7 Rahsia Untuk Bangkit Dari Bad Day

Laut ada pasang surutnya. Bursa saham ada naik turunnya. Begitu juga dengan emosi manusia.

Di saat kita berniat mahu nikmati hari yang indah, derita datang menyergah.

Mood baik yang tinggi menggalah, menjunam seperti orang kalah.

Kalau dibiarkan mood terus ke bawah, kita sendiri yang akan rasa bersalah.

Apakata kita lakukan 7 Rahsia untuk Bangkit dari Bad Day berikut.

1.BUAT SESUATU YANG MENYERONOKKAN

Keluar dari laluan sakit hati, marah, benci dan masuk ke lebuhraya bahagia.

Lakukan perkara yang seronok untuk kita. Teknik ini dinamakan pattern disruption.

2.ALIRKAN TENAGA KE ARAH PERKARA YANG MEMBINA

Keluarkan rasa frustrasi dengan alirkan tenaga ke arah melakukan aktiviti yang libatkan pergerakan seperti bersukan, berjalan (termasuk window shopping).

Poinnya ialah untuk keluar dari tempat yang sebabkan kita dapat bad day itu.

3.KONGSIKAN PERASAAN DENGAN ORANG YANG DIPERCAYAI

Luahkan secara berhemah dengan teman, sedara atau orang yang kita percayai.

Ceritakan apa yang berlaku dan apa yang dirasai.

Ceritakan juga plan untuk keluar dari perasaan yang mencengkam itu.

4.LETAKKAN APA YANG BERLAKU DALAM PERSPEKTIF BERBEZA

Usah melatah terus apabila sesuatu buruk berlaku. Tarik nafas dalam dalam sebanyak 3 kali.

Tanya “bagaimana untuk keluar dari perasaan ini atau apa yang perlu aku lakukan untuk baiki keadaan”.

Fokus akan teralih kepada mencari solusi. Bukan lagi menangisi apa yang berlaku.

5.MAAFKAN DIRI

Kesilapan itu biasa. Yang luarbiasa ialah mengakui dan mengoreksi. Maafkan diri. Usah hukum diri sendiri.

Katakan “what’s next?

6.CARI KESYUKURAN

Di saat duka melanda, hari buruk menjelma, mood buruk bertandang, alihkan fokus fikir ke arah nikmat yang diperolehi.

Lantunkan kata syukur. Bayangkan semula saat indah terima nikmat itu.

Di mana ketika itu? Bagaimana rasanya? Suara siapa yang anda dengar?

7.POSITIFKAN MINDA

Mudah untuk tergelincir dalam jurang fikir negatif.

Cari sisi baik dari apa yang berlaku. Keluarkan kata positif sebagai ganti kepada kata negatif.

Ulang kata positif dengan lakukan gerakan tangan atau tubuh.

Contohnya apabila sebut kata positif, genggam tangan, keraskan suara.

Mood kita akan turun naik. Itu biasa. Kita tidak dapat kawal faktor luaran seluruhnya.

Yang mampu kita kawal ialah faktor dalaman.

Kita yang berkuasa. Jangan serahkan kuasa ini. Genggam kuat-kuat.

Anda mampu lakukannya.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top