7 Manfaat Makan Jambu Batu

Dulu masa zaman kanak-kanak.

saya memang selalu panjat pokok jambu batu kampung.

Memang best petik jambu batu lepastu makan atas pokok.

Jambu batu ni ada banyak jenis.

Ada pink guava, jambu batu kristal, jambu batu seedless, jambu batu lohan.

Tahu tak jambu batu ni ada banyak manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan.

Jambu batu ni ada 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren!

Kalau tak gemar buah masam seperti oren boleh switch kepada jambu batu.

Buah tropika ni senang didapati dan boleh beli di pasar tani atau supermarket.

Ada 7 manfaat luar biasa yang boleh dapat dengan memakan jambu batu.

1-Sihat Otak

Jambu batu ada vitamin B3 dan B6.

Di mana B3 membantu tingkatkan pengaliran darah.

Dan menyumbang kepada fungsi kognitif otak.

B6 adalah signifikan untuk memastikan fungsi saraf berada dalam keadaan ideal.

Jadi, keraplah makan jambu batu untuk memastikan fokus optimum dan kesihatan otak yang baik.

2-Kurangkan berat badan

Jambu batu ni tiada kolesterol dan hanya ada sikit karbohidrat mudah hadam.

Ia merupakan makanan yang betul-betul mengenyangkan.

Orang ramai memang suka include jambu batu dalam diet harian mereka.

Sebab dapat kurangkan berat badan dengan selamat.

Pengambilan saiz sederhana selepas lunch.

Memang confirm kenyang sampai malam.

3-Kawal tekanan darah

Jambu batu ni boleh halang darah daripada memekat.

Dan pada masa sama mengurangkan kolesterol dalam darah.

Kaya dengan serat dan sifat hipoglisemik.

Jambu batu memang dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Kandungan kalium dalam jambu batu.

Berupaya kekalkan fungsi otot-otot dalam tubuh termasuk jantung.

4-Pencuci perut hebat

Ha bagi sesiapa yang ada masalah nak membuang air besar tu.

Sangatlah digalakkan untuk makan jambu batu.

Dianggap ‘julap’ semulajadi, boleh mengatasi masalah sembelit dan cirit-birit.

Kajian juga mendapati.

Daun jambu batu boleh dijadikan ekstrak yang mengandungi sejenis antimikrobial.

Untuk bunuh mikrob berbahaya dalam usus penyebab cirit-birit.

5-Tingkatkan penglihatan

Siapa kat sini yang ada masalah rabun ayam?

Nak drive waktu malam pun susah.

Dan boleh bahayakan keselamatan diri sendiri dan penumpang lain.

Boleh lah makan jambu batu ni.

Jambu batu sangat kaya dengan vitamin A.

Yang berfungsi untuk menghalang penglihatan menjadi kabur.

6-Kurangkan pertumbuhan sel kanser

Power tak power ekstrak jambu batu ni dapat mencegah pertumbuhan sel kanser!

Zaman sekarang ni susah kita nak jaga pemakanan.

Ada terlalu banyak fast food, makanan berminyak, dan tinggi kalori.

Ekstrak jambu batu sangat tinggi dengan antioksidan.

Dan kajian yang pernah dilakukan di Itali menemukan banyak kandungan antikanser dalam jambu batu.

7-Jaga kulit

Ramai orang yang ingin mempunyai kulit sihat, cantik dan flawless kan?

Kandungan antioksidan dan vitamin A dalam jambu batu.

Bantu kulit untuk kekal glowing dan mengurangkan kedutan.

Daun jambu batu juga bagus untuk mengawal masalah black spots dan jerawat.

Tumbuk sahaja daun sampai lumat dan lumurkan ke wajah.

Tak sabar saya nak try kat rumah nanti.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top