7 TIPS KHAS BUAT BAKAL IBU

Tiada istilah ibu bapa sempurna dalam dunia ini, jadilah ibu bapa yang benar

Peranan seorang ibu dan juga seorang bapa.

Betapa sukarnya untuk melahirkan dan mendidik anak-anak.

Betul tak?

Saya boleh relate kerana saya juga merupakan seorang ayah.

Semua ibu bapa dalam dunia ni inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Dan semakin masa berlalu semakin mencabar.

Saya jumpa ramai yang gusar dan gelisah apabila memikirkan tanggungjawab.

Macam mana nak didik anak yang bakal lahir.

Kekangan karier yang menghimpit, kos sara hidup yang mencanak naik.

Ditambah pula dengan masalah kegawatan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

Bagi saya, penjagaan yang baik perlu bermula ketika anak dalam kandungan lagi.

Tingkah laku serta perasaan ibu memberi kesan signifikan dalam pembentukan watak anak.

Islam menekankan tentang kepentingan pendidikan ketika anak masih dalam kandungan.

1- Amalkan membaca Al-Quran dan berzikir

Bakal ibu disarankan untuk selalu baca 7 surah amalan ibu mengandung.

Tiada dalil dalam Islam yang suruh baca mana-mana surah.

Tapi sebagai Muslim adalah digalakkan.

Untuk bakal ibu baca ayat-ayat suci agar dipermudah segala urusan ketika waktu bersalin nanti.

Pengenalan kepada ayat-ayat suci Al-Quran dapat rangsang perkembangan otak janin.

Kajian juga mendapati,

Pendedahan kepada bunyi alunan beri kesan jangka panjang terhadap otak bayi.

2- Baca buku-buku berilmiah & bermanfaat

Kajian mendapati,

Ton dan intonasi dapat membentuk pembelajaran auditori bagi bayi walaupun masih dalam rahim. 

Bayi amat mengenali suara ibu mereka; begitu kuatnya jalinan yang terhubung.

Baca setiap ayat dalam buku dengan jelas.

Kerana suara ibu punyai kesan menenangkan pada bayi belum lahir atau bayi baru lahir.

Buku pula kenalah buku yang berilmu yang dapat memberikan faedah kepada bakal ibu.

Ilmu agama, keibubapaan, pengajaran, kisah-kisah nabi, penjagaan pemakanan untuk sel-sel otak dan sebagainya.

Contohnya macam buku OTAK 

Sangat disyorkan untuk mereka yang berkeluarga dan punyai anak kecil.

3- Banyakkan berbual dengan bayi dalam kandungan

Sangat biasa untuk bakal ibu berbual dengan anak dalam kandungan. Jadikan ia rutin harian.

Mengira tendangan bayi setiap hari. Berkomunikasi dengan bayi sangat disarankan oleh doktor.

Penyelidikan mendapati,

Suara bukan sahaja boleh pengaruhi pembangunan sistem pendengaran.

Tapi juga beri kesan terhadap perkembangan mental, emosi dan sosial bayi.

4- Amalkan pemakanan sihat 

Kehamilan merupakan satu peristiwa yang penuh bermakna buat mereka yang mendirikan rumahtangga.

Setiap pasangan mahu anak mereka lahir dengan cukup sifatnya, mental dan fizikal.

Macam mana nak menjamin kesihatan bayi?

Semestinya dengan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk ibu dan bayi.

Makanan apa nak makan? Ada jenis makanan yang ibu boleh makan dan tidak boleh makan.

Contoh makanan yang disarankan adalah asid folik, buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, bijiran, telur.

Kacang pistachio adalah snek ideal untuk ibu hamil.

Ibu hamil perlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi.

5- Jaga tata pergaulan, emosi dan mental

Ibu hamil perlu ingat, stres boleh mempengaruhi janin jadi kena ambil tahu pasal ni.

Untuk elak masalah stres, adalah digalakkan untuk ibu hamil berkongsi perasaan dan jangan pendam seorang diri.

Bila tengah hamil, mudah sangat emosi terganggu, sensitif dan lebih mudah menangis.

Antara masalah yang kebanyakan wanita hamil alami;

  • Cepat marah
  • Keresahan
  • Kemurungan 

Kesannya, kelahiran bayi kurang berat, pramatang, terdedah kepada risiko perkembangan otak bayi terbantut.

6- Buang segala perasaan negatif

Perasaan negatif ni senang sangat nak serang ibu hamil.

Kerana fasa nilah mereka akan mulai insecure. Perubahan hormon.

Penambahan berat badan drastik, timbulnya stretch mark.

Kadang-kadang nafsu makan bertambah dua kali ganda!

Sampai waktu mengidam yang pelik-pelik ni, memang heboh si suami pergi cari.

Ibu hamil perlu ingat,

Semua benda di atas ni perkara normal dalam kalangan wanita mengandung.

Banyakkan isi masa dengan perkara yang menggembirakan dan dapat legakan tekanan.

7- Jangan buat kerja-kerja berat

Ni ialah salah satu pantang larang untuk ibu hamil.

Kehamilan akan buatkan berat badan makin bertambah.

Tubuh badan juga akan turut membesar.

Ini akan menyukarkan ibu hamil untuk bergerak seperti biasa.

Maka, elakkan daripada angkat angkat kotak, barangan, atau sampah berat.

Kerana dapat tingkatkan risiko,

Toksoplasmosis, sakit otot, hernia, kekurangan berat badan bayi dan bayi lahir pramatang.

Bakal bapa kena aware tentang hal ni.

Kalau nampak bakal ibu tu semangat duk angkat pasu nak letak kat ruang tamu.

Konlusinya,

Saya berharap 7 tips ni dapat diamalkan oleh bakal ibu di luar sana.

Diharapkan agar selalu menjaga kesihatan semasa dalam fasa hamil.

Sekarang ni musim penyakit.

Bermula dengan cik Vid. Diikuti influenza, HFMD dan yang terbaru, monkeypox.

Oleh itu, saya percaya dengan mengamalkan apa yang telah saya ulaskan di atas.

Bakal-bakal ibu akan dapat mengharungi segala aral yang datang melintang. 

.

.

.

P/S:

Dapatkan set NEUROBOX sekarang! Harga sudah TURUN!

Satu set lengkap dengan OTAK 1.0 & 2.0 serta 7 lagi hadiah eksklusif!

Tunggu apa lagi?

 

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0