7 Tips Hadapi Panas Melampau

 

Dengar berita suhu di utara semenanjung tinggi. Mencecah 40 darjah selsius. Air pun sudah dicatu khabarnya.

Dalam keadaan suhu tinggi begini, sekiranya kita tidak berhati hati ia sebabkan heat stroke.

Tips berikut boleh bantu redakan impaknya:

1. Pastikan minum air kosong banyak. Rule of thumb yang selalu disebut 8 gelas. Dalam konteks ini kena lebihkan lagi.

2. Pakai baju longgar dan dari kain cotton. Ia akan bantu pengudaraan. Tubuh akan lebih cepat sejuk.

3. Lakukan aktiviti luar di tempat teduh. Pakai topi atau gunakan payung.

4. Ketika parkir, turunkan sedikit tingkap kereta. Apabila masuk ke dalam kereta biarkan tingkap terbuka ketika enjin dihidupkan.

Kereta yang ditinggalkan bawah panah mentari akan meningkat suhu sebanyak 6.7 darjah selsius dalam masa 10minit sahaja.

5. Jangan tinggalkan anak-anak dalam kereta yang diparkir. Bawa keluar dari kereta. Bagus lagi tinggalkan di rumah.

6. Gunakan sunscreen sekiranya perlu.

7. Elakkan minuman berkafein. Kafein adalah duretik. Ia nyahkan air dari sistem tubuh manusia.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)

9 Kebaikan Minum Teh Oolong Untuk Kesihatan

Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!

Ini 10 Kebaikan Anda Dapat Jika Minum Almond Milk

19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

Scroll to Top