in

Angry Cute LOL Love OMG

9 Lemak Sihat Wajib Ambil

Selama ini lemak dikaitkan dengan keburukan.

Kempen tentang buruknya lemak berkumandang sana sini.

Atas faktor ini makanan masyarakat dialihkan.

Makanan berlemak dinobatkan sebagai jahat. Jijik. Wajib dihindari.

Sebaliknya makanan bergula putih, karbohidrat ringkas, makanan proses jadi hidangan.

Sejak itu, epidemik obesiti menjadi gawat.

Malaysia menjadi Negara paling obes di Asia Tenggara. Fakta yang menakutkan.

Betulkah makanan berlemak bukan puncanya?

Makanan berlemak tepu atau tidak tepu bukan punca pada kegemukan.

Bukan punca pada penyakit jantung.

Kajian dari jurnal saintifik The American Journal of Clinical Nutrition, tahun 2010 dan Annal of Internal Medicine tahun 2014 sahkan hal ini.

Makanan lemak bagaimana bagus untuk manusia?

Berikut adalah 9 makanan berlemak berdasarkan kajian saintifik yang wajib diambil:

1. Avocado – Buah ini adalah superfood. Ia mengandungi 70% lemak.

Lemak terpenting ialah Asid Oleic. Avocado juga punyai 40% potassium lebih dari pisang.

Banyak kajian dapati avocado turunkan lemak jahat dan naikkan lemak baik dalam tubuh.

2. Dark Chocolate – Coklat atau cocoa dengan 70% cocoa juga dikelai sebagai superfood.

Terdapat 65% lemak baik dalam cocoa. Ia junga punyai 11% fiber.

Selebihnya ialah zat besi, magnesium, copper dan manganese.

Kandungan antioksida dark chocolate ini lebih tinggi dati blueberries.

Kajian juga dapati orang yang mengambil 5 kali dark chocolate seminggu 50% lebih rendah risiko untuk terkena serangan jantung.

Kajian juga dapati dark chocolate tingkat prestasi otak.

3. Telur – Kuning telur sebelum ini dikaitkan dengan kolesterol.

Kajian terkini dapati telur bukan punya pada tinggi kolesterol.

Telur mengandungi 62% lemak. Ianya baik untuk tubuh dan otak.

Selain penuh Choline, nutrisi penting otak.

Kajian dapati 90% manusia tidak dapat bekalan Choline yang cukup untuk otak.

4. Ikan – Ia sumber Omega 3, protein dan nutrisi penting lain.

Omega 3 bantu rendahkan risiko serangan jantung, kemurungan, dan dementia.

5. Kekacang – Kajian buktikan kekacang penuh dengan nutrisi.

Ia sumber utama phytoprotein atau protein bersumberkan tumbuhan.

Selain Omega 3, kekacang juga tinggi dengan Vitamin E dan magnesium.

Dua vitamin yang biasanya kurang diambil.

Risiko diabetes, penyakit adalah renadah untuk mereka yang mengambil kekacang.

Antara yang baik ialah Brazilian nuts, kacang cerdik atau pistachio, almond, dan macademia.

6. Chia seeds – Ia bijirin yang jarang dibicarakan.

Chia seeds juga adalah superfood. 80% daripadanya adalah lemak.

Ia juga sumber kepada Omega 3 yang dipanggil ALA.

7. Minyak Zaitun – Selain anti-oksida minyak zaitun dipenuhi dengan vitamin E dan K.

Ia penting sumber anti-inflamasi penting.

Selain rendahkan risiko serangan jantung, minyak zaitun juga rendahkan tekanan darah.

8. Minyak Kelapa – Satu lagi powerhouse untuk manusia.

Kaya dengan lemak. 90% daripada minyak kelapa ialah lemak, ialah Medium Chain Fatty Acid (MCFA).

Kajian dapati MCFA turunkan selera makan, tingkatkan metabolism dan turunkan lemak di perut.

Lebih bagus lagi, MCFA adalah penghalang kepada Alzheimer.

9. Yogurt – Yogurt sumber penting probiotics – bakteria baik dalam usus.

Ia menghalang obesity dan redakan masalah perut buncit.

Kesembilan makanan ini adalah dalam kategori makanan berlemak.

Mereka teman bukan musuh. Berdamping dan berdamailah. Nikmati.

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Cara Semulajadi Tangani Berdengkur

Selesaikan Masalah Dengan S.T.A.R