3 Tips Peningkatan Berat Badan Sihat Ketika Hamil

Yang dah ada family mesti pernah dengar.

Doktor selalu cakap dekat bakal ibu untuk naikkan berat badan semasa mengandung.

Kalau tak naik mesti kena bebel. Betul tak?

Kenapa ya macam tu.

Kenapa ibu mengandung ni kena pastikan berat badan mereka naik selari dengan perkembangan janin?

Secara fisiologinya, ibu mengandung perlu gain weight.

Agar dapat menampung keperluan tenaga dan nutrien untuk perkembangan janin.

Ia juga sebagai persediaan penyusuan susu ibu selepas selamat bersalin.

Sudah semestinya ibu hamil ni ada makanan yang digalakkan untuk makan.

Sebab kita mahu peningkatan berat badan yang sihat.

Hari ini, saya nak share 3 tips peningkatan berat badan yang sihat ketika hamil.

1- Kurangkan makanan berproses dan minuman tinggi gula serta kafein.

Untuk ibu mengandung ni memang akan ada momen nak makan macam-macam.

Mengidam orang cakap.

Selalunya pada 3 bulan pertama tu, selera makan berkurang.

Disebabkan alahan seperti muntah ataupun tak boleh bau makanan tertentu.

Sampai pada satu tahap, terpaksa ambil masa lama untuk jamah makanan.

Namun, masuk bulan ke-4 dan seterusnya.

Nafsu makan naik membuak-buak dan ibu hamil akan sentiasa lapar.

Fasa pertama (trimester pertama) ni paling penting untuk ibu makan sihat.

Sebab time ni proses pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku sangat cepat.

Time ni, janganlah dilayan sangat ‘craving’.

Nak makan jajan segera, nak minum air manis, nak minum kopi.

Seeloknya makan makanan yang sihat dan cukup nutrisi serta mengenyangkan.

Kalau nak makan snek pun cari snek versi sihat.

Dan tidak mengandungi terlalu banyak perasa tiruan dan MSG.

Contoh macam Granola Bar OCOC. Sesuai untuk semua termasuk ibu hamil.

Cara pemakanan akan mempengaruhi pembentukan janin.

Kena ambil tahu pasal ni untuk elak berlakunya kecacatan fizikal mahupun mental pada bayi.

Ibu hamil kena jaga peningkatan berat badan.

Elak risiko bayi obese.

2- Amalkan konsep Pinggan Sihat untuk 3 waktu makan utama.

Teknik visual pantas disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sangat digalakkan untuk ibu hamil kerana nutrisi perlu cukup untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Dengan kaedah #sukusukuseparuh ni.

Jumlah karbohidrat adalah pada tahap yang ideal di samping cukup protein dan serat.

Seperti yang boleh lihat di atas.

2 suku pertama berfokuskan kepada protein dan karbohidrat.

Manakala separuh pinggan dipenuhi dengan sayur dan buah.

Nak bagi senang ingat dan taknak susah payah nak kena sukat setiap hari.

Boleh guna petua ni;

Protein sebesar saiz tapak tangan, karbohidrat segenggam tangan dan serat bersaiz cekup.

Kesemua ni penting untuk ketahanan badan dan pembentukan tulang serta otot ibu hamil.

Di samping sebagai sumber tenaga utama.

Penambahan lain seperti asid folik, omega, DHA, vitamin B12, zat galian pun diambil kira.

3- Pelbagaikan jenis buah, sayur, protein dan bijirin.

Sangat penting untuk ibu hamil pelbagaikan jenis makanan.

Supaya setiap nutrien dapat diserap oleh badan.

Fasa mengandung ni memerlukan ibu untuk makan untuk 2 orang.

Bukan senang nak mengharungi tempoh 9 bulan lebih ni.

Fasa kedua (trimester kedua) memang bak syurga buat bakal ibu.

Sebab masa ni nafsu makan sangat tinggi.

Kalau tak jaga makan, berat badan akan naik mendadak.

Boleh sebabkan kencing manis atau darah tinggi.

Jadi, kena berhati-hati sebab kalau boleh.

Hadkan juga makanan berminyak, snek proses, makanan manis, atau susu pekat manis.

Cuba gantikan dengan makanan berkukus, snek seperti Granola Bar OCOC, buah kering, sandwic, atau susu rendah lemak.

Elak makan makanan pedas, berminyak dan berlemak.

Cubalah sedaya upaya untuk kawal ‘craving’ makanan tidak sihat.

Dengan minum banyak air putih.

Kesimpulannya,

Kalau stail orang kita ni, lepas bersalin je kena catu makanan.

Makan sup sayur dengan ikan masin.

Sebenarnya, tak perlu sampai macam tu.

Selepas bersalin, perlu jaga pemakanan ketika tempoh berpantang.

Untuk elak masalah sembelit dan pastikan susu ibu sentiasa ada.

Makan karbohidrat, protein dan serat secukupnya.

.

.

.

P.S:

Dapatkan lebih banyak TIPS melalui NEUROBOX!

Kini TURUN HARGA sementara STOK masih ada.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0