Kelebihan Berjalan

7 Kelebihan Bersenam Semudah Berjalan Kaki

Pagi ni lepas sarapan terus gerak keluar. Niatnya nak berjalan lebih sikit dari sejam.

Nak tambah power. Sebab tu keluar awal.

Maka berpusinglah hampir 7km di Taman Tasik Taiping. Orang ramai betul.

Terutamanya geng veteran. Jenuh memotong tanpa signal.

Bila ramai ni macam macam gaya dan peel ada. Bersembang sakan pun banyak. Yang buat taichi ada.

Yang bersenam ikut lagu dengan pergerakan ala menari pun ada.

Ala ala aerobik gitu.

Berjalan sebagai bersenam ini sangat power.

Ada 7 sebab kenapa kita perlu bersenam seperti semudah berjalan kaki:

1. Halang risiko terkena kemurungan. Ini berdasarkan penelitian oleh King College London ke atas 49 kajian. Power baq hang.

2. Harvard Health lada tahun 2016 pula laporkan bersenam seperti berjalan kaki tingkat prestasi ketika exam. Performamce lebih baik berbanding yang tidak berjalan.

3. Berjalan keluarkan endorfin. Pain killer semulajadi dari tubuh. Legakan stress. Jadikan mood lebih baik.

Kelebihan Berjalan
Kajian di UK pada tahun 2018 yang dilaporkan oleh surat khabar The Independent menyebut wanita yang bersenam 10 minit punyai mood lebih baik.

Boleh hakak hakak bergerak gerak lepas ni kalau mood tak baik.

4. Bersenam juga keluarkan Brain Derived Neurotrophic Factor atau BDNF sejenis protein dalam yang penting untuk perkembangan dan survival sel otak.

5. Bersenam hilangkan rasa lesu, mandom badan. Kajian dari University of Georgia pada tahun 2008 berjalan selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu turunkan rasa lesu tubuh. Badan rasa sedap. Jadi ringan badan.

Kelebihan Berjalan
6. Paling power ialah berjalan dapat besarkan saiz pusat memori atau hippocampus seperti yang dilaporkan oleh jurnal Hippocampus pada tahun 2015.

Kurangkan risiko terkena alzheimer sebanyak 48%. Kalau nak menghafal, rajin rajinlah berjalan. Rahsia dia kat sinj.

7. Berjalan juga dapat tingkatkat kreativiti. Kajian dari Stanford University pada tahun 2014 dapati berjalan naikkan output kreativiti sebanyak 60%.

Kelebihan Berjalan

Sebab inilah mungkin, Steve Job ketika sesi brainstorming atau meeting yang kritikal dilakukan dalam keadaan berjalan. Bukan duduk dalam ofis.

Jom mula sikit sikit. Buat je dulu. Nanti semangat tu datang bertamu selalu.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top