individu dewasa tidak makan cukup serat.

Mohon kembali ke pangkal jalan.

Bila dah berumur nanti, kita nakkan tubuh badan sihat.

Supaya senang untuk beribadat dan habiskan masa dengan anak cucu cicit.

Makan sebelum jam 7 malam ni bagus untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Kenapa naik mendadak kalau makan lewat?

Sebab terjadinya gangguan tindak balas glukosa.

Dan insulin terhadap makanan yang dimakan.

Akibatnya, badan tidak boleh berfungsi dengan cekap untuk tukar glukosa dalam makanan.

Menyebabkan banyak kandungan gula akan kekal dalam darah.

3- Elak diserang asid gastrik.

Ada tak yang pernah mengalami masalah gastrik?

Yang pernah lalui sahaja yang tahu keperitan bila ia datang tak diundang.

Gastrik ni selalunya terjadi apabila perut kosong kerana tidak makan untuk jangka masa lama.

Contohnya bila skip sarapan pagi.

Kalau yang perut sensitif ni sangat tidak digalakkan untuk langkau breakfast.

Sebaiknya makan sedikit untuk elak perut masuk angin.

Tahu tak apa lagi yang menyebabkan terjadinya pengumpulan asid gastrik?

Iaitu pengambilan makanan berminyak, berasid, berlemak, dan pedas.

Masalah lain seperti pedih ulu hati juga berlaku apabila asid perut ni naik semula ke esofagus.

Nama sians Esofagus Refluks Disease (GERD) ni akan bertambah buruk sekiranya tak dirawat.

Kenapa?

Sebab nilai pH asid perut ni lebih kurang sama dengan asid bateri yer!

Bayangkan apabila asid perut terkena permukaan esofagus, akan menyebabkan kesakitan.

4- Kekalkan berat badan secara normal.

Satu benda penting kena ingat.

Punca utama obesiti ni sebenarnya bukan sebab makan banyak sahaja.

Obesiti ni juga boleh berpunca daripada makan lewat disebabkan pada waktu malam.

Sistem penghadaman tidak berfungsi dengan optimum ketika ini.

Melihat kepada cara kita sekarang yang bekerja, kita cenderung untuk makan lambat.

Sampai di rumah pun matahari sudah tenggelam.

Tambah-tambah kalau yang tinggal di bandar besar seperti KL.

Memang sukar nak makan on time.

Sistem metabolisma juga lebih rendah berbanding ketika waktu siang di mana badan lebih aktif.

Badan akan kurang bakar kalori dan akan simpan kalori berlebihan tu sebagai lemak.

Jadi bila makan awal, metabolisma dapat berfungsi dengan optimum.

Kadar lemak juga dapat dikurangkan.

Bagi yang memang tidak aim untuk turunkan berat dan ingin maintain berat.

Pun digalakkan untuk makan sebelum jam 7.

5- Elak berlebihan makan untuk waktu malam.

Seperti yang selalu dipesan,

Bersederhana itu paling baik berbanding kekurangan mahupun berlebihan.

Sama juga dalam pemakanan, kita kena bentuk satu rutin sihat.

Iaitu dengan mengawal diri daripada makan melebihi waktu yang ditetapkan.

Sebab apa?

Sebab yang jenis suka makan lewat ni ada kecenderungan untuk makan banyak disebabkan nafsu membuak.

Timbulnya keinginan untuk terus makan walaupun masa tu tidak berasa lapar.

Mulut tu asyik nak mengunyah jer.

Kesihatan adalah yang paling utama sebab kita tidak mahu nanti bila dah tua nanti.

Kita merana dek penyakit kronik.

Kita nak enjoy hari-hari tua nanti dengan keluarga dengan tubuh yang masih sihat.

Sebab tu kita ken jaga dari awal lagi. Jangan menyesal di kemudian hari.

6- Tingkatkan kemampuan daya tumpu otak.

Seperti sarapan pagi yang terbukti dapat tingkatkan konsentrasi otak, begitu juga apabila kita makan awal.

Bila nak makan ni kita sebenarnya digalakkan untuk makan di meja makan.

Bukannya di depan TV.

Tapi zaman sekarang ni sudah jadi kebiasaan bukan?

Ada juga yang skip makan tengah hari dan hanya makan malam sebab ‘bimbang’ akan kenaikan berat badan.

Ni dalam kalangan wanita memang ramai sangat.

Kena ingat, bila badan tak cukup kalori harian ni akan timbulnya masalah.

Seperti badan cepat letih, otak tepu, pening, nak pengsan dan hilang selera makan.

Makan makanan yang sihat serta dalam kuantiti yang mencukupi.

Dapat tingkatkan fokus dan daya tumpu otak.

Supaya dapat berfungsi dengan optimum pada keesokkan harinya.

7- Dapatkan tidur yang lena dan nyenyak.

Semua orang inginkan tidur yang betul-betul berkualiti untuk perkembangan otak dan kesihatan.

Tidur pada tahap ‘kemampusan’ tinggi.

Bila pagi tu senang nak bangun tidur, badan pun segar bugar.

Otak dapat rehat yang cukup sebab nyenyak dan lena tidur.

Tapi kalau makan lewat ni memang akan ada masalah untuk tidur.

Sebab berlakunya gangguan penghadaman.

Dahla makan lewat lepastu makan pula dalam kuantiti banyak.

Orang tua-tua cakap, makan macam bela saka.

Bila makan makanan berat contohnya nasi, daging, ayam ni memang ambil masa lama untuk dicerna.

Makan malam sepatutnya bekalkan 400-500 kalori.

Waktu paling ideal antara 6.30 petang hingga 8.30 malam.

Elakkan juga minum minuman berkafein seperti teh atau kopi.

Penyebab ketidakselesaan dan mata terjaga.

Konklusinya,

Terdapat banyak kebaikan apabila kita makan malam awal.

Selain panduan untuk makan malam yang boleh diamalkan oleh mereka yang betul-betul ingin menjaga kesihatan.

Kalau sempat, sebelum bertolak ke tempat kerja tu.

Boleh sediakan bekal awal-awal. Jimat duit dan masa.

Kalau untuk waktu makan malam pula, kebiasaanya yang bekerja di pejabat ni selalunya akan sampai di rumah lewat.

Nak senang, sediakan terus dan simpan dalam peti sejuk. Balik nanti panaskan saja. 

Makan malam ni tak perlu makan dalam portion seperti makan tengah hari.

Sekadar cukup nutrisi untuk bekalkan kembali tenaga setelah bekerja keras di pejabat.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top