7 Kesan Tidak Cukup Tidur

Tidur bukan sekadar melelapkan mata.

Tidur itu nikmat. Tidur itu penyembuh.

Pada tidur ada kuasa. Luar biasa kuasa itu.

Petang tadi ribut di Samarahan. Angin kuat bertiup.

Pohon-pohon meliuk ke kiri di pukul angin kuasa tinggi.

Sedang aku berteduh dari angin, ada suara memberi salam.

Suara ini suara yang aku cam.

Aku menjawab salam dan berpaling. Seperti yang diduga.

Udin tersenyum menyerlahkan gigi kuningnya.

“Doktor sihat”, soal Udin memulakan bicara.

“Alhamdulillah. Baharu habis kelas?” soalku kepada Udin.

Udin hanya mengangguk. Terus senyum.

“Doktor dulu ada sebut pasal tidur. Saya nak buat tugasan pasal tidur. Sebab tu saya datang cari doktor.”

“Ya ada. Saya masih ingat.” Balas saya ringkas.

“Boleh cerita balik? Nota saya yang jari tu dah hilang.” Kata Udin sambil tersipu-sipu malu.

“Boleh Udin. Sementara tunggu angin ini reda sikit. Saya layan Udin sekejap.”

Giliranku pula melemparkan senyuman pada Udin.

“Ok Udin. Salin ya.”

“Ok.” Jawab Udin.

Tidur tidak cukup mengundang 7 petaka. Kurang tidur akan:

1. Tingkatkan tahap kebodohan sebanyak 32%

2. Kembangkan perut sebanyak 25%

3. Tingkatkan kebarangkalian remaja menjadi perokok, ambil dadah dan arak

4. Tuakan organ dalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dari usia sebenar

5. Tinggikan hormone stress iaitu kortisol dan homocystein

6. Beri ruang yang lebih besar untuk dapat hypertension, rambut beruban dan kulit kedut.

7. Sebabkan rumah kata pergi kubur kata mari

“Eh yang last tu betul ke doktor?” Cepat mati ke?” tanya Udin.

“Ya, betul. Cepat nyanyuk juga. Ini semua hasil dari kajian” Balasku ringkas.

“Alamak kena jaga tidur lah kalau begini.” Balas Udin sedikit cemas.

“Betul Udin. Usah ambil mudah hal tidur. Tidur cukup jadi awet muda.” Sambungku lagi.

“Itu saya suka dengar. Saya mesti buat. Mahu nampak awet muda juga.” Sambung Udin.

“Silakan Udin. Tidur itu percuma. Tiada bayaran. Sebab itu orang ambil mudah.”

“Ok Udin, saya jalan dulu ya. Angin dah berkurangan.” Aku terus beri salam dan berlalu pergi.

Banyak faedah tidur. Cerdik dan cantik pada otak adalah antaranya.

Cantik pada rupa dan tubuh antara kesannya.

Cubalah.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Scroll to Top