9 Tips Senaman

Senaman penting.

Untuk otak,untuk tubuh, untuk masa depan.

Otak manusia tugasnya menjaga. Perkara yang menyakitkan, otak akan halang.

Dia sayangkan tuannya. Tidak mahu tuannya sakit.

Apabila otak kesan kesakitan, alasan akan tercipta. Akhirnya keputusan dibuat.

Tak perlu senaman lagi.

24174710_610699812654681_6510748232868291588_n

Apabila bersenam lakukan perkara berikut:

1. Pastikan kasut untuk running atau walking. Pilih kasut yang ringan.

Pilih kasut punya kusyen untuk sokong tapak kaki dan posture berdiri.

2. Pakai pakaian tidak panas. Ambil jenis peluh mudah kering.

3. Mulakan dengan warm up. Jangan belasah dengan senaman terus. Otot akan terkejut.

4. Jalan dahulu. Lajukan jalan apabila sudah dapat rentak. Elakkan dari terus berlari.

5. Selepas dapat jalan laju mulakan larian ringan. Rentak perlu sama.

Pesaing kita adalah diri sendiri. Bukan orang lain.

6. Dapatkan 3km dulu. Apabila sudah mampu, tambah 1km lagi. Begitulah seterusnya.

7. Usai pusingan lakukan aktiviti warm down.

8. Pastikan minum air kosong 500ml.

9. Jangan kering peluh atau sejukkan badan dengan aircond.

Biar sejuk dengan udara semulajadi. Minum air akan sejukkan badan.

Ini ilmu saya kutip di perguruan di Australia.

Ilmu didasari dari penyelidikan. Terbukti berkesan apabila dilakukan.

Nak sihat itu mudah.

Sihat itu penting. Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Bagaimana Kita Jadi Lapar? Rupanya Otak Anda ‘Tipu’ Anda Tanpa Sedar

Rahsia Otak Di Sebalik Puasa dan Al-Quran Yang Jarang Dibongkar

Puasa Boleh Naikkan Human Growth Hormone 5x Ganda? Ini Fakta Ramai Tak Tahu

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Scroll to Top