9 Resepi Sihat Untuk Dinner

1. Puding Strawberry Vanilla Chia Seed

Bahan-bahan:

  1. 4 sudu besar Chia Seed

  2. 1/4 cawan susu almond (ditambah ikut selera)

  3. 2 sudu teh tulen esen vanilla

  4. 12 biji strawberry bersaiz sederhana

  5. Topping pilihan anda seperti kismis, goji beri dan badam kisar

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali chia seed ke dalam pengisar dan kisar sebentar.

  2. Isikan chia seed ke dalam mangkuk

  3. Tuangkan bahan yang diisar tadi ke atas chia seeds dan kacau

  4. Biarkan selama kira-kira 2 minit dan kacau sekali lagi

  5. Tutup bekas puding dan biarkan selama 20 hingga 23 minit

  6. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk jika suka. Hidangkan

2. Jus Avokado

Bahan-bahan:

  1. 2 biji avokado masak saize sederhana - diambil isinya sahaja

  2. 2 sudu makan yogurt asli

  3. 4 - 5 sudu makan madu

  4. 4 cawan air (kurangkan jika suka jus yang pekat)

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sebentar sehingga avocado hancur

  2. Masukkan ke dalam cawan dan boleh dihidangkan

  3. Boleh disejukkan jika suka sejuk dan boleh dijadikan aiskrim atau smoothies jika dibekukan

3. Resipi Ais Krim Coklat

Bahan-bahan:

  1. 1 scoop protein

  2. 250ml santan

  3. 1 sudu vanilla extract

  4. Secubit garam

  5. 1/4 serbuk cawan coco ococ

  6. 3 titis stevia atau ganti dengan madu asli. Manis bergantung pada selera masing-masing

  7. 2 sudu granulated monk fruit

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemuanya dalam blender

  2. Kisarkan kesemuanya

  3. Kemudian masukkan hasil Coco OCOC Fudge ke dalam Popsicles (boleh beli di kedai RM2)

  4. Letakkan di bahadian freezer selama dua jam atau lebih. Lepas aiskrim, kita beralih ke desert pula.

4. Fruity Oat

Bahan-bahan:

  1. Regular Oat - suku cawan

  2. Plain Yogurt - suku cawan

  3. Buah-buahan segar (mangga, oren, apple, kiwi - jenis dan saiz buah ikut selera masing-masing)

  4. Kekacang (badam, cashew atau pistachio - ikut selera dan bajet masing-masing)

Cara-cara:

  1. Oat dimasak bersama susu sehingga kembang oat

  2. Sejukkan setelah masak

  3. Masukkan ke dalam blender dan blend. Masukkan buah-buahan ikut selera sebagai pemanis semulajadi

  4. Masukkan ke dalam bekas kosong. Campurkan dengan plain yoghurt

  5. Gaul hingga sebati

  6. Masukkan kekacang ke dalam hidangan dahulu

  7. Masukkan campuran oat dan yogurt ke dalam bekas.

  8. Taburkan sedikit buah-buahan di atas bersama kekacang sebagai hiasan (seperti dalam gambar).

  9. Boleh dimakan terus atau disejukkan terlebih dahulu

5. OCOC Banana Flatbread

Bahan-bahan:

  1. Pisang emas 2 sikat

  2. Tepung rye

  3. Tepung kelapa

  4. Tepung quinoa

  5. Chia seed

  6. Minyak kelapa

Cara-cara:

  1. Ambil tepung setengah secawan belaka

  2. Tabur chia seed ketika memasak, sebagai tambahan omega 3

  3. Sediakan sedikit minyak kelapa untuk disapu atas kuali

6. Powerful Drink - Limau Kasturi

Bahan-bahan:

  1. Limau kasturi

  2. Madu

  3. Air

  4. Bekas ais dalam peti sejuk

Cara-cara:

  1. Perah limau kasturi

  2. Jus limau kasturi masukkan dalam bekas air

  3. Letak dalam freezer

  4. Apabila pulang kerja, masukkan dua atau tiga kiub ke dalam mug

  5. Tambah air

  6. Letak sedikit madu

7. Aloe Vera Detoks

Bahan-Bahan:

  1. Aloe vera

  2. Limau kasturi atau lemon

  3. Timun

  4. Madu

  5. Pudina

  6. Air

Cara-Cara:

  1. Sediakan isi aloe vera sebesar jari tengah dan jari telunjuk, 3 biji limau kasturi bersaiz sederhana, 5-10 helai pudina dan separuh batang timun.

  2. Blend & masukkan air ikut kepekatan yang disukai.

  3. Masukkan satu sudu madu asli.

  4. Masukkan dalam peti ais jika mahu sejuk. Atau minum terus.

8. Pizza Veggie

Bahan-Bahan ( 2 biji ):

1. 200g tepung roti

2. 1/2 sudu besar gula

3. 1/2 sudu kecil garam

4. 2 sudu kecil baking powder

5. 1 sudu besar minyak zaitun 130ml air

6. Topping – Bawang besar Bawang putih Tomato puri Tomato Cendawan – shitake, butang Lada benggala Lada merah

7. Keju: mozarella, parmesan, cheddar Mixed spices ( pilihan dan boleh cari di pasaraya ) -Cari keju semulajadi, bukan proses.

Cara Memasak:

1. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata

2. Masukkan pula minyak zaitun dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.

3. Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.

4. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.

5. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit. 

9. Soba Mee

* Utk Sup Udon/soba:

1. 31/2 cawan air

2. 3 inci kombu- ita ganti dengan wakame

3. 1/4 cawan souyu (kicap jepon)

4. 1 sudu kecil gula

5.  1 sudu kecil serbuk dashi - kalau tak ada boleh gune bonito flakes

6. sedikit garam

7. mee udon / mee soba

8.  Utk Topping

9. Tempura udang, chikuwa, nori, negi, bijan, bonito flake

(boleh makan dengan cili pedas mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara:

1. Rebus kombu dengan air hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang (jika gune yg kering).( ita guna wakame dan biarkan wakame didalam) Keluarkan kombu, masukkan serbuk dashi.

2. Kacau sebati. Masukkan souyu dan gula. Biarkan mendidih dan tutup api.

3. Rebus udon kering mengikut arahan peket. Goreng tempura udang, chikuwa dan hiris negi nipis.

4. Cara penyediaan, masukkan udon ke dalam bekas. Curahkan dua senduk sup udon. Susun udang dan chikuwa tempura. Akhir sekali taburkan negi dan juga seaweed. Sedia dhidang.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0